Apabila bercerita tentang perihal HAMAS iaitu salah satu gerakan Islam di Palestin, pasti kita tertanya2 adakah siapakah yang mengasaskannya? HAMAS diasaskan oleh As- Syahid Syeikh Ahmad Yassin yang terkorban dalam serangan mortar Israel setelah keluar dari masjid selesai solat subuh. Syeikh Ahmad Yassin pada hayatnya pernah ditahan di dalam penjara kerana disyaki menubuhkan satu agenda ketenteraan untuk menggulingkan kerajaan Palestin yang pro barat. Apabila Syeikh Ahmad Yassin telah meninggal, maka diganti oleh Dr. Aziz Al-Rantisi yang memegang amanah untuk menjaga semenanjung Gaza dari pencerobohan tentera Israel. Maka, Dr. Aziz Al-Rantisi juga mendapat syahid dan pemimpin HAMAS berganti. Ana pernah melihat video klip panglima gerakan HAMAS iaitu Izuddin Al-Qassam yang telah syahid dan seterusnya namanya diabadikan menjadi sebuah briged iaitu Brigade Izzuddin Al-Qassam. Brigade ini diterajui oleh panglima Muhannad yang bertanggungjawab menjaga semenanjung Gaza, namun Muhannad juga telah syahid dalam menjaga keselamatan umat Islam di Gaza. Kita perlu tahu bahawa agenda Israel adalah ingin menubuhkan negara Yahudi serta melenyapkan umat Islam di Palestin dan Masjidil Aqsa. Jadi, kita kena sedar dan bangkit demi mempertahankan Islam yang suci ini.. TAKBIR!!!!
Maal Hijrah
1 year ago