IJTIHAD ATAU TAASSUB
Dalam mendepani cabaran perjuangan Islam, perlu mengambil sifat ‘fatonah’ atau kecerdikan dalam melaksanakan tugas-tugas itu. Tanpa fatonah, maka perjuangan Islam adalah perjuangan yang dianggap sebagai jemaah yang ‘mandul’ dan ‘mati pucuk’. Seorang perempuan yang mandul atau lelaki yang mati pucuk, tidak memberi apa keistimewaan dalam kehidupannya, ekoran dari itu, perempuan atau lelaki tersebut akan merasakan dirinya bermasalah dalam menghadapi liku-liku kehidupannya itu. Antara ‘kefatonahan’ didalam Jemaah islam ialah Jemaah itu mempunyai kekuatan didalam berijtihad dalam melakukan beberapa tindakan. Ijtihad itu mestilah dilakukan bagi mereka yang berkemampuan dalam berijtihad. Mereka mesti berkelayakan dalam bidang ilmu-ilmu Islam dan memahami sesuatu benda yang hendak diijtihadkan.
Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya “fatawa Muasirah” jilid ke-2. di muka surat 649, ijtihad itu boleh berlaku dengan 3 sebab, iaitu seperti berikut;
a. Perkara yang tiada nas.
b. Perkara yang ada nas, tetapi mengandungi banyak tafsiran.
c. Perkara yang ada nas, tetapi mempunyai percanggahan dari segi pemahaman nas
tersebut nas - nas yang lain.
Perkara ijtihad juga berlaku kepada perkara-perkara yang mengandungi ‘zanniyatud dilalah’ atau pengambilan dalil secara zan. Adapun dalam perkara yang disepakati pemahamannya, tidak boleh lagi berlaku ijtihad padanya.
IKTILAF
Ikhtilaf bermaksud perbezaan. Perbezaan yang dimaksudkan adalah perbezaan pendapat dalam perkara-perkara yang diijtihadkan. Adapun perkara yang telah diijmakkan, atau ijtihad yang bersandar kepada dalil-dalil yang tidak betul, maka tidak boleh berlaku ikhtilaf padanya. Ikhtilaf itu boleh berlaku kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah atau fiqh.
IKHTILAF DALAM PERKARA AQIDAH
Aqidah mengikut ulasan Dr Basri Ibrahim didalam bukunya “Bidaah, ikhtilaf dan Maslamat umum’ perkara aqidah terbahagi kepada dua, iaitu aqidah dharuri dan aqidah nazhari.
Aqidah dharuri adalah aqidah yang tidak perlu dibahasakan panjang dan boleh difahami tanpa memikirkan secara mendalam, seperti kewujudan Allah, keesaan Allah, kewujudan Nabi SAW dan sebagainya.
Aqidah Nazhari pula adalah aqidah yang memerlukan kepada kajian. Ianya kadangkala berpunca dari pelbagai tafsiran dari ulama tentangnya, seperti ayah dan ibu nabi, adakah mereka ahli syurga atau tidak, Khaidir adakah seorang nabi atau tidak dan sebagainya. Dr Basri bin Ibrahim menyatakan, Aqidah Dharuri, dilarang berlaku ikhtilaf padanya, tetapi ikhtilaf boleh berlaku kepada perkara aqidah yang berbentuk Nazhari.
IKHTILAF DALAM PERKARA FIQH
Perkara fiqh adalah perkara yang selalu dikaitkan dengan ikhtilaf.
Walaubagaimanapun, tidak semua perkara yang yang berkaitan dengan fiqh boleh berlaku ikhtilaf, bahkan sekiranya sesuatu dalil yang dikemukakan terdiri dari ulasan yang tidak menepati dengan kehendak dan ‘turuq istinbat’ yang benar, maka ijtihad tersebut di tolak dan ternafilah ikhtilaf yang dibenarkan oleh Islam dalam masalah fiqh tersebut.
Persoalan berkenaan hukum murtad dibawah ketagori hukum hudud atau takzir adalah antara ikhtilaf fiqh yang tidak boleh ditoleransikan. Ini kerana, agenda meletakkan hukum murtad dibawah hukum takzir adalah agenda yang di lakukan oleh kelompok-kelompok secular yang sesat, menyesatkan.
Hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud;
“barangsiapa yang menukar akan agamanya (murtad), maka hendak bunuh akannya”
Jelas membuktikan hukuman bunuh kepada orang murtad.
Tetapi hakikatnya, mereka sengaja mengemukakan beberapa ‘isykal’ dan keraguan tentang hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan At-Tarmizi itu dengan mendakwa ianya adalah hadis ahad. Mereka beralasan, hadis ahad tidak boleh berhujjah dan dijadikan dalil bagi hukum-hukum yang berkaitan dengan fiqh jinayah dengan mengambil alasan
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud ;
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud ;
“tolak olehmu akan hudud (tidak perlu laksanakan hudud) dengan (sebab) ada syubhat”
Menurut mereka, Hadis ahad tidak sampai kepada darjat yaqini, bahkan dia hanya sekadar darjat zanni. Disebabkan darjat zanni itulah menyebabkan ianya dikira sebagai syubhat,
Menurut mereka, Hadis ahad tidak sampai kepada darjat yaqini, bahkan dia hanya sekadar darjat zanni. Disebabkan darjat zanni itulah menyebabkan ianya dikira sebagai syubhat,
Idea ini sebenarnya hakikat permulaan penolakan hukum Islam, ini kerana, banyak hukum-hukum dalam Islam bersandarkan kepada hadis-hadis Ahad. Apakah mereka tidak mengetahui bahawa tidak ada dalil atas perbuatan nabi menjatuhkan hukuman kepada orang yang melakukan liwat, tetapi hukumnya tetap disepakati oleh ulama sehinggakan sampai kepada darjat Ijmak Para Sahabat. Begitulah halnya kepada hukum bunuh kepada orang murtad. Adakah mereka berani mengatakan tindakan Saidina Abu Bakar as-siddiq membunuh orang yang ingkar membayar zakat sebagai sesuatu yang salah?
TOLERANSI DALAM PERKARA IKTILAF YANG DIBENARKAN
Ikhtilaf yang dibincang diatas telah kita perincikan. Dari ulasan tersebut, maka kita memahami bahawa ikhtilaf itu terbahagi kepada dua, iaitu ikhtilaf yang mesti di toleransikan dan ikhtilaf yang tidak boleh ditoleransikan.
Perkara ikhtilaf yang tidak boleh di toleransikan dikenali juga dengan nama “tanazuk” seperti
firman Allah Taala yang bermaksudnya;
firman Allah Taala yang bermaksudnya;
“Maka jika kamu bertanazuk dalam sesuatu (urusan), maka hendaklah kamu kembali kepada Allah dan Ar-Rasul”
BIDAAH : ANTARA IKHTILAF ATAU TANAZUK
Perkara bidaah juga antara perkara yang sering dibincangkan oleh masyarakat Islam kini, terutama dari kalangan lepasan-lepasan dari benua India dan semenanjung arab.
Apa yang perlu difahami, bidaah adalah sesuatu perdebatan yang berada dibawah katagori ‘iktilaf’ bukan ‘tanazuk’.
SIKAP KITA KEPADA IKTILAF DAN TANAZUK
Sikap yang perlu dibina bagi menghadapi perkara “ikhtilaf” adalah seperti berkata Syaikh Sayed Ridha yang maksudnya;
“Bantu membantu pada perkara yang disepakati atasnya dan bertoleransi setengah kita dengan setengah (yang lain) pada perkara yang di iktilafkan padanya”
Adapun sikap kita dalam menghadap tanazuk adalah, kita mesti lawan sehinggakan kebenaran itu jelas dan terlaksana di muka bumi.
Firman Allah Taala lagi yang bermaksud ;
"apabila datang kebenaran dan hancur kebatilan, sesungguhnya kebatilan adalah sesuatu yang binasa”.
KESIMPULAN
Wahai Umat Islam, berhentilah dari bertikam lidah dalam perkara iktilaf. Jika perkara ikhtilaf hendak dibincangkan juga, bincangkan dalam keadaan adil, tanpa kutuk mengutuk, bermasam muka, bahkan berbincanglah perkara tersebut dengan muka yang senyum, berkasih sayang dan boleh menjadikan kita berpeluk sesame kita selepas dari perbincangan tersebut.
Marilah kita bersatu dalam menghadapi perkara ‘tanazuk’. Melawan dalam menghadapi golongan syirik, tidak kira ianya orang melayu atau orang bukan melayu. Melayu bukan bukti kebenaran, tetapi kebenaran itu datang dengan Islam.
"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)
Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq