skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Dah Keluarkan Zakat Fitrah??

0 Orang Mengulas


Salam alayk'. Apabila kita mengerjakan tuntutan kewajiban rukun Islam yang ketiga, maka ianya sinonim dengan perlaksanaan rukun Islam yang keempat. Dengan bahasa yang lebih mudah, apabila kita mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, maka tuntutan untuk mengeluarkan zakat fitrah harus dilaksanakan.


RM 7.00 Untuk Sabah!

Bagi penduduk negeri Sabah, kadar zakat fitrah bagi tahun 2011 yang bersamaan dengan 1432H adalah sebanyak RM 7.00. Dari setahun ke setahun, kadar zakat fitrah ini meningkat oleh beberapa faktor antaranya harga beras di pasaran dan lain-lain lagi. Namun begitu dalam hal yang lain, penulis bersetuju dengan pandangan Dr. Asri Zainul Abidin bahawa kita tidaklah mengambil kisah dengan nilai kutipan zakat yang hampir berjuta-juta, namun memfokuskan bagaimana wang zakat itu diuruskan sehingga sampai kepada golongan asnaf. Kita tidak mahu lagi mendengar isu wang zakat hilang, masuk mulut orang yang tidak sepatutnya, penyelewengan dan lain-lain lagi. 

Apabila berlaku masalah-masalah seperti yang disebutkan, maka ia telah menunjukkan ketirisan dalam pengurusan wang zakat secara efektif. Pemerkasaan institusi baitulmal seharusnya diteliti dari semasa ke semasa. Mudah-mudahan, segala masalah dapat ditangani dengan sebaik-baiknya.


Hikmah Zakat Fitrah

Menjelang Aidilfitri, bermakna umat Islam menuju kegembiraan. Inilah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, iaitu orang yang berpuasa diberikan dua kegembiraan. Kegembiraan pertama sewaktu berbuka (berbuka puasa dan berhari raya) dan keduanya ketika menatap wajah Allah SWT di dalam syurga (mafhum daripada hadis riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad).
 
Di dalam memastikan umat Islam khususnya golongan fakir dan miskin turut merasai nikmat hari raya inilah, maka zakat fitrah diwajibkan. Ia bertujuan memberikan mereka makanan yang cukup. Bahkan dalam konteks hari ini, fakir miskin bukan sahaja diberikan makanan bahkan wang ringgit. Maka, dapatlah mereka membeli keperluan hari raya dengan wang ringgit tersebut.


Di samping itu, zakat fitrah juga menepati kehendak puasa yang bermaksud mengembalikan manusia kepada fitrah. Apabila zakat fitrah ditunaikan, maka akan terhakislah rasa tamak dan haloba dalam diri. Akan tersingkaplah tirai kesombongan dan diganti dengan rasa rendah diri dan saling berkongsi. Ibnu Abbas menyatakan:

“Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

p/s: Jangan lupa keluarkan zakat fitrah sendiri bagi yang telah mampu untuk menyara diri dan tanggungan..







Risalah Ramadhan Pemuda PAS Sepanggar

0 Orang Mengulas


Salam alayk'. Sedikit perkongsian ilmu dengan risalah Ramadhan untuk edaran terbitan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar. Semoga bermanfaat untuk semua. Maka, dengan berbesar hati, penulis menggalakkan risalah ini diedarkan kepada seluruh umat manusia tidak kira latarbelakang agama, bangsa, warna kulit dan tempat.

(Muka surat pertama)

_____________________________________________________


(muka surat kedua)

"klik pada gambar untuk lebih jelas" 

p/s: Semoga bermanfaat untuk semua. "Islam Memimpin Perubahan"





Salam Ramadhan daripada Mujahideen Islam

0 Orang Mengulas


Salam alayk'. Tidak disangka, ALlah SWT masih lagi memberi kita peluang untuk bertemu dan bernafas di bulan tarbiyyah Ramadhan ini. Sesungguhnya bagi penulis, ia merupakan 'anugerah' yang tidak terhingga. Rasullah pernah menentuh mengenai bulan ini di dalam sabdanya yang bermaksud:
  
“Islam didirikan atas lima perkara: bersaksi tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Ka’abah"  ( Hadis riwayat Bukhari & Muslim)



Madrasah Tarbiyyah Ramadhan

Sering kita mendengar bahawa bulan Ramadhan sinonim dengan perkataan "tarbiyyah" yang merupakan pengasuhan terhadap setiap individu bergelar Muslim. Bahkan, pada bulan ini tiada sebarang Muslim yang terlepas dari dikenakan tuntutan-tuntutan untuk mendidik diri ini. Bahkan si kanak-kanak kecil juga akan mula melatih dirinya untuk berpuasa sebagai persediaan untuk melaksanakan perintah ini ketika meningkat umurnya.Kewajiban berpuasa ini ALlah SWT telah perintahkan di dalam wahyu Al-Quranul Karim: 

“ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu sekalian berpuasa, sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa ( Surah Al-Baqarah : 183 )

Diantara hikmah berpuasa untuk kita ketahui bersama ialah:

1. Puasa menyempitkan aliran makanan dan darah. Aliran yang sama digunakan syaitan. Maka bisikan syaitan menjadi lemah.
2. Puasa melemahkan nafsu, hasrat jahat dan keinginan berbuat maksiat. Ini membuatkan roh menjadi tidak ternoda dan kembali suci.
3. Puasa mengingatkan pelakunya perihal kewujudan saudara-saudaranya yang kelaparan, memerlukan bantuan dan yang fakir serta miskin. Kesedaran ini menyebabkan orang yang berpuasa mahu mengasihi, menyayangi dan menolong mereka.
4. Puasa juga adalah pendidikan jiwa, penyucian hati, pengendalian pandangan dan menjaga anggota tubuh daripada dosa.
5. Puasa juga adalah rahsia antara hamba dengan Tuhannya. Hal ini ditegaskan dalam hadis Qudsi. Allah berkata, "Setiap amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa. Puasa untukKu dan Aku sendiri yang membalasnya."
6. Puasa adalah alat penyatuan kaum muslimin. Mereka berpuasa pada waktu yang sama dan berbuka puasa pada waktu yang sama. Mereka merasa lapar bersama dengan penuh persaudaraan. Penyatuan membuatkan mereka diliputi rasa cinta dan setiakawan.



7. Puasa adalah penghapus kesalahan dan kejahatan. Muslim merekodkan Rasulullah berkata "Dari Jumaat ke Jumaat yang lain, daripada umrah kepada umrah yang lain dan dari Ramadan ke Ramadan yang lain adalah penghapus dosa. Ini selagi dosa itu tidak termasuk dosa besat."
8. Puasa menyihatkan badan kerana ia mengosongkan perut daripada semua bahan yang merosakkan. Ia juga merehatkan pencernaan, membersihkan darah, menormalkan fungsi ginjal, hati dan jantung.
9. Apabila orang itu berpuasa, dirinya terasa kerdil di hadapan Allah, hatinya mudah tersentuh dan rasa tamak menipis. Nafsunya terkawal sehingga dengan demikian doanya dikabulkan kerana dekat dengan Allah.
10. Dalam puasa terdapat rahsia agung iaitu ketaatan menyembah Allah. Muslim patuh atas segala perintahNya, tunduk kepada agamaNya, meninggalkan hasrat makan, minum dan bersetubuh hanya demi mencari keredhaan Allah.
11. Puasa adalah kemenangan muslim mengalahkan hawa nafsunya. Ia kemenangan muslim ke atas dirinya dan ia bukti kesabaran. Orang yang tidak berpuasa tanpa sebab yang dibenarkan, ia tidak mampu mengendalikan dirinya dan tidak dapat mengalahkan hawa nafsunya.
12. Puasa adalah latihan luar biasa jiwa supaya ia berada dalam keadaan bersedia 100 peratus. Jiwa yang tersedia ini mampu menanggung beban hidup sehingga Ramadan juga digelar sekolah istimewa. Selain itu dengan puasa, kita bersedia dan agung seperti jihad, mendermakan harta di jalan Allah dan berkorban.

p/s: Selamat berpuasa dan beribadah kepada semua umat Islam dalam bulan Ramadhan 1432H. Semoga kita semua beroleh keampunan dariNYa.





Imbasan BERSIH 2.0.

0 Orang Mengulas


Salam alayk'. Masya ALlah, begitu lama penulis tidak mencoretkan apa-apa diruangan ini. Penghijrahan dua bulan lepas daripada bumi Kenyalang ke bumi Di Bawah Bayu ini memberi banyak pengertian buat penulis. Apatah lagi dengan gelagat sahabat-sahabat yang sering sahaja menghubungi penulis dan bertanya perihal blog yang kelihatan semakin bersawang. Sungguh banyak pengalaman dan pengajaran yang didapati penulis semasa menadah ilmu dan meneruskan agenda da'wah Islamiyyah di bumi Kenyalang. 

BERSIH 2.0

9 Julai 2011, inilah detik bersejarah bagi politik Malaysia kerana terjadinya peristiwa kebangkitan rakyat menuntut keadilan dalam sistem demokrasi di Malaysia. Hampir 1700 orang rakyat telah ditangkap dalam Ops Cantas BERSIH 2.0 yang dilakukan oleh PDRM dan kira-kira 1400 orang telah ditangkap ketika perhimpunan berlangsung dan bakinya ditangkap sebelum BERSIH 2.0.


Penulis yang dikenakan 'parol' tidak dapat mengikuti perhimpunan tersebut tatkala diminta melapor diri di IPD Karamunsing pada 9 Julai 2011 selepas di'cekup' oleh pihak polis Sabah seramai hampir 80 orang anggota yang terdiri dari Unit Cawangan Khas (SB) IPK Kepayan seminggu sebelum perhimpunan itu berlangsung. Pihak polis yang terkenal dengan ungkapan 'yes boss' menangkap penulis bersama 6 sahabat lain biarpun dalam keadaan mereka tidak menemui apa-apa bukti untuk disabitkan dan akhirnya mereka terpaksa menanggung malu dalam keadaan yang amat sangat kerana perbuatan mereka itu memakan diri dengan calarnya kreadibiliti mereka.

RasuluLlah SAW bersabda,

"Sebaik-baik jihad adalah bercakap benar dihadapan pemerintah yang zalim"

Mungkin ada yang bertanya, kenapa tidak menggunakan cara yang lebih baik seperti munaqasyah dalam menyelesaikan hal ini? kenapa perlu hal ini dibawa ke jalanan? Bahkan ada diantara golongan mereka yang berilmu menggunakan istilah "bughah" kepada mereka yang terlibat BERSIH 2.0 seperti yang dikumandangkan di masjid-masjid seluruh negara dalam khutbah JAKIM yang didendangkan.

Namun, penulis tidak mahu menjawabnya dalam entri kali ini kerana keterbatasan masa. InsyaALlah, selepas ini penulis akan menjawab semua persoalan dengan kefahaman yang ada pada diri penulis pada entri seterusnya.

p/s: "Kerja yang kita ada lebih banyak dari masa yang kita ada". Apapun, tahniah kepada penganjur dan peserta BERSIH 2.0. Buat arwah Baharuddin yang terkorban, kami doakan anda mendapat mahkota syahid. Ameen.





Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      3 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      5 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      5 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      7 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      9 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      11 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft