Sesungguhnya apabila kita terlibat dalam sesuatu organisasi, kita tidak akan dapat lari daripada masalah-masalah dalaman. Di antara masalah dalaman organisasi yg selalu dihadapi adalah masalah hubungan dengan sahabat, masalah perbezaan pendapat, masalah sekeliling yang menganggu tugas dan bermacam-macam lagi. Bukan sahaja organisasi biasa berlaku keadaan sebegitu, tetapi kadang kala organisasi dalam jamaah Islam pun tidak terhindar daripada berlakunya masalah sedemikian. Masalah kecil seperti yang disebutkan, jika tidak diambil berat atau dibiar2kan maka akan menjadi masalah besar dan merupakan "virus" di dalam jamaah. Apabila masalah ini menjadi kritikal dan konflik berlaku, maka ia mengundang banyak masalah terhadap ahli jamaah dan berkemungkinan akan berlakunya perkara2 yang tidak diduga. Tidak dinafikan, kemungkinan ada di kalangan ahli yang akan berasa putus asa dan lemah semangat.
Jika dirujuk dari kitab karya ALlayarham Ustaz Fathy Yakan yang bermauduk "Golongan Yang Tercicir", kitab ini di antaranya menerangkan perkara2 buruk yang akan berlaku kepada ahli jamaah jika berlaku perkara seperti yang disebutkan di atas iaitu:
1) Ahli mungkin akan meninggalkan jamaah dan dakwah.
2) Ahli mungkin akan meninggalkan jamaah, tapi tidak kepada dakwah.
3) Ahli mungkin akan meninggalkan dakwah, tetapi tidak kepada jemaah.
4) Ahli akan memburuk-burukkan jamaah.
Hal keluar dan tercicir dari jamaah ini adalah amat berat sekali. Ia bertentangan dengan Islam yang sentiasa inginkan kesatuan ummah khususnya di dalam jamaah Islam. Seperti mana hadis Nabi s.a.w,
Kata Saidina Umar Al-Khattab,
"Barangsiapa yang meninggalkan jamaah Islam, maka dia telah menanggalkan tali Islam yang selama ini dipakainya dari lehernya"
p/s : Ini memberi peringatan kepada kita bagi yang terlibat dalam jamaah Islam untuk sentiasa berwaspada dan berusaha menghindari sebarang konflik dan berusaha menyelesaikannya bersama2.
salam...klu boleh ana nakkn penjelasan ttg artikel ni...sbb ana x brp faham n kurang jls..
Wa'alaykumussalam w.b.t.. Abg zaim akan cuba buat ayat yang boleh memahamkan ummul izzati.. kalo ada apa2 yg pertanyaan, tnya ja k.. InsyaALlah, abg zaim cuba utk jawab..
yelah..syukran..
afwan ya ukhti.. syukran sbb sudi bertandang ke blog ana..
owh, ni tajuk buku Fathi Yakan kan? kawan aku ada buku ni. dia kata best. buku ni dia tekankan tentang jemaah yang seharusnya ada dalam islam, ada tentang politik juga. nice though. just been waiting for read this book :)
ha'ah..buku fathi yakan.. semua buku2 hasil karya almarhum sumanya best sbb pemikiran almarhum hebat dalam menjelaskan apa itu gerakan Islam yang sebenarnya..