skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

"Telingak-Telingak & Jalan-Jalan"

0 Orang Mengulas



Salam alayk'. Situasi peperiksaan yang melanda di kampus-kampus seluruh Malaysia sekarang ini menyebabkan keghairahan para mahasiswa untuk menjadi lebih "ulat buku" daripada biasa biarpun dalam pecutan yang terakhir. 


Sibuk mencari nota-nota yang diperlukan dan kertas-kertas soalan exam yang lepas-lepas, membuat latih tubi, merapatkan ukhuwwah dengan pensyarah, membuat study group serta melebihkan masa berada di dalam bilik-bilik kolej kediaman adalah diantara taktik hasil daripada perancangan strategi untuk memburu "kemenangan" di dalam peperiksaan. 


Tidak dinafikan juga "sindrom" seperti ini telah melanda anak-anak usrah penulis. Melihat gelagat mereka yang juga mempunyai kelainan daripada biasa dengan sibuk ber"puasa" facebook, blog, aktiviti TJ (tarbiyyah jasadiyyah) dan yahoo messenger. Namun alhamduliLlah, liqa al-mathurat group muslimin yang diadakan dua kali setiap hari selepas solat Subuh dan Asar seperti biasa masih dalam keadaan yang konsisten dengan bilangan kehadiran yang tidak kurang daripada 15 orang.  Inilah juga diantara faktor 'rating' hormat penulis kepada mereka semakin meningkat. 


'Telingak-Telingak'


Menjadi kebiasaan untuk anak-anak usrah penulis yang berjumlah 30 orang yang terdiri daripada dua group usrah yang berbeza iaitu group muslimin dan group muslimah mengamalkan 'study group' di masjid iaitu di bilik dan ruang yang berbeza. Dalam ruang masa dua minggu inilah yang juga dikenali sebagai 'study week atau revision week' dihabiskan oleh penulis bersama anak-anak usrah yang bermacam ragam. 


"Cuba pinjam dulu tu telingak-telingak..", kata salah seorang anak usrah penulis


Ayat yang ringkas, namun amat payah untuk ditafsirkan. Satu 'ayat permintaan' yang dilontarkan oleh salah seorang anak usrah penulis, Azman Bakri (bukan nama sebenar) kepada sahabat penulis yang sedang mendengar lagu-lagu nasyid bertemankan 'headset'. Sahabat penulis sedikit keliru dengan istilah yang digunakan dan baginya amat sukar untuk 'memberi' satu perkara yang 'permintaan'nya kurang jelas mungkin kerana disebabkan keduanya datang daripada suku kaum yang berbeza dan tidak dinafikan ia mempengaruhi bahasa komunikasi. 




Namun, akhirnya kami mengetahui bahawa istilah 'telingak-telingak' itu merujuk kepada 'headset'. Amat merah padam muka kami menahan kegelian hati setelah memahami sepenuhnya permintaan itu.


"Jalan-Jalan"


Suatu ketika di masjid..


Anak Usrah A: Ba, bagi jalan-jalan dulu kipas tu.
Anak Usrah B: Apa yang mau kasi jalan-jalan dengan kipas nie?.
Anak Usrah A: Kipas tu, kasi pusing-pusing supaya semua kena angin.
Anak Usrah B: Oh.


Satu lagi istilah yang spontan dilontarkan, selepas "telingak-telingak". Kali ini, menyandarkan pula perbuatan "jalan-jalan" kepada kipas angin. Tidak dinafikan sungguh ramai mereka yang mengamalkan berkomunikasi dengan gaya bahasa yang sebegitu. Inilah salah satu keunikan pada ragam bahasa yang sentiasa diimplementasikan dalam kehidupan. 




Bahkan bukan itu sahaja, istilah 'ramai' disandarkan kepada 'jamak' bagi barang yang tidak bernyawa.


Hal seperti ini biarpun ia merupakan sesuatu yang menggelikan hati namun jika para da'ie mengambil 'istilah-istilah' seperti ini untuk dipraktikkan dalam kehidupan berusrah bersama mad'u sebagai satu jenaka, ia mampu dijadikan sebagai salah satu tarikan ataupun kaedah dalam merapatkan lagi jurang ataupun ikatan ukhuwwah diantara kedua-dua pihak. 


p/s: Nampaknya, mungkin selepas ini banyak lagi 'ragam bahasa' yang akan dihadapi. Heh.







