Penulis kali ini ingin membincangkan tentang macam mana kita hendak memilih pemimpin. Hari ini, negara kita menggunakan cara 'demokrasi' untuk mengangkat pemimpin iaitu melalui pilihanraya. Penulis menyentuh tentang 'isu' ini kerana ada di kalangan golongan muda yang tidak tahu cara memilih pemimpin, mereka tahu hanya main 'pangkah' je time election (pilihanraya) ikut lambang parti yang mereka rasa hebat tanpa memikirkan kriteria calon2 yang bertanding dan tanpa memikirkan risiko yang akan diambil oleh mereka hasil keputusan yang mereka lakukan bahkan ada yang tidak mahu mengundi.
Penulis cuba mengambil konteks di Sabah, kebanyakan penduduk Sabah masih lagi berpendirian untuk mengundi mengikut 'lambang parti' tanpa melihat kemampuan dan latar belakang peribadi calon. Untuk kefahaman lagi, penulis mengambil contoh "Dalam satu pilihanraya, jika calon yang dicalonkan dari sesuatu parti yang mereka digemari perangainya amat buruk , maka calon itu tetap akan di sokong asalkan parti yang mereka gemari itu menang". Ini merupakan satu kejahilan yang patut dielakkan.
Ada juga yang di antara golongan yang tidak mahu mengundi kerana tidak berminat akan politik. Ini merupakan masalah pemikiran 'sekularisme' yang diterapkan di dalam negara oleh pemerintah masa kini. Syeikh Mustafa As-Sobri, mufti terakhir kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah telah berkata, "Pemisahan urusan negara (politik) dengan agama (Islam) adalah jalan terdekat kepada murtad".Kena ingat, mengundi amat penting sebab undi itu berkuasa untuk mengangkat pemimpin yang baik dan menjatuhkan pemimpin yang zalim. Dari sudut fiqh siasah (kefahaman berpolitik) pula, jika seseorang itu tidak mahu mengundi dan seseorang calon yang zalim diangkat menjadi pemimpin hasil perbuatannya yang tidak mengundi, maka segala dosa yang dilakukan semasa pemerintahan oleh pemimpin yang zalim tadi akan ditanggung oleh oleh orang yang tidak mengundi tadi sebab dia tidak berusaha untuk menjatuhkan pemimpin melalui undi.
Paling penting, kena memilih pemimpin yang latar belakang peribadi calon yang baik, berakhlak mulia dan meyakini bahawa calon berkenaan akan memimpin berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Jika kita perlu cari pemimpin sebegitu, apatah lagi mencari parti yang sebegitu. Parti yang dapat memimpin berlandaskan Islam dan dipimpin oleh golongan ulama'.
p/s : Kepada pengundi2 di Manek Urai, Kelantan.. Pilihlah calon dengan tepat.
Maal Hijrah
2 years ago
"Dalam satu pilihanraya, jika calon yang dicalonkan dari sesuatu parti yang mereka digemari perangainya amat buruk , maka calon itu tetap akan di sokong asalkan parti yang mereka gemari itu menang". Ini merupakan satu kejahilan yang patut dielakkan.
betul. setuju dengan statement nie. tak dinafikan memang dalam election selalu berlakunya begini. memilih berdasarkan parti, bukan pemimpin...
Eya.. begitulah hakikatnya rakyat di Sabah khususnya.. Sedi dgr, mudah di permain-mainkan oleh parti yang zalim semata-mata untuk berkuasa. Kadang-kadang, ada juga penduduk yang berazam memilih calon yang baik time election, tp bila tiba time election pula.. dia pilih calon yang sebaliknya (yang xbaik) pula sbb diberi wang sogokan rm200 untuk 'pangkah' parti yg beri sogokan tu. Kerana wang, sanggup berubah pendirian dan maruah.. "Sedangkan kambing kat pasaran pun harganya rm300-400, xsangka pula manusia nie sanggup terima rm200 utk dibeli". So funny...
kesian plak ana tengok orang yg senang sgt dipermainkan oleh glgn2 yg x bertanggungjawab n jahil ney..kebanyakan pemimpin2 yg kurang ilmu agama ni hanya bijak mengeluarkan kata2 manis dan janji2 palsu..tp hasilnya hampeh..haprak..bagi analah kan..kita ni perlu peka dgn perkembangan politik negara kita supaya kita x tersilap pilih..
kesian plak ana tengok orang yg senang sangat dipermainkan oleh parti yang hanya mengumpan rakyatnya dgn kata2 manis..tapi..hasilnya haprak..hampeh..cakap je boleh harap..tp yg peliknya ramai juga orang2 yg boleh dikatakan kuat agama macam dato'masyitah dan ust.firdaus menyertai parti yg x brp terapkan unsur keislaman..mcm UMNO lah ..tp bagi ana diri kita sndri yg patut bijak memilih bagi menentukan nasib kita sebagai rakyat dan umat ISLAM..
Alhamdulillah, nampaknya golongan muda seperti adik dah dapat berfikir dgn rasional ttg hal pemerintahan. Tahniah..
alhamdulillah..moga niat suci ana dalam menegakkn islam mendapat izin dan hidayah dariNYA..INSYAALLAH..
Ameen..insyaALlah. Jika hati kita ikhlas keranaNya, maka akan dipermudahkan.. Seseorang yang berjuang di jalan ALlah akan mencapai dua perkara iaitu kemenangan dalam perjuangan ataupun syahid di dalam perjuangan..