skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Bagaimana Menyentuh Hati??

2 Orang Mengulas

Pengasas gerakan Islam Ikhwanul Muslimin, As-Syahid Hassan Al-Banna.

Syukur kehadrat Allah yang Maha Esa kerana masih memberi kita nikmat iman dan Islam. Bukan sahaja dua nikmat tersebut, tapi tidak terkira nikmat yang Allah beri pada kita sejak di dalam rahim bonda lagi. Alhamdulillah, dengan kekuasaaan Al-Khaliq yang telah memberi ruang pada ana utk menjadi ahli jamaah Islam untuk menyampaikan risalah kebenaran di bumiNya yang fana ini. Teringat kata-kata hikmat Saidina Umar al-Khattab yang digelar "Al-Faruq" iaitu "Tiada erti islam tanpa jamaah, tiada juga erti jamaah tanpa kepimpinan, tiada erti kepimpinan tanpa amir dan tiada erti amir tanpa wala". Hanya ubudiyyah kpdNya sahaja yang menjadi tanda kesyukuran kepadanya.

Apabila berbicara ttg dakwah, pada peringkat asas sang da'ie terfikir akan pendekatan2 dakwah yang perlu dipraktikkan agar ianya berkesan. Maka yang akan menjadi fokus pada peringkat permulaan ialah "proses menarik orang". Apabila merujuk kepada kitab At-Tariq Ilal Qulub karangan Abbas As-Siisi, pada sesi awal pengenalan kitab ini, ia menerangkan cara As-Syahid Hassan Al-Banna "menarik orang" sebagai satu contoh terbaik. Ia menyentuh tentang kaedah "menghafal nama".

As-Syahid Hassan Al-Banna adalah seorang da'ie yang sangat gemar menghafal nama. Seperti yang diceritakan, ketika Dewan Tertinggi Militer mengumumkan pemindahan beliau ke Kota Qina di wilayah Sha'id (Mesir) pada tahun 1941M. Pada waktu itu diadakan sambutan kedatangan beliau oleh pemuda-pemuda yang bergabung di dalam gerakan pramuka yang baru pertama kali mereka melihat beliau. As-Syahid Hassan Al-Banna berjabat tangan dengan pemuda-pemuda itu dan menyebut bebrapa nama mereka. Tatkala beliau ditanya bagaimana beliau boleh mengenali nama-nama tersebut, beliau menjawab "Ketika saya menandatangani kad anggota pramuka, saya menghafal nama dan raut wajahnya".

Jika situasi ini juga berlaku pada diri kita apabila pertama kali berjumpa dengan seseorang dan orang itu mengetahui nama kita, maka kita akan mudah mesra dengannya. Ini boleh dijadikan salah satu cara untuk kita mendekati manusia dengan berkesan.. Insya'Allah...





JAMBORI "TENTERA MERAH" SABAH....

2 Orang Mengulas

Unit Amal berkumpul ketika sesi Induksi Amal.

Penulis (berbaju kelabu) bersama sahabat Yayasan Amal ketika Jambori.

Watikah Perlantikan Ahli Lembaga Pengarah Unit Amal disampaikan oleh Pengarah Jabatan Amal Pusat, Ust. Jamsari Masrom sambil disaksikan oleh penulis (tengah).


Acara Perbarisan Unit Amal

Diantara acara ketika Jambori Amal iaitu merempuh halangan dan sebagainya..


Jambori Amal Peringkat Negeri Sabah kali ke-3 yang diadakan pada 20, 21 dan 22 Mac 2009 bertempat di Sook, Keningau telah berlangsung dengan begitu sempurna. Seramai lebih 100 orang anggota Unit Amal telah menghadiri jambori ini khususnya daripada daerah Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Papar, Labuan dan juga tuan rumah, Keningau.

Jambori Amal ini juga disambut dengan baik oleh penduduk tempatan dan program "anak angkat" juga menjadi satu titik kemesraan dan ukhwah diantara penduduk dengan anggota Unit Amal. Antara acara yang diadakan bersama penduduk ketika jambori adalah seperti bergotong-royong, riadah, akikah, sumbangan barangan keperluan dsb. Ana mewakili Unit Amal Negeri mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota Unit Amal dan penduduk kampung yang terlibat dalam menjayakan program Jambori Amal kali ini.. Syukran jazilan, jazakallahu khairan kathiro..





PERHIMPUNAN TENTERA MERAH KEMBALI LAGI...

2 Orang Mengulas


JAMBORI AMAL PERINGKAT NEGERI SABAH 2009
TARIKH : 20 -22 MAC 2009
TEMPAT : SOOK, KENINGAU.
"BERAMAL KERANA ALLAH"






FIQH IKHTILAF??

1Orang Mengulas


IJTIHAD ATAU TAASSUB

Dalam mendepani cabaran perjuangan Islam, perlu mengambil sifat ‘fatonah’ atau kecerdikan dalam melaksanakan tugas-tugas itu. Tanpa fatonah, maka perjuangan Islam adalah perjuangan yang dianggap sebagai jemaah yang ‘mandul’ dan ‘mati pucuk’. Seorang perempuan yang mandul atau lelaki yang mati pucuk, tidak memberi apa keistimewaan dalam kehidupannya, ekoran dari itu, perempuan atau lelaki tersebut akan merasakan dirinya bermasalah dalam menghadapi liku-liku kehidupannya itu. Antara ‘kefatonahan’ didalam Jemaah islam ialah Jemaah itu mempunyai kekuatan didalam berijtihad dalam melakukan beberapa tindakan. Ijtihad itu mestilah dilakukan bagi mereka yang berkemampuan dalam berijtihad. Mereka mesti berkelayakan dalam bidang ilmu-ilmu Islam dan memahami sesuatu benda yang hendak diijtihadkan.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya “fatawa Muasirah” jilid ke-2. di muka surat 649, ijtihad itu boleh berlaku dengan 3 sebab, iaitu seperti berikut;
a. Perkara yang tiada nas.
b. Perkara yang ada nas, tetapi mengandungi banyak tafsiran.
c. Perkara yang ada nas, tetapi mempunyai percanggahan dari segi pemahaman nas
tersebut nas - nas yang lain.

Perkara ijtihad juga berlaku kepada perkara-perkara yang mengandungi ‘zanniyatud dilalah’ atau pengambilan dalil secara zan. Adapun dalam perkara yang disepakati pemahamannya, tidak boleh lagi berlaku ijtihad padanya.

IKTILAF

Ikhtilaf bermaksud perbezaan. Perbezaan yang dimaksudkan adalah perbezaan pendapat dalam perkara-perkara yang diijtihadkan. Adapun perkara yang telah diijmakkan, atau ijtihad yang bersandar kepada dalil-dalil yang tidak betul, maka tidak boleh berlaku ikhtilaf padanya. Ikhtilaf itu boleh berlaku kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah atau fiqh.

IKHTILAF DALAM PERKARA AQIDAH

Aqidah mengikut ulasan Dr Basri Ibrahim didalam bukunya “Bidaah, ikhtilaf dan Maslamat umum’ perkara aqidah terbahagi kepada dua, iaitu aqidah dharuri dan aqidah nazhari.

Aqidah dharuri adalah aqidah yang tidak perlu dibahasakan panjang dan boleh difahami tanpa memikirkan secara mendalam, seperti kewujudan Allah, keesaan Allah, kewujudan Nabi SAW dan sebagainya.

Aqidah Nazhari pula adalah aqidah yang memerlukan kepada kajian. Ianya kadangkala berpunca dari pelbagai tafsiran dari ulama tentangnya, seperti ayah dan ibu nabi, adakah mereka ahli syurga atau tidak, Khaidir adakah seorang nabi atau tidak dan sebagainya. Dr Basri bin Ibrahim menyatakan, Aqidah Dharuri, dilarang berlaku ikhtilaf padanya, tetapi ikhtilaf boleh berlaku kepada perkara aqidah yang berbentuk Nazhari.

IKHTILAF DALAM PERKARA FIQH

Perkara fiqh adalah perkara yang selalu dikaitkan dengan ikhtilaf.

Walaubagaimanapun, tidak semua perkara yang yang berkaitan dengan fiqh boleh berlaku ikhtilaf, bahkan sekiranya sesuatu dalil yang dikemukakan terdiri dari ulasan yang tidak menepati dengan kehendak dan ‘turuq istinbat’ yang benar, maka ijtihad tersebut di tolak dan ternafilah ikhtilaf yang dibenarkan oleh Islam dalam masalah fiqh tersebut.

Persoalan berkenaan hukum murtad dibawah ketagori hukum hudud atau takzir adalah antara ikhtilaf fiqh yang tidak boleh ditoleransikan. Ini kerana, agenda meletakkan hukum murtad dibawah hukum takzir adalah agenda yang di lakukan oleh kelompok-kelompok secular yang sesat, menyesatkan.

Hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud;

“barangsiapa yang menukar akan agamanya (murtad), maka hendak bunuh akannya”

Jelas membuktikan hukuman bunuh kepada orang murtad.