Mari Dapatkannya!!

2 Orang Mengulas


Salam alayk'. Mari kita dapatkan buku terbaru iaitu "Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama" karya pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kampus Petaling Jaya, Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll. Ustaz Muhadir merupakan anak kelahiran Sarawak yang kini sedang menyiapkan tesis PhD di Universiti Malaya dalam bidang Tafsir dan Hadith. 

Seingatan penulis, kali pertama penulis berjumpa beliau dalam satu majlis ilmu di Kuching yang mana ketika itu beliau sedang memberi kuliyyah mengenai sirah RasuluLlah SAW. Beliau dalam ketika itu sedang dalam bercuti dan kembali seketika ke kampung halaman. Dan selepas waktu kuliyyah, penulis sempat bersembang buat seketika bersama beliau. Cukup menyenangi dengan perwatakan beliau yang ramah mesra apatah lagi beliau merupakan diantara pengendali program 'talaqqi' samada di UIA PJ ataupun Gombak.


Untuk melihat dengan lebih jelas, sila 'klik' pada gambar

Sedikit testimonial daripada pembaca:

"Alhamdulillah, buku Persoalan Khilafiyyah Dan Penjelasan Ulama (PKDPU) telah terbit setelah lebih kurang 2 tahun Ustazuna Muhadir bin Haji Joll Hafizhahullah menghabiskan masanya untuk mengarang kitab tersebut, dengan sukacitanya saya sebagai salah seorang anak murid beliau amat mengagumi usaha sumbangan beliau untuk masyarakat. Sepertimana yang kita ketahui bahawa pada akhir zaman ini banyak sekali berlaku fitnah, adapun fitnah tersebut merangkumi banyak bidang, termasuklah bidang keilmuan feqah serta tauhid sendiri yang sebenarnya telah lama selesai diperbahaskan oleh ulama-ulama dahulu.  Akan tetapi disebabkan sesetengah sifat manusia yang jahil yang terserlah kejahilannya, dan sombong yang tidak kena tempat, maka berlakulah fitnah yang sangat hebat pada zaman sekarang ini sepertimana ramai orang mempertikaikan ulama-ulama dahulu dan amalan-amalan terdahulu. Oleh itu, kitab PKDPU adalah jawapan yang jelas kepada segala kekeliruan orang-orang awam malah boleh dijadikan rujukan para asatizah sekalian. Antara salah satu keistimewaan kitab ini adalah berkenaan rujukan sumber yang menjadi isi keilmuan yang tercatat dalam kitab tersebut. Hampir kesemua catatan yang dikarang oleh beliau adalah bersumberkan kitab-kitab yang terkenal dan dipercayai kebenarannya"  (Ku Faiz Ku Ahmad, 1st. Year, Engineering, UIA Gombak)

“Masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara mesti ada paling kurang 1 naskhah buku ini untuk letak di perpustakaan masjid/ surau. Bukan apa, zaman la ni, orang dok petikai amalan hak ada dalil dah. Tuan-tuan imam masjid/ surau tak penin kepala jawab. Pakat suruh depa baca sendiri. Saya saran lagu ni ni, pasai masjid kami beli dah 3 bijik. Selesai masalah. Depa senyap tak kata apa, pasai semua dah dijawab elok dalam buku ni…” (Nazri Mat Nayan, Alor Setar)

“Tahniah kepada pengarang buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’. Buku yang sangat banyak membantu menyelesaikan masalah-masalah khilafiyyah. Saya mengesyorkan agar buku ini dan pengarangnya masuk TV1 ke, atau T3, atau Radio IKIM, untuk menjelaskan buku ini kepada masyarakat umum. InsyaAllah lebih luas manfaatnya.” (Azmin, jemaah Masjid Kuning, Kota Damansara)


“Setiap Mufti di Malaysia mesti memiliki kitab ini kerana ia mengumpulkan jawapan-jawapan untuk perkara khilafiyyah, dan ia lengkap dalam satu buku. Mufti-mufti di Malaysia, selalu ditanya menghadapi persoalan-persoalan khilafiyyah sebegini.” (Haji Roslan, Kuala Lumpur)

“Jarang-jarang berjumpa kitab seperti ini; mengumpulkan banyak perkara khilafiyyah, kemudian menjawabnya dengan dalil2 naqli dan aqli. Setakat yang saya tahu-wallahu a’lam, umur dah 61 sekarang, kitab ini paling lengkap dan menyeluruh menjawab persoalan khilafiyyah ditulis dalam tulisan rumi. Riwayat hidup alim ulama yang disertakan di nota kaki, menjadikan ‘value-added’ kepada kitab ini. Sekalung tahniah buat pengarangnya, Al-Fadhil Ustaz Muhadir atas usaha yang sangat besar dan bermakna ini.” (Haji Arif, Bukit Beruntung)

p/s: Maaf, penulis bukan agen pengedar, namun seruan penulis "Jom dapatkannya"!! 






"Magnet Diri Ala Amin Idris"

0 Orang Mengulas



Salam alayk'. Sudah masuk dua kali seorang motivator yang tidak asing lagi di tanah air, Amin Idris dijemput oleh sahabat penulis untuk diberi mandat meng'handle' ataupun mengisi program motivasi dan kepimpinan anak muda di bumi kenyalang ini. Namun, dalam program motivasi yang dianjurkan sebanyak dua kali ini jugalah penulis tidak dapat turut serta untuk 'menikmati'nya kerana bercanggah dengan program lain yang lebih 'prioriti'.


Kali pertama program diadakan adalah pada tahun lepas, namun bertembung dengan program Islamik yang dianjurkan penulis. Kali kedua pula, ianya telah diadakan baru-baru ini tetapi bertembung pula dengan program lain. Namun, alhamduliLlah penulis berkesempatan juga merasa 'bahang' program tersebut daripada cerita sahabat-sahabat yang terlibat secara langsung dalam program yang dianjurkan.


Bro Amin Idris


Mungkin tidak salah jika penulis menggunakan istilah 'Bro' kepada Amin Idris sebagai salah satu 'gelaran' atas potensinya. Penulis mengenalinya setahun lepas melalui karyanya yang amat bernilai iaitu, "Magnet Diri, Cipta Pengaruh Luar Biasa dan Berjaya". Buku beliau yang menjadi hadaman penulis lebih setahun lalu telah memberi satu impak yang berkesan kepada para pembaca termasuk diri penulis. 




Anak kelahiran Sarawak ini yang menjadi motivator di Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) dan juga merupakan Setiausaha Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) ini tidak dinafikan menjadi sebutan di bibir-bibir anak muda yang berpengalaman menjadi peserta dalam program-program beliau. Mungkin kerana kekuatan 'magnet diri' yang dicetuskan beliau. Tahniah penulis ucapkan!


Magnet Diri




Istilah 'magnet diri' satu formula yang dihasilkan oleh Bro Amin Idris. Ia satu manifestasi daripada sifat yang ada pada magnet dan diaplikasikan dengan kelakuan manusia. Apa yang difokuskan adalah mencipta 'pengaruh' dengan baik. Bukan bermaksud pengaruh yang jahat, namun pengaruh yang dapat mementingkan hubungan sesama manusia. Bukan itu sahaja, namun sesiapa yang mengamalkan apa yang diajar, tentunya pasti mampu membina karisma, memperbaiki hubungan, meningkatkan prestasi, membina pengaruh dan meningkatkan produktiviti.


Kadang-kadang, manusia memikirkan bahawa untuk mendapatkan pengaruh, perlu mendapatkan jawatan dahulu. Namun, 'magnet diri' telah membetulkan salah faham ini bahawa tanpa 'jawatan', kita boleh mendapatkan pengaruh dan ini menyimpulkan bahawa 'kekuatan pengaruh mengatasi kuasa'. Namun bukan mendapatkan pengaruh untuk kekuasaan semata, namun pengaruh yang dimaksudkan adalah untuk memastikan manusia boleh selesa dengan 'kita' biarpun dalam kondisi apa sekalipun. 




Sebenarnya, banyak lagi 'kunci' yang dijelaskan dan dirungkai oleh Bro Amin Idris dalam karyanya. Ianya sesuai untuk setiap peringkat terutama mereka yang bekerja dalam organisasi. Nampaknya, penulis tidak akan menceritakan dengan lebih 'detail', dikhuatiri nanti disaman kerana mem'palagiat' hasil karya. Heh. Namun apapun, penulis mengesyorkan agar semua untuk mendapatkan dan membaca buku ini bagi meningkatkan potensi diri. 


p/s: Jika nak melawat Amin Idris, kunjungi lamannya di www.aminidris.com. Jom miliki "kuasa magnet"!!.







Sembang "On Call"

2 Orang Mengulas



Salam alayk'. Usai sahaja usrah, penulis mengusik sahabat seusrah iaitu Dr. Hazem (bukan nama sebenar) yang merupakan seorang pegawai perubatan sebagai 'muqaddimah" untuk berbicara dengannya. Iya, kerjanya sebagai seorang 'doktor' memungkinkan beliau begitu sibuk dengan kerjayanya dan membataskan kami untuk sentiasa berjumpa. Bukan sahaja Dr. Hazem, namun kenalan penulis seperti Dr. Rusli (bukan nama sebenar) dan ramai lagi yang bekerja dalam bidang perubatan ini membuatkan penulis amat 'familiar' dengan 'lifestyle' mereka yang berkecimpung dengan kerjaya seperti ini. 




Bagi penulis, amat seronok didampingi oleh mereka-mereka yang berkerjaya seperti ini kerana mudah untuk mendapatkan nasihat kesihatan percuma tanpa perlu 'berbaris panjang' seperti di hospital. Berhubung penjagaan soal kesihatan dalaman dan luaran ini, penulis menjadikan tiga pihak sebagai rujukan utama khususnya sebagai  iaitu doktor (perubatan moden), herbalis HPA (perubatan tradisional) dan Darussyifa' (perubatan Islam). 


On-Call


Lifestyle berkerjaya di bidang perubatan memang tidak akan lari daripada perkataan 'on call'. Apatah lagi jika doktor 'baru', memang akan sibuk berpanjangan. Biasanya, mereka akan berada sepenuh masa berada di hospital menjaga patient atau mengendalikan tugas-tugas operation. Nasib baiklah Dr. Lo' Lo' (wakil rakyat PAS) di Dewan Rakyat baru-baru ini meminta kerajaan pusat memperhalusi waktu bekerja seorang doktor yang dilihat membatasi kudrat sebagai insan biasa.


"Hazem, dahlah enta busy. Macam mana enta boleh bahagikan masa dalam program-program kebajikan dan usrah?", soalku kepada beliau. 


Maka Hazem menjawab soalan penulis dengan penuh panjang lebar. Hazem menyatakan bahawa masa sebagai seorang doktor untuk melibatkan diri dengan gerakkerja kebajikan dan usrah memang ada, cumanya memerlukan 'time management' yang betul.  Pada mulanya memang agak payah katanya, namun apabila menceritakan bahawa beliau mempunyai sahabat yang juga merupakan seorang doktor bukan Islam tetapi mempunyai masa untuk berkhidmat dengan gereja mendatangkan motivasi dan kesedaran pada diri sendiri sebagai insan yang berada dalam kelompok yang ditarbiyyah.




Hospital di bumi kenyalang khususnya begitu sibuk. Apa tidaknya, purata untuk kelahiran bayi bagi sehari sahaja mencecah 50 kelahiran dan Sarawak merupakan kadar tertinggi kelahiran bayi di Malaysia dan ini belum lagi ditambah dengan kes-kes penyakit dan kecederaan yang lain. 


Fiqh Perubatan


Kefahaman doktor dalam bidang fiqh perubatan untuk diimplementasi di hospital amat penting. Dalam merawat dan menjaga pesakit, seorang doktor patut mendalami ilmu fiqh perubatan supaya memastikan Islam diaplikasikan dalam bidang perubatan. Hal-hal seperti pengurusan uri, jenazah, suntikan atau hemodialisis ketika puasa memerlukan penjelasan daripada doktor yang beragama Islam khususnya kepada pesakit atau doktor yang lain supaya tidak berlaku kekeliruan dalam menjalankan tugas apabila bertembung dengan persoalan hukum. 


Penulis begitu berbangga dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana merupakan diantara hospital yang terbaik dari segi perkhidmatan khususnya dalam mengaplikasikan ilmu fiqh perubatan ini. Ini kerana, hospital tersebut telah berjaya menyediakan 'Risalah Panduan Solat Ketika Sakit' di setiap katil pesakit. Hal seperti ini amat-amat penting kerana memastikan pesakit walaupun dalam keadaan sakit tetap  tidak meninggalkan solat. 


Apa yang ingin diutarakan penulis di sini adalah satu perkara yang mesti dikaji semula adalah dari sudut pembidanan terhadap golongan wanita oleh doktor lelaki di hospital kerajaan mahupun swasta. Hal ini mungkin remeh bagi kebanyakan orang, namun perlu dihat dalam kondisi yang lain. Ini kerana diantara ciri-ciri lelaki dayus (lelaki yang keji) apabila membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan. Masalah seperti ini juga patut diteliti dan dirungkaikan.


p/s: Kepada doktor, tugas anda begitu besar! Berkhidmatlah dengan baik.







Video Seks Dan Politikus Veteren

0 Orang Mengulas



Salam alayk'. Inilah kisah apabila "tangan-tangan" jahil berkecimpung dengan arus politik perdana, apabila dah tak waras dan menggunakan apa sahaja untuk mendapatkan mileage, maka inilah yang berlaku dalam politik negara yang sehari ke sehari semakin tunggang terbalik. Politik yang "bersih" pada fitrahnya, namun kerana "tangan-tangan jahil", maka mereka mewajahkan politik (siasah) ini pada kondisi yang buruk sehinggakan rakyat marhaen kian muak dengan tindakan-tindakan sebegini.


Liwat Siri 1, Liwat Siri Dua & Video Seks


Ini bukan satu "bentuk serangan" yang baru, namun dah lama. Inilah satu kaedah politik Yahudi dalam mematikan karier politikus seseorang. Bukannya kita tidak mengetahui, mantan Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton pun dimatikan karier politiknya oleh Yahudi (freemason) dengan cara "dibuat cerita" skandal dengan Monica Lewinskey apabila presiden itu tidak menurut kata golongan Yahudi yang berkuasa dalam pentadbiran White House supaya menyerang negara-negara Islam.




Pada tahun 1998, bermulalah "taktik kotor" yang kian berlaku dalam arus politik perdana negara dengan pendedahan kes "liwat siri satu". Selepas itu, diada-adakan cerita "kes liwat siri dua" mengaitkan individu yang sama sehingga berita arus perdana menyiarkan hal yang tidak sepatutnya ditonton oleh masyarakat yang masih muda remaja. 


Dan dalam tahun ini, isu video seks mengaitkan individu yang sama cuba untuk diada-adakan. Tiga serangan "politik selak kain" yang digunakan sebagai serangan politik iaitu Liwat Siri 1, Liwat Siri Dua dan Video Seks. Hal seperti inilah menyebabkan kita kembali semula ke zaman jahiliyyah dan sedikit-demi sedikit melumpuhkan sistem kemasyarakatan dan ke'thiqah'an yang diasaskan Islam. Tidak dinafikan, kedudukan Islam di negara ini dalam keadaan yang tidak selesa.


PRN Sarawak, Politikus Veteren dan Dr. Asri


Ini bukan benda baru, isu penglibatan politikus veteren supaya mengundur diri dicanang-canang dalam PRN Sarawak. Tidak kira dalam ceramah Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, kedua-duanya bermodalkan satu tajuk, namun pengisiannya sahaja berlainan. 




Penulis masih teringat kata-kata Dr. Asri yang mahu golongan politikus veteren agar "mencuci tangan" dari arus politik negara agar situasi politik negara boleh berubah ke arah yang lebih baik. Begitu juga dengan Pakatan Rakyat yang mahukan Taib Mahmud yang berkuasa selama 30 tahun agar mengundur diri dan Barisan Nasional yang juga mempertikaikan pemimpin veteren Pakatan Rakyat untuk berundur sebagai serangan balas kritikan terhadap Taib Mahmud.


Namun begitu, Tuan Guru Nik Aziz telah menjawab hal ini dengan lebih teliti iaitu:


"Pegang jawatan lama itu bukan masalah. Tidak ada kesalahan. Yang menjadi masalahnya ialah, sambil menyelam sambil makan. Bukan sambil minum. Pepatah melayu ada sebut, minum sambil menyelam. Orang ini bukan minum dia makan sambil menyelam".

Longgok harta menjadi masalah. Tengok Presiden Mesir yang kena guling. Disebut dia longgok harta,Presiden Tunisia yang kena guling, disebut longgok harta. Longggok harta, yang salahnya. Baik di Mesir, baik di Tunisia, baik Ghadafi (di Sudan), baik Salleh(di Yaman), disebut-sebut bahawa mereka ini melonggok harta.

Lama pegang jawatan tak salah. Sebab apa kalau kita pegang jawatan lama dan ikhlas lillahi ta’ala, dan tak ada kumpul harta, rakyat sayang pada kita. Macam kita kahwin satu bini. Maknanya,kalau ikut teori ini, lepas kawin cerai, lepas kawin cerai, baru betul. Tapi macam kita kahwin laki bini tak pernah cerai sampai mati, ini orang yang baik.

Pegang (jawatan) lama tak pa (apa), bahkan rakyat makin sayang kalau kita betul-betul. Tapi pegang jawatan yang longgok harta menjadi masalah. Nabi Muhammad SAW, 23 tahun pegang jawatan. Waktu dia mati tu, dia lekat hutang kat kedai runcit. Dia tak longgok harta".


p/s: Elakkan "politik selak kain" dan "tidak ada masalah veteren atau tidak, yang penting amanah".






Mencari Ruang Untuk Berjuang Di Belakang Tabir?

0 Orang Mengulas



Salam alayk'. Fikiran melayang seketika memikirkan sahabat-sahabat sekeliling yang masih berjuang. Bukan memperlekehkan, tapi cuba memecahkan tembok penghalang. Masalah yang acap kali membelenggu "penggerak dakwah" yang berjuang dalam arena dakwah dan siasah. Tidak dinafikan, berkecimpung dalam perjuangan menegakkan siasah Islamiyyah membanteras siasah Jahiliyyah memerlukan "ketahanan" yang tinggi dari aspek fizikal dan mental apatah lagi berhadapan dengan pemerintah sekular yang tiga suku.


Pelbagai mehnah dan tribulasi yang "mungkin" akan dihadapi namun itulah resam perjuangan. Resam perjuangan seperti "ditukar sekolah, dibuang negeri atau daerah, diancam, dikritik dan dipulaukan serta dibuang kerja" yang sepatutnya menjadikan kita "cekal" telah menjadikan satu 'igauan ngeri' pada realiti hidup penggerak dakwah. Hasil daripada "igauan ngeri" inilah yang kini menghasilkan "Penggerak Dakwah Di Belakang Tabir" dengan alasan sebagai strategi dan pertimbangan mafsadah. Tidak dinafikan ini diantara faktor yang menyumbang ke arah merencatkan perkembangan dakwah dan siasah Islamiyyah. 


Inilah penyakit yang dilihat sesetengah penggerak dakwah pada hari ini, "mindset' untuk berjuang secara belakang tabir kian meluas khususnya mereka hasil keluaran kampus yang memilih mencari rezeki di medan "government". Jika pemikiran seperti ini masih berterusan, maka kelak sikap seperti ini akan menjadi ikutan kader-kader dakwah yang mendatang dan akan lahirlah generasi ataupun penggerak dakwah yang "penakut". Mungkin apa yang dinyatakan ini boleh diantara pandangan ataupun persepsi yang dikatakan radikal dan agresif yang kerap kali diluahkan kepada penulis.  


Namun, dari sudut pandang yang lain, tidak seluruhnya kita boleh menuding jari terhadap golongan yang sebegini. Pendapat penulis mungkin lebih ringan, sifirnya mudah iaitu "Lebih baik masih menyumbang daripada tidak menyumbang apa-apa kepada dakwah Islam". Maka, perlunya kebijakan kita untuk masih cuba menggarap "tenaga" semaksima yang mungkin daripada individu-individu yang pergerakannya terhad ini ke arah dakwah. Ini mungkin pemurnian yang boleh diberikan agar kesinambungan dan peranan diantara penggerak dakwah dapat dilangsungkan biarpun sumbangan yang sedikit. 


Penulis sampaikan pesanan buat mereka yang bersemangat di kalangan kita supaya bersabar dan menunggu pusingan masa. Penulis pesan juga pada mereka yang tidak mahu bangkit dan beramal bahawa jihad ini tidak mengenal erti rehat.

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik..” (Surah Al-Ankabut; ayat 69)



p/s: Bersabarlah atas kritikan.. Sesungguhnya kita berada dalam satu keluarga. Insyaallah..







PAS Tanding di 5 Tempat Pada PRN Sarawak Kali Ini

0 Orang Mengulas


Salam alayk'.. Pilihanraya Umum Sarawak (PRU Sarawak) kian panas apabila telah masuk ke dalam tempoh berkempen selama 10 hari setelah penamaan calon pada 6 April 2011 yang lepas. Amat sukar jika nak memerhatikan keseluruhan perkembangan 71 buah kerusi yang dipertandingkan, namun penulis hanya memerhatikan 5 buah kerusi yang mungkin berdekatan di area Kuching iaitu DUN Muara Tuang, DUN Tanjung Datu, DUN Sebuyau, DUN Sadong Jaya dan DUN Beting Maro dan ini semua adalah kerusi yang dipertandingkan dan direbut oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagai wakil dari Pakatan Rakyat bagi menentang Barisan Nasional (BN).


Ini kerana, adalah mencipta satu kejayaan besar jika PAS dapat memenangi satu daripada kelima kerusi ini yang mana terbukti bahawa parti Islam ini telah diterima oleh masyarakat Sarawak tidak mengira agama atau etnik bagi melakukan transformasi ke dalam kehidupan mereka.




Penulis dalam tempoh penamaan calon, telah turun memantau ke DUN Sadong Jaya. Empat hari sebelum penamaan calon, penulis telah bertemu beberapa sahabat blogger seperti blogger-blogger Topeng Perak (Perisik Rakyat) bagi berkongsi dan menganalisis arus politik sempena pilihanraya ini. Dalam perkembangan di DUN Sadong Jaya, calon PAS iaitu Abang Eddy Allyani telah diiring oleh Presiden PAS iaitu Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan beberapa pimpinan PAS. Namun di tempat penamaan calon, terdapat sedikit ketegangan diantara peguam PAS, Mohd Khairuddin dan pegawai polis. Kejadian itu berlaku apabila pegawai polis terbabit tidak membenarkan calon PAS untuk masuk ke dalam kawasan SPR untuk menghantar borang pencalonan dengan alasan agar menunggu calon PBB (BN) keluar dahulu. Tindakan ini adalah sebagai satu strategi menyekat daripada calon PAS menghantar borang pencalonan. Akhirnya, pegawai polis itu membenarkan setelah melihat ketegasan oleh peguam PAS.












Lain kes pula di DUN Muara Tuang, SPR telah menolak bantahan yang dikemukakan oleh PAS kepada calon BN iaitu Muhammad Ali Mahmud iaitu adik kepada Taib Mahmud setelah calon BN berkenaan gagal mengemukakan penyata kewangan setelah beliau bertanding sebagai calon BN pada PRU yang lepas biarpun pencalonan sepatutnya ditutup pada jam 12.00 tengahari. Hal ini menyebabkan SPR "memberi muka" kepada calon BN terbabit dan akhirnya pengumuman calon pada jam 1.30 petang. Akhirnya PAS membawa hal ini ke mahkamah dengan menghantar petisyen.

p/s: Ketibaan Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Datuk Seri Nik Aziz Bin Nik Mat pada malam 10hb April 2011. Sumber mengatakan bahawa ulama mujtahid berkenaan akan berceramah di DUN Muara Tuang dan DUN Sadong Jaya. Selamat berpilihanraya buat semua. Takbir!!





Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      3 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      5 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      5 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      7 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      9 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      11 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft