Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Membantah UMS Menjadi Lokasi Penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-22
Salam alayk'.. seperti entri yang penulis 'posting' sebelum ini, penulis pernah mengutarakan isu mengenai FFM Ke-22 ini. Sebenarnya, kali ini penulis berasa terpanggil untuk bersama-sama NGO Islam seperti Persatuan Siswazah Sabah (PSS) untuk membincangkan isu mengenai FFM Ke-22. Isu ini dibangkitkan kerana kerana lokasi penganjuran majlis berprestij ini yang kurang sesuai kerana ia diadakan di pusat pengajian ilmu iaitu di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dengan sokongan Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN) berpendirian membantah secara langsung UMS menjadi lokasi penganjuran majlis FFM ini. Ini kerana PSS melihat isu ini dari aspek pendidikan dan moral kerana penganjuran acara-acara hiburan di dalam pusat pengajian tinggi akan menyebabkan imej sesebuah universiti sebagai satu pusat pengajian ilmu akan tercalar.
Di samping itu juga, penulis dapat melihat terdapat banyak implikasi negatif dari positif yang berkemungkinan akan berlaku melalui penganjuran aktiviti hiburan sebegini di dalam kampus seperti dari aspek tatacara dan budaya berpakaian serta lain-lain. Terdapat juga laporan bahawa mahasiswa kurang selesa tentang penganjuran FFM ini di dalam kampus mereka.
PSS sebagai satu badan NGO Islam yang prihatin terhadap isu ini dan juga mewakili suara siswazah Islam Sabah akan mengemukakan bantahan secara lantang terhadap pihak yang berkenaan sebagai langkah bagi menyelamatkan pusat-pusat pengajian daripada menjadi mangsa lokasi penganjuran acara-acara hiburan.
p/s : Penulis begitu kagum dengan usaha Persatuan Siswazah Sabah (PSS) yang begitu
prihatin terhadap isu sekeliling dan penulis doakan agar PSS berjaya menyelesaikan isu ini secara profesional.
Salam'alaik warahmatuLLAHi ya akhil kareem minal sabahi,
Ana dgn ini mnyokong bantahan yg tersebut.
Drpd dier buat kat UMS, apsal x buat kat 1 Borneo trus? X pun, kt sepilok, buleh tgok dgn beruk2nyer sekali...
Wa'alaykumussalam w.b.t.. Syukran.. Ntahlah knp dorg pilih ums sebagai lokasi utk FFM.. tp, kita akan bantah sekeras2nya..
Salam..sy mewakili remaja sabah prihatin dgn isu ini. Dgn itu, sy membantah 100% penganjuran FMM di UMS! Hal ini krn program brbentuk hiburan jika x dikawal scra islamik pastinya mengundang pergaulan bebas. apa pun FFM bkn islamik kn! Oleh itu sy tegaskan kpd pihak yg terbabit spy membatalkan FFM d UMS dan mencari tempat lain(lbih bek x buat di sabah)...
KRU KM...
salam 'alaik sahabat2 smua..ana jg tidak myokong lgsg ffm utk d adakan d ums. jgnkan pgaulan bebas dan fitnah boleh brlaku..,apa yg paling jelas ialah kelalaian dr kewajipan solat itu yg sering mnjadi prhatian insan2 yg ada ksedaran. jd kita harus bsuara utk mmbantah pganjuran fstval yg mlalaikan~ Allahuakhbar~!