Tetapi hakikatnya, mereka sengaja mengemukakan beberapa ‘isykal’ dan keraguan tentang hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan At-Tarmizi itu dengan mendakwa ianya adalah hadis ahad. Mereka beralasan, hadis ahad tidak boleh berhujjah dan dijadikan dalil bagi hukum-hukum yang berkaitan dengan fiqh jinayah dengan mengambil alasan

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud ;

“tolak olehmu akan hudud (tidak perlu laksanakan hudud) dengan (sebab) ada syubhat”

Menurut mereka, Hadis ahad tidak sampai kepada darjat yaqini, bahkan dia hanya sekadar darjat zanni. Disebabkan darjat zanni itulah menyebabkan ianya dikira sebagai syubhat,

Idea ini sebenarnya hakikat permulaan penolakan hukum Islam, ini kerana, banyak hukum-hukum dalam Islam bersandarkan kepada hadis-hadis Ahad. Apakah mereka tidak mengetahui bahawa tidak ada dalil atas perbuatan nabi menjatuhkan hukuman kepada orang yang melakukan liwat, tetapi hukumnya tetap disepakati oleh ulama sehinggakan sampai kepada darjat Ijmak Para Sahabat. Begitulah halnya kepada hukum bunuh kepada orang murtad. Adakah mereka berani mengatakan tindakan Saidina Abu Bakar as-siddiq membunuh orang yang ingkar membayar zakat sebagai sesuatu yang salah?

TOLERANSI DALAM PERKARA IKTILAF YANG DIBENARKAN

Ikhtilaf yang dibincang diatas telah kita perincikan. Dari ulasan tersebut, maka kita memahami bahawa ikhtilaf itu terbahagi kepada dua, iaitu ikhtilaf yang mesti di toleransikan dan ikhtilaf yang tidak boleh ditoleransikan.

Perkara ikhtilaf yang tidak boleh di toleransikan dikenali juga dengan nama “tanazuk” seperti

firman Allah Taala yang berm
aksudnya;

“Maka jika kamu bertanazuk dalam sesuatu (urusan), maka hendaklah kamu kembali kepada Allah dan Ar-Rasul”

BIDAAH : ANTARA IKHTILAF ATAU TANAZUK

Perkara bidaah juga antara perkara yang sering dibincangkan oleh masyarakat Islam kini, terutama dari kalangan lepasan-lepasan dari benua India dan semenanjung arab.
Apa yang perlu difahami, bidaah adalah sesuatu perdebatan yang berada dibawah katagori ‘iktilaf’ bukan ‘tanazuk’.

SIKAP KITA KEPADA IKTILAF DAN TANAZUK

Sikap yang perlu dibina bagi menghadapi perkara “ikhtilaf” adalah seperti berkata Syaikh Sayed Ridha yang maksudnya;

“Bantu membantu pada perkara yang disepakati atasnya dan bertoleransi setengah kita dengan setengah (yang lain) pada perkara yang di iktilafkan padanya”

Adapun sikap kita dalam menghadap tanazuk adalah, kita mesti lawan sehinggakan kebenaran itu jelas dan terlaksana di muka bumi.

Firman Allah Taala lagi yang bermaksud ;
"apabila datang kebenaran dan hancur kebatilan, sesungguhnya kebatilan adalah sesuatu yang binasa”.
KESIMPULAN
Wahai Umat Islam, berhentilah dari bertikam lidah dalam perkara iktilaf. Jika perkara ikhtilaf hendak dibincangkan juga, bincangkan dalam keadaan adil, tanpa kutuk mengutuk, bermasam muka, bahkan berbincanglah perkara tersebut dengan muka yang senyum, berkasih sayang dan boleh menjadikan kita berpeluk sesame kita selepas dari perbincangan tersebut.

Marilah kita bersatu dalam menghadapi perkara ‘tanazuk’. Melawan dalam menghadapi golongan syirik, tidak kira ianya orang melayu atau orang bukan melayu. Melayu bukan bukti kebenaran, tetapi kebenaran itu datang dengan Islam.

Takbirr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Sumber : Exco Lajnah Tarbiyyah,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang.





BERSAMA YB WAHID ENDUT

2 Orang Mengulas


Penulis (berdiri) di kaunter Jom Sertai PAS

Pada tanggal 5 Mac yang lepas, ahli parlimen Kuala Terengganu iaitu YB Wahid Endut telah berkunjung ke negeri Sabah. Kunjungan beliau adalah untuk berterima kasih kepada semua pendokong Pakatan Rakyat yang telah bertungkus lumus berusaha untuk memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Dalam ceramah beliau, YB Wahid telah menceritakan kunci kejayaan beliau dalam memenangi pilihanraya kecil iaitu :
1) jangan mencari musuh dan jangan lari apabila bertemu musuh.
2) istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan.
3) menjaga hubungan dengan Allah.
4) Jangan berbalah dan berpecah belah.
5) Sentiasa sabar.

Dalam suatu ketika apabila ana mendekati YB Wahid untuk mengenalinya tambah2 lagi beliau seorang pejuang Islam, ana berasa begitu terharu dengan sikapYB Wahid yang mesra dengan ana apabila ana bertanya tentang sesuatu perkara kepada beliau.. Bagi ana, dengan kepimpinan dan nilai moral akhlak yang ada pada beliau, itulah sebab rakyat Kuala Terengganu mengangkat beliau menjadi pemimpin.

"Ya Allah, lindungilah pejuang - pejuang yang menegakkan kalimahmu di muka bumi ini, hancurkanlah segala musuh-musuhmu". Amiiin...





JOM TAJA SET SELAMATKAN AQIDAH..

1Orang Mengulas



Maksud firman Allah SWT:

“... dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).” (Al-Baqarah:217)

Jumaat lepas kami menunaikan Solat Jumaat di Kampung Kobuni, Inanam. Kehadirannya seperti biasa tidak mencecah 35 orang. Apapun usaha Persatuan Siswazah Sabah (PSS) memohon dan memastikan Solat Jumaat dibenarkan untuk dilaksanakan di sini adalah usaha yang harus dipuji. Kalau di kampung sendiri pun Solat Jumaat tidak dapat pergi, masakan kalau dibuat di tempat lebih jauh lagi dapat dilaksanakan?

Minggu ini masuk minggu ketiga solat Jumaat dilaksanakan di kampung ini. Seusai solat, seperti biasa kami duduk berbincang isu-isu semasa bersama penduduk kampung. Dari isu kerajaan Perak, Elizabeth Wong, sampailah ke isu evergreen, khususnya di Sabah. Isu murtad. Pengislaman beramai-ramai zaman USNO di bawah Tun Datu Mustapha sekitar tahun 1975 untuk membolehkan Islam dijadikan agama rasmi negeri Sabah, tetapi tidak ada susulan pendidikan Islam kepada suadara baru menyebabkan banyak paksi Islam yang belum sempat ditanam kemas tercabut dari hati penganut.

Isu murtad bukan isu kecil. Ia melibatkan aqidah, penukaran terus akar dan pasak kepercayaan dan gugur keyakinan dari keimanan yang tunggal. Jangankan yang murtad, yang mengaku Islam pun kang kali kung. Tidak pernah solat, tidak menutup aurat, tidak kenal pun Islam. Anak-anak di sini, diajar solat, disuruh rukuk, mereka membuat gaya orang sedang menghisap rokok. Rokok je mereka pernah dengar. Rukuk? Tak pernah!

Paling menyedihkan, isu murtad bukan berlaku di tempat yang sayup-sayup, tak tercapai oleh mata telinga. Ia berlaku di laman rumah kita sendiri! Penduduk Kg. Kobuni menceritakan bagaimana di Kg. Kionsom Kecil, yang baru didiami oleh 8 buah keluarga, salah satu daripadanya telah murtad! Kes biasa-suami Islam, isteri ikut masuk Islam untuk kahwin, cerai, isteri murtad bersama anak-anak. Begitu juga dengan beberapa keluarga lain di situ, sedang keluarga-keluarga yang lain sentiasa terdedah kepada ancaman yang sama, ekoran banyaknya gereja dan hebatnya gerakan Kristianisasi di situ! Lapar? Kesian. Nah kami beri duit poket bulanan. Beras nak? Sardin perlu? Ish,ish..teruk juga kehidupan kamu ni. Orang Islam tak tolong? Kesian. Ramai macam kamu ni. Apa kata kita pergi jumpa kawan-kawan Ahad ni, bincang-bincang. Kat bawah tu je, dekat je. Ya, gereja tu. Penduduk bersungguh-sungguh mengharapkan supaya sekurang-kurangnya sebuah surau kecil dapat dibina di situ, selain kes murtad tersebut dirujuk kepada pihak sepatutnya. Bukan mereka tidak melakukan apa-apa, aduan telah dibuat kepada pihak JHEAINS, tetapi tidak ada tindakan diambil. Ah, orang-orang tua dari kaki gunung ini, abaikan sahaja..Bukan dia dapat menjejaskan apa-apa..

Sudahlah asyik melontarkan simpati berterusan kepada anak-anak Palestin yang kelaparan dalam peperangan, kerana mati mereka dalam keimanan. Usahlah sibuk membicarakan kemanusiaan dan kezaliman, kerana pergi mereka mendampingi Tuhan. Susukan dulu anak di halaman, sebelum menyusu kera di hutan, kerana tanpa susu, anak itu mungkin mati dalam kekufuran!

(PSS akan mengadakan ziarah ke Kampung Kionsom Kecil bertemu Ketua Kampung dan membincangkan masalah-masalah yang membelenggu penduduk di sana, menyampaikan tajaan Set Selamatkan Aqidah daripada anda, dan mengusulkan kepada JHEAINS supaya diberi peruntukan membina surau di sana dalam masa terdekat. Kami juga mengalukan sumbangan berbentuk kewangan atau bahan makanan.)

Sumber: nurilhakim.blogspot.com





Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      3 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      5 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      5 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      7 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      9 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      11 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft