skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

LEBIH 300 ORANG TERKORBAN DI GAZA AKIBAT SEKATAN ISRAEL

0 Orang Mengulas

"Bagaimana keadaan Gaza sekarang Abd Rahman?" "Ya akhi .. keadaan Gaza sungguh teruk," jelas sahabat saya itu. Tiga hari lepas, wakil komuniti MAP sempat bertanya khabar kepada salah seorang pelajar Palestin yang menuntut di Universiti Kaherah. Respon perkhabaran tersebut ternyata amat menyedihkan khasnya terhadap penduduk Palestin Gaza yang berhadapan dengan sekatan Israel. Sekatan tersebut mengakibatkan Semenanjung Gaza kembali gelap malah bekalan air turut terputus. Bekalan makanan dan ubat-ubatan juga berkurangan dari hari ke hari.

Gaza kembali gelap setelah Israel menutup sempadan(perlintasan) menyebabkan bahan bakar dan seumpamanya yang dijadualkan akan dibawa masuk ke Gaza tertangguh. Alasan Israel kerana pejuang-pejuang Palestin menyerang Israel dengan serangan roket.

Berikut adalah catatan 'bencana kemanusiaan' yang dihadapi penduduk Gaza:

29/12/07: Muhammad Salih 55 meninggal dunia kerana tidak dibenarkan membuat rawatan di luar Gaza. Dilaporkan, sempadan Gaza-Israel ditutup oleh Israel.

9/1/08: Tunjuk perasaan masyarakat arab di negara-negara jiran dan berhampiran Palestin kerana membantah lawatan Bush ke Timur Tengah. Lawatan Bush disifatkan merangsang keganasan Israel terhadap penduduk Palestin.

20/1/2008: Penjana utama yang membekalkan elektrik di Gaza telah dihentikan operasi kerana sekatan Israel.

Bagaimana tidak, pihak UNRWA yang berada di Gaza juga memohon kepada pihak luar agar membantu mereka supaya bantuan makanan dan ubat-ubatan dapat diberikan kepada penduduk Palestin Gaza.

20/1/08: Jalan-jalan di negara Jordan, Lubnan, Sudan, Maghribi dan lain-lainnya memperlihatkan sensitiviti rakyat-rakyat yang turun di jalanan mengadakan tunjuk perasaan membantah kawalan dan kepungan Israel (sekatan Israel) terhadap Gaza.

22/1/08 (sempadan Rafah): Para penunjuk perasaan yang terdiri dari kalangan penduduk Palestin berjaya merempuh sempadan Rafah. Sebaik sahaja pintu sempadan yang dirempuh terbuka, beberapa pesakit yang memerlukan rawatan segera diusung melepasi sempadan Mesir.

Siaran langsung Al-Jazeerah (22/01/08) :Di sempadan Rafah (Gaza-Mesir) dan Erez (Beit Hanoun-Israel) menunjukkan betapa krisis kemanusiaan memberi kesengsaraan terhadap penduduk Gaza.

23/1/08: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengakhiri perjumpaan tergempar membincangkan keadaan Gaza tanpa ada kesepakatan.

24/4/08: Perunding Eropah menggesa Israel membekalkan semula bahan bakar ke Semenanjung Gaza.

11/5/08: Bekalan elektrik di Gaza terputus setelah stesen janakuasa elektrik utamanya dihentikan operasinya ekoran kehabisan bekalan bahan bakar.

30/5/08: Penduduk Palestin di Gaza mengadakan tunjuk perasaan secara aman di sempadan Sufa(Gaza-Israel). Tujuan tunjuk perasaan itu adalah menuntut dibebaskan kawalan dan kepungan(siege) ke atas Gaza. Tentera Israel juga bertindak melepaskan tembakan yang mengakibatkan beberapa penunjuk perasaan parah.

19/6/08: Gencatan senjata antara HAMAS dan Israel. Antara syarat persepakatan tersebut adalah:

1) Kedua belah tidak boleh serang antara satu sama lain selama 6 bulan.
2) Israel perlu bekalkan Gaza dengan bahan bakar dan beberapa keperluan penduduk Gaza. Juga, pihak Israel mesti membuka pintu sempadan(perlintasan) Israel-Gaza.
Ogos/2008, dua buah buah kapal aktivis keamanan dunia sampai ke pelabuhan Gaza.

Keadaan agak tegang beberapa selepas persepakatan tersebut.

19/10/08:Rentetan sekatan Gaza yang dikenakan Israel terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza telah menyebabkan 80% daripada jumlah penduduk berada di bawah paras kemiskinan.

Penduduk Israel menghalang trak-trak pengangkut yang membawa kargo barangan ke Semenanjung Gaza melalui sempadan(perlintasan) Kerem Shalom, timur Gaza.

4/11/08 :Israel menyerang beberapa kawasan di Gaza. Serangan Israel disifatkan melanggar persepakatan "gencatan senjata" menyebabkan 6 orang penduduk Gaza terbunuh dan beberapa lagi cedera.

5/11/08 :Pejuang-pejuang Palestin membalas serangan Israel yang mengakibatkan Israel terus menutup sempadan dan menghentikan bekalan bahan bakar dan seumpamanya ke Semenanjung Gaza.

Penduduk Gaza hidup dalam kegelapan, malah bekalan air turut disekat.

20/11/08 : Kanak-kanak palestin mengadakan tunjuk perasaan yang bertujuan menyeru masyarakat antarabangsa dan penduduk dunia membebaskan Gaza dari sekatan Israel. Tunjuk perasaan tersebut adalah sempena hari kanak-kanak sedunia.

22/11/08 :Wakil UNRWA melalui berita al-jazeerah memohon mana-mana bantuan bagi menyelamatkan Gaza dari sekatan ini. PBB juga mendesak Israel mengakhiri tempoh penutupan pintu sempadan Israel-Gaza. Kesengsaraan penduduk Palestin Gaza mendapat simpati dari dua buah kem pelarian Palestin di Kem Pelarian al-Wehdat, Jordan dan Kem Pelarian Yarmouk, Syria yang mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran.
24/11/08 :Jordan menghantar 16 trak pengangkut ke Gaza yang membawa bantuan kemanusiaan.

26/11/08: Pertemuan tergempar menteri-menteri luar arab di Kaherah. Antara fokus perbincangan adalah 'sekatan Gaza'.

28/11/08: Israel membenarkan bekalan makanan, bahan bakar dan seumpamanya dibawa masuk ke Gaza rabu lalu tetapi terlalu sedikit dan tidak mengubah keadaan mengikut sumber Palestin.

Sehingga kini, 256 (terkini 260 nyawa) penduduk Palestin meninggal dunia akibat sekatan. Jumlah ini tidak termasuk mangsa serangan dan pengeboman Israel.

Justeru, dengan paparan yang kami bawakan ini adalah untuk menyeru semua mahasiswa-mahasiswi dan sesiapa sahaja untuk merasai apa yang mereka lalui saat ini walaupun hanya untuk beberapa minit dan seringan-ringan usaha.





0 responses to "LEBIH 300 ORANG TERKORBAN DI GAZA AKIBAT SEKATAN ISRAEL"


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      2 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      4 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      4 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      6 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      8 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      10 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft