Pada hari Jumaat bersamaan 2hb Jan, barisan pemuda2 Islam Sabah menganjurkan demonstrasi aman mengutuk kekejaman rejim Zionis Laknatullah di Masjid SDA, Kota Kinabalu selepas solat fardhu Jumaat. Hampir 500 pemuda Islam mengikuti demonstrasi ini dan melaungkan kutukan terhadap Israel laknatullah serta membakar bendera Zionis. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, saudara Lahirul Latigu berkata, ” Umat Islam tidak akan berdiam diri dengan apa yang telah dilakukan oleh rejim Zionis. Barisan pemuda Islam rela berkorban apa saja demi untuk menuntut agar tindakan ganas rejim zionis tersebut dihentikan serta merta”.
Maal Hijrah
1 year ago