skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??

16 Orang Mengulas


Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang baru. Bak kata orang, "Biar di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung". "Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??"Itu tajuk entri yang penulis rasa perlu disentuh.
Hari ini, al-mathurat tidak lagi diketahui dan diamalkan oleh ahli-ahli jamaah Islam sahaja, bahkan ia juga turut menjadi suatu wirid yang digunakan oleh masyarakat umum. Namun, terdapat di antara golongan ini yang mengamalkan sahaja, tapi tidak tahu kelebihannya. Ada pula yang tahu tapi tidak mengamalkannya ataupun istiqamah.



Hasil tinjauan penulis, realiti hari ini segelintir pendakwah Islam hari ini yang mengetahui kelebihan al-mathurat tidak lagi mengamalkan secara konsisten. Bahkan bagi sebilangan usrah-usrah orang dewasa (senior), mereka tidak membaca al-mathurat sebagai pembuka majlis tapi cukup sekadar bacaan al-fatihah sahaja. Paling teruk apabila ada segelintir "golongan" yang entah muncul dari mana melabelkan al-mathurat sebagai bid'ah dan tidak patut dibaca melalui risalah yang mereka edarkan.


Dua minggu yang lepas, penulis ada bertemu seorang sahabat yang mana mempunyai latar belakang pendidikan dari Pesantren (pondok) di Indonesia selama 6 tahun dan Universiti Al-Azhar selama beberapa tahun. Sahabat ini menceritakan bahawa apabila beliau ke bumi Mesir dahulu kebanyakan mahasiswa Al-Azhar mengamalkan al-mathurat dan beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai al-mathurat ini kerana belajar dari pesantren (sistem pengajian pondok) lantas beliau terus mengkajinya kerana pada fikirannya ia merupakan ciptaan Hassan Al-Banna sendiri.


Apabila dia membuat kajian merujuk kepada Al-Quran dan kitab-kitab hadis, maka apa yang terkandung di dalam wirid al-mathurat ini memang betul-betul berkisarkan dari Al-Quran dan hadis-hadis Nabi. Maka selepas itu, dia juga telah mengamalkannya sehingga sekarang dan tambah beliau lagi hatinya tenang dan badan menjadi lebih kuat setelah membaca wirid ini.

Al-Mathurat kini kian dijual secara meluas di pasaran dan toko buku

Dewan Ulama' PAS Sabah (DUPNS) juga dalam muktamarnya yang lepas telah menggesa agar semua ahli khususnya dan masyarakat amnya untuk memulakan setiap usrah dengan membaca al-mathurat dengan tidak hanya sekadar al-fatihah sahaja. Ini kerana wirid ini merupakan salah satu uslub (cara) untuk kita mentazkiyyah nafs (membersihkan diri dari nafsu).

Kelebihan al-mathurat adalah tidak dihampiri syaitan, rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini, Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat, orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga, selamat dari segala sesuatu, Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya, Allah berhak untuk meredhainya, tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudharat ke atasnya, terhindar daripada syirik, selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun, dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang, berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat, sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi, mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan lagi.


Perlu diketahui bahawa ketahanan al-mathurat hanya selama 12 jam dan itulah sebabnya jika kita membaca selepas subuh, maka perlu diperbaharui selepas waktu asar. Dan menjawab kepada golongan yang berkata al-mathurat ini bida'ah atau tidak harus dibaca, mereka yang berkata sedemikian perlu mendalami apa konsep sebenar bida'ah dan kenapa mereka hendak menghalang orang lain untuk beramal dan men'taqarrub'kan (mendekatkan diri) kepada ALlah swt sedangkan wirid ini tidak bercanggah dengan Quran dan Sunnah RasuluLlah. Bahkan Islam sendiri mengajar umatnya dalam arena dakwah untuk "bercakap lebih mengenai syurga daripada neraka" dan "memperluas konsep sunnah daripada bida'ah". Seperti mana firman ALlah di dalam Al-Quranul Karim:

يَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّداً وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya pada ayat-ayat kami adalah apabila mereka diingatkan dengan ayat-ayat itu, mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah berlaku sombong (Surah As-Sajdah ayat 15).


p/s: Semoga segala amalan kecil yang kita lakukan mendapat keredhaan ALlah swt bagi membantu kita di akhirat kelak.





Wanita & Kepimpinan

6 Orang Mengulas


Salam alayk'.. "Wanita & Kepimpinan".. Tercetus idea di benak penulis untuk mengupas sedikit mengenai tajuk ini setelah mendapat inspirasi daripada blog "srikandi" ini.. Penulis mengetahui begitu banyak artikel yang mengupas mengenai mengenai tajuk ini mengikut gaya pandangan dan persepsi masing-masing namun entri ini lebih merujuk kepada pandangan adakah wanita itu sesuai menjadi ketua sesuatu organisasi. Seringkali kita sering mendengar kata-kata puitis mengenai wanita seperti "akal senipis rambutmu", "diciptakan dari tulang rusuk Bani Adam" dan "perhiasan dunia". Bagi pandangan penulis, memang benar kiasan itu namun bukanlah penulis ingin mengupas mengenai kata-kata yang pujangga ini..


Penulis teringat satu ketika dahulu apabila diherdