Syukur kehadrat Allah yang Maha Esa kerana masih memberi kita nikmat iman dan Islam. Bukan sahaja dua nikmat tersebut, tapi tidak terkira nikmat yang Allah beri pada kita sejak di dalam rahim bonda lagi. Alhamdulillah, dengan kekuasaaan Al-Khaliq yang telah memberi ruang pada ana utk menjadi ahli jamaah Islam untuk menyampaikan risalah kebenaran di bumiNya yang fana ini. Teringat kata-kata hikmat Saidina Umar al-Khattab yang digelar "Al-Faruq" iaitu "Tiada erti islam tanpa jamaah, tiada juga erti jamaah tanpa kepimpinan, tiada erti kepimpinan tanpa amir dan tiada erti amir tanpa wala". Hanya ubudiyyah kpdNya sahaja yang menjadi tanda kesyukuran kepadanya.
Apabila berbicara ttg dakwah, pada peringkat asas sang da'ie terfikir akan pendekatan2 dakwah yang perlu dipraktikkan agar ianya berkesan. Maka yang akan menjadi fokus pada peringkat permulaan ialah "proses menarik orang". Apabila merujuk kepada kitab At-Tariq Ilal Qulub karangan Abbas As-Siisi, pada sesi awal pengenalan kitab ini, ia menerangkan cara As-Syahid Hassan Al-Banna "menarik orang" sebagai satu contoh terbaik. Ia menyentuh tentang kaedah "menghafal nama".
As-Syahid Hassan Al-Banna adalah seorang da'ie yang sangat gemar menghafal nama. Seperti yang diceritakan, ketika Dewan Tertinggi Militer mengumumkan pemindahan beliau ke Kota Qina di wilayah Sha'id (Mesir) pada tahun 1941M. Pada waktu itu diadakan sambutan kedatangan beliau oleh pemuda-pemuda yang bergabung di dalam gerakan pramuka yang baru pertama kali mereka melihat beliau. As-Syahid Hassan Al-Banna berjabat tangan dengan pemuda-pemuda itu dan menyebut bebrapa nama mereka. Tatkala beliau ditanya bagaimana beliau boleh mengenali nama-nama tersebut, beliau menjawab "Ketika saya menandatangani kad anggota pramuka, saya menghafal nama dan raut wajahnya".
Jika situasi ini juga berlaku pada diri kita apabila pertama kali berjumpa dengan seseorang dan orang itu mengetahui nama kita, maka kita akan mudah mesra dengannya. Ini boleh dijadikan salah satu cara untuk kita mendekati manusia dengan berkesan.. Insya'Allah...
salam.
best! oh yakan.. bagus betul Hasan Al-Banna nie. memang ciri2 pendakwah yang penyayang dan best! camna aa.. aku ni senang betul lupa nama org.. huhu. hari ni tanya nama, esok jumpa lupa dah tu.. wawa..
weh, mesti ko banyak baca cerita Hasan Al-Banna kan? di sabah sana, adakah jual buku dia? aku sedang mencari buku Hasan Al-Banna, tapi lum jumpa lagi..
dalam koleksi ana, buku ttg hassan Al-banna memg ada dan penjualan buku2 haraki di sabah amat2 kurg, tapi di semenanjung banyak..