Salam alayk'.. Pada 17. 07.2009 (Jumaat), satu Perhimpunan Aman Membantah Penindasan Terhadap Umat Islam Uighur telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dan PAS Kawasan Putatan di Masjid Bandaran berdekatan padang merdeka Kota Kinabalu selepas solat Jumaat. Di samping itu juga, perhimpunan aman tersebut juga disertai oleh NGO-NGO Islam Sabah yang lain dan turut serta dalam perhimpunan tersebut adalah ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah.
Perhimpunan aman ini adalah bertujuan untuk membuka mata masyarakat dan membuktikan bahawa umat Islam peka dan mengambil berat akan nasib saudara seIslam di serata dunia. Dalam perhimpunan ini, NGO - NGO Islam telah mengedarkan risalah kepada masyarakat dan laungan 'ALLAHUAKBAR' menjadi suara azimat serta diiringi dengan laungan 'Hidup Islam, Hancurkan Kezaliman'....
p/s : Penulis berharap agar pihak Kerajaan Negeri atau Persekutuan juga berusaha membantah penindasan terhadap umat Islam dan menyatakan pendirian keras terhadap Kerajaan China mengenai isu ini..
Assalamualaikum WBT,
tahniah atas penganjuran himpunan aman tersebut. Moga kebangkitan dan kesedaran ISlam bangkit semual di sebelah borneo.
Wa'alaykumussalam w.b.t.. InsyaALlah, kami akan sentiasa berusaha memupuk kesedaran terhadap perlaksanaan Islam sebagai satu cara hidup dalam masyarakat Islam di Sabah.. Syukran sbb sudi ziarah blog ana.. bebaik berjuang kat UTHM..
alhamdulillah...semoga ape yg dilakukan oleh umat islm di malaysia ini serba sedikit dapat menyedrkan kit ttg kepentingan memelihara agama supaya tdk dipijak oleh kaum yhudi laknatullah dgn sewenang2wenangnya..tp apa yg terjadi di malaysia..???walaupun agama islam di negara kita tdk ditindas oleh kaum jahiliah seperti yg dilakukan kpd umat islam di palestin,bosnia,uighur dan byk lagi..umat islm di malaysia terus lalai dn leka akan ursn duniawi dan apa yg ana lihat mksiat makin berleluasa..bilakah mereka akan sedar..??doaknlah supaya islam akan terus terpelihara...AMIN..
Eya.. btul kata ummul tu..semoga kita terus bekerja utk Islam..
Perkembangan yang menarik untuk sabah...
Pengajarannya..Mana mungkin umat Islam boleh terus berdiam diri dengan penindasan dan kekejaman.
Bersedialah rakyat Sabah untuk perubahan dan kebangkitan
salam, lambat sikit beri komen, moga kalian dapat membuka mata lebih ramai pihak.
Xinjiang di China, logik juga kalau mahu boikot barang buatan China kalau begini.
Palestin, ramai yang tahu, boikot barang Yahudi dan Amerika
Selatan Thai. Hmm....
salam.
wah, ramai pula bah. phew.. tahniah! tapi, ko rasa kalau 1 malaysia yg buat demo camtu, adakah mereka yang di China sana akan mendengar bantahan kita di sini?
to annisaNazifa : Eya.. btul tu, rakyat Sabah tidak boleh berdiam diri mcm tunggul kayu. Kena bersuara.. tiba masanya kita berubah..
to syahidah : dgn cara ini shj yg kita dpt buat secara realitinya buat mas ini, InsyaaLlah kita boleh buat lebih byk tekanan lagi thdp negara yg zalim jika kerajaan m'sia membantu kt dlm hal nie..
to Kartini Kassim : Kalo 1 m'sia bt mcm nie, lagilah bagus sbb dpt liputan meluas dlm media.. jd, mungkin tekanan dpt dirasai oleh kerajaan china..