skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Karnival PASTI 2010 Zon Pantai Barat

0 Orang Mengulas


Salam alayk'.. Jom ramai-ramai hadir ke Karnival Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Pantai Barat di area kawasan Putera Jaya, Kota Kinabalu.. Pelbagai program menarik disediakan untuk anda..



p/s: Jom! Kita meriahkan karnival ini..





Jambori AMAL Zon Pantai Barat Sabah

0 Orang Mengulas


Salam alayk'.. Baru-baru ini, Jabatan AMAL Negeri Sabah di bawah seliaan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) telah mengadakan Jambori Amal Peringkat Pantai Barat Sabah. Jambori Amal kali ini disertai oleh ahli Unit Amal Kawasan Pitas, Unit Amal Kawasan Kudat, Unit Amal Kawasan Sepanggar, Unit Amal Kawasan Kota Belud, Unit Amal Kawasan Keningau dan Unit Amal Kawasan Kota Marudu



 Jabatan AMAL, sentiasa di hadapan


Jabatan Amal kali ini memilih Kg Inderasan Laut, Kudat sebagai lokasi jambori AMAL kali ini. Dengan kekuatan ahli yang hadir sekitar 130 orang di Kg Inderasan Laut ini. Di antara motif utama Jabatan AMAL Negeri Sabah memilih tempat tersebut sebagai lokasi Jambori adalah untuk melaksanakan beberapa kerja-kerja amal seperti gotong royong membaiki masjid dakemudahan tandas, gotong royong membersihkan perkuburan, pemeriksaan kesihatan, kelas memasak, malam kebudayaan, program anak angkat dan penyampaian bantuan kepada fakir miskin. Selain dari itu beberapa aktiviti pertandingan dari kalangan peserta dan penduduk tempatan turut diadakan bagi mengeratkan ukhuwwah diantaranya pertandingan merempuh halangan, sumpit, timbang bola, tarik tali, bola sepak dan lain-lain lagi. Pada jambori kali ini juga pertandingan perkemahan dan gajet terbaik turut dilaksanakan.


Bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Islam



Membina kubu untuk kawasan masing-masing



Mengambil masa untuk makan tengahari sambil bersiap mendirikan kawasan perkhemahan



Sukan Belia antara anggota Unit AMAL dan penduduk kampung



Tayangan untuk kanak-kanak iaitu "Upin & Ipin"



Sukan untuk kanak-kanak kampung.



Wajah ceria kanak-kanak setelah bersukan



Antara aktiviti fizikal ketika pertandingan merempuh halangan.



Wah, bersemangat!!


\

Penyerahan sumbangan barang kepada penduduk kampung oleh Jabatan AMAL


Sejarah baru tercipta pada Jambori Amal kali ini dimana Pengarah Jabatan AMAL Negeri Sabah, Sdra. Amir Saifuddin Samsudin telah merasmikan "Briged AMAL" selaku sayap kanan Unit AMAL. "Briged AMAL ini dianggotai oleh ahli Unit AMAL yang berusia dalam lingkungan 13-19 tahun. Pada masa yang sama, turut disampaikan "Button Briged Amal" kepada semua anggota Briged AMAL.



Sesi penyerahan "Button Badge" kepada anggota Briged AMAL



Sesi bergambar semua barisan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Jabatan AMAL Negeri dan anggota Unit AMAL kawasan yang terlibat dalam Jambori ini.

Penerimaan masyarakat kini terhadap Unit AMAL semakin mendapat sambutan yang luar biasa di Sabah. Apabila orang bertanya kepada kami, apa itu Unit AMAL, maka kami akan menjawab bahawa, "Unit AMAL merupakan "pengakap Islam" dan organisasi yang sentiasa berkhidmat untuk masyarakat ketika senang atau susah disamping pengisian untuk Unit AMAL adalah pendedahan Islam yang syumul kepada setiap ahli agar terpupuk nilai kefahaman Islam yang tinggi disamping aktiviti-aktiviti fizikal yang berteraskan Islam. Jabatan AMAL Malaysia diberi penghormatan oleh media antarabangsa apabila ahli Unit AMAL berjaya mengawal keadaan ketika Perhimpunan 100 000 Bersih di ibu negara beberapa tahun yang lalu. Tahniah kepada semua ahli Unit AMAL yang terlibat di dalam jambori ini!!

p/s: Teruskan berbakti kepada masyarakat di semua kawasan dalam menegakkan syariat Islam!!!





Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010

0 Orang Mengulas



Logo Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)


Salam alayk'.. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) atas kerjasama seluruh front mahasiswa yang bernaung dibawah SMM akan mengadakan sebuah kongres yang yang dinamakan sebagai Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010. Kongres ini akan dilangsungkan pada 20hb Mac 2010, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH). Kongres selama sehari ini dianggarkan akan melibatkan hampir 1500 orang aktivis mahasiswa daripada seluruh negara termasuk daripada Sabah dan Sarawak.


Logo Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 2010 



Kongres ini menandakan bahawa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini kembali sebagai satu wadah gerakan mahasiswa yang tersusun di peringkat nasional. Kongres ini juga adalah bertujuan untuk menyatukan kembali seluruh kumpulan mahasiswa anak muda dengan dengan satu wadah perjuangan untuk masa depan Malaysia.


Dengan bertemakan “Menjana Gerakan Baru Mahasiswa”, kongres ini bertujuan menyusun semula struktur gerakan mahasiswa di peringkat nasional serta menyusun semula agenda perjuangan mahasiswa. Kongres ini juga adalah medan pertemuan seluruh aktivis mahasiswa yang terselerak diseluruh negara untuk disatukan dalam usaha membangunkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sebagai sebuah gerakan mahasiswa yang kritikal dan progresif.

Perlu dikerahui bahawa Kongres Mahasiswa adalah satu perkara yang mustahak yang perlu dilakukan dalam negara ke arah mencapai negara maju. Kongres ini penting untuk aktivis mahasiswa khususnya membentuk gerakan yang bersifat yang lebih bersepadu, menyeluruh dan berkesan untuk memajukan negara pada masa akan datang.

SMM mengambil inisiatif untuk mengadakan kongres mahasiswa sebagai usaha untuk menyatukan idea-idea aktivis-aktivis di Malaysia bukan sahaja di peringkat mahasiswa malah aktivis negara. Program ini akan menjadi perintis ke arah SMM untuk menyatukan dan memperkasakan 'wajah' Malaysia agar menjadi negara yang unggul bukan sahaja dari satu aspek malahan meliputi keseluruhan aspek utama dalam mentadbir negara maju.

Jika dilihat kepada realiti kepada keadaan Malaysia pada hari ini, sewajarnya gerakan mahasiswa perlu diber nafas baru yang lebih segar seterusnya meninggalkan ciri-ciri mahasiswa lesu, bisu dan kaku yang akhirnya mencerminkan corak Malaysia akan datang. Oleh itu generasi bakal pemimpin perlu bersedia menggunakan daya intelektual yang ada bergabung suara dan tenaga supaya bakal pemimpin negara akan datang lebih berdaya maju, berkarisma dan prihatin kepada kebajikan masyarakat. Di antara objektif kongres adalah:

1. Menyusun semula gerakan mahasiswa peringkat nasional.
2. Memperkemaskan struktur gerakan di setiap peringkat ( Nasional dan Kampus )
3. Re-branding semula SMM sebagai satu wadah dan koalasi gerakan mahasiswa yang terbesar di peringkat nasional.

Di antara matlamat kongres pula adalah:

1. Memberi penerangan kepada semua aktivis mahasiswa berkenaan struktur gerakan serta halatuju dan matlamat SMM.
2. Memperkenalkan pimpinan setiap kampus kepada seluruh aktivis.
3. Menyusun semula perwakilan yang terpilih dalam satu organisasi di peringkat Nasional ( MPMN )
4. Membuka keahlian SMM secara terus dan menarik lebih ramai anak muda menyertai SMM
Justeru, Solidariti Mahasiswa Malaysia menjemput seluruh aktivis mahasiswa dan sosial, serta NGO tempatan dan luar negara untuk menghadiri yang kongres bersejarah ini. Diharapkan agar kongres ini memberi impak yang besar bukan sahaja kepada para aktivis mahasiswa, tetapi juga kepada masyarakat Malaysia.

p/s: Semoga gerakan mahasiswa di Malaysia semakin maju ke hadapan!!





Program Cuti Sekolah PSS-KRU

0 Orang Mengulas




Kelab Remaja Ukhuwwah, sayapnya melebar ke seluruh Pantai Barat Sabah

1. Program Kem Induksi Pelajar 2010 (KIP 2010)

Tarikh : 15-16 Mac 2010
Tempat : Kampung Kobuni, Inanam
Penyertaan : Terbuka
Pengisian : Ceramah Kecemerlangan, Explorace, Kembara Kionsom, Barbeku dll
Yuran : RM15 sahaja

 
2. Bengkel Wakil Rakyat

Tarikh : 17-19 Mac 2010
Penyertaan : Tertutup
Pengisian : Kemahiran Berucap, Kemahiran Pengurusan Organisasi, Pengenalan Asas
Undang-Undang, Pengenalan Struktur Pentadbiran Kerajaan Negeri, Slot Bersama Rakyat dll

PIC : Saudara Nadir Al-Nuri




Persatuan Siswazah Sabah (PSS), pemangkin sinar Islam di Sabah.

3. Mesyuarat Agung PSS

Tarikh : 20 Mac 2010
Penyertaan : Terbuka

PIC : Saudara Renifezri Mohd

p/s : Sebarang maklumat / pendaftaran hubungi nurilhakim di 0198110964 atau PIC program. rujuk http://siswazabah.blogspot.com. Syukran.






Sekitar Warna Warni PRK Politeknik KK!

0 Orang Mengulas



Salam alayk'.. AlhamduliLlah, penulis menghela nafas merenung ke tingkap setelah mendapat panggilan telefon seorang sahabat dari Sabah. "Syeikh, kita menang Pilihanraya Kampus Politeknik Kota Kinabalu!!". Syukur ke hadrat ALlah, akhirnya sahabat-sahabat ana banyak memegang kerusi kepimpinan di kampus-kampus pengajian tinggi. Hampir 2/3 kampus pengajian tinggi di Borneo berjaya dikuasai oleh mahasiswa yang berkaler "OREN" yang maksudnya Pro-Mahasiswa.


Logo Pro-Mahasiswa Nasional (pro-m(n))


Penulis melihat hari demi hari, kejayaan datang pada perjuangan mahasiswa Borneo yang berani membuat perubahan.Kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) telah tumbang ditangan Pro Mahasiswa, begitu juga dengan kerusi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Kuching dan Politeknik Kota Kinabalu, tumbang juga ditangan mahasiswa yang beridelisme Pro-Mahasiswa. Kini hanya tinggal beberapa kampus di Borneo yang belum 'tumbang' namun telah memberi tanda-tanda akan beralih pucuk pimpinan mahasiswa di tangan Pro-Mahasiswa.

Melihat kepada kejayaan ini, penulis yakin bahawa mahasiswa Borneo bersedia untuk berubah dan ini dapa dilihat bukan sahaja di kampus universiti, tetapi juga di politeknik. Kejayaan besar baru-baru ini di Politeknik Kota Kinabalu memberi petanda bahawa mahasiswa Sabah berani berubah untuk bersuara dan memperjuangkan hak mahasiswa. Di antara warna-warni pilihanraya kampus Politeknik Kota Kinabalu..



Sahabat penulis, Iskhandar berjaya menduduki kerusi Yang Dipertua (YDP) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Kota Kinabalu.



Sahabat penulis dari Lahad Datu, Idris berjaya menguasai kerusi Jabatan




Penyokong-penyokong calon Pro-Mahasiswa Politeknik Kota Kinabalu



Sekitar hari pengundian pilihanraya kampus

Dalam pilihanraya tersebut, Sdra.Iskhandar telah berjaya meraih undi 1692 undi daripada warga kampus Politeknik Kota Kinabalu. Dengan restu daripada pengarah dan KJ HEP, Sdra. Iskhandar dipilih menjadi Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Kinabalu.

p/s: Diharap sahabat penulis yang telah menang di dalam pilihanraya kampus ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Semoga dapat membawa perubahan di kampus masing-masing. Student! Power! Power! Power!.





Mahasiswa Borneo Menuju Perubahan!!

0 Orang Mengulas


Salam alayk'.. Mahasiswa Borneo Menuju Perubahan! Iya, itulah yang kian melanda Borneo. Selalunya kita melihat hanya mahasiswa di semenanjung Malaysia sahaja yang berani untuk berubah dan memperjuangkan isu-isu mahasiswa, tapi kali ini mahasiswa khususnya di Borneo telah membuktikannya!! Tahniah!!

Ini berlaku hasil rentetan masalah yang dialami Universiti Malaysia Sabah - Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) sejak tujuh bulan yang lepas iaitu masalah bekalan air. Masalah ini amat kritikal kerana tempoh 7 bulan merupakan masa yang amat-amat lama untuk menahan diri hidup tanpa air dalam keadaan yang selesa yang merupakan keperluan asas terutamanya mahasiswa kampus.

Setelah bergelut dengan masalah ini, akhirnya mahasiswa kian bersuara dengan lebih lantang bagi memperjuangkan hak mereka. Masalah yang melanda UMSKAL ini memberi impak yang buruk terhadap mahasiswa dan imej universiti itu sendiri. Sejak ketiadaan air, mahasiswa mengalami banyak masalah diantaranya banyak mengalami kemalangan ketika mengangkat air, bilik kuliah yang panas, ketika hendak membersihkan diri dan sebagainya.


Mahasiswa kian berang dengan pihak pengurusan



Pihak polis berusaha mengawal keadaan



Mahasiswa berarak menuntut hak!!

 



Mahasiswa berhadapan dengan pihak pengurusan universiti

 

Sahabat penulis, Sdra. Heriyanto selaku wakil Majlis Perwakilan Pelajar UMSKAL dan Pro-Mahasiswa UMSKAL menyerahkan memorandum kepada pihak pengurusan.

 


Jika dilihat dari segala sudut, penulis melihat masalah ini tidak dihadapi oleh pihak universiti secara profesional. Sepatutnya, pihak pengurusan universiti lebih lantang menyuarakan masalah ini kepada pihak kerajaan, namun sikap mendiamkan diri membawa impak yang sangat buruk sehinggakan begitu ramai mahasiswa UMSKAL berhenti pengajian gara-gara masalah ketiadaan air.

Lebih 2 bulan lepas, penulis dan beberapa orang sahabat mewakili Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia Negeri Sabah (GAMIS Sabah) bersama Mantan MPP UMSKAL bagi memantau keadaan ini dan kita telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman, namun tidak ada respon yang memberangsangkan rujuk http://mujahideen-islam.blogspot.com/2009/11/mahasiswa-tegakkan-hak.html . Kali ini, mahasiswa kian lebih lantang dengan mengadakan Demonstrasi Pulih Air UMSKAL anjuran MPP UMSKAL itu sendiri bagi mendesak pihak yang berkuasa untuk menyelesaikan masalah ini yang kian menjadi runcing.

Dalam demonstrasi itu, lebih 1000 orang mahasiswa UMSKAL telah turun untuk sama-sama menyuarakan isi hati mereka yang tidak didengari oleh pihak atasan dan hasil laporan yang penulis terima, pihak HEP universiti berkenaan kian risau dan tidak tentu arah apabila mahasiswa bangkit mempertahankan hak mereka.
Penulis mengucapkan tahniah kepada semua yang menjayakan demonstrasi dalam memacu mahasiswa ke arah perubahan agar mahasiswa tidak diperkotak-katikkan dan menjana agar mahasiswa Borneo lebih berani untuk tampil ke hadapan menyelesaikan masalah di kampus masing-masing.

p/s : Wah, Bob..bob! enta cakap cuti sekejap pergi Labuan ya.. rupanya 'lead' demonstrasi. Tak ajak ana pun... ;(





Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      3 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      5 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      5 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      7 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      9 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      11 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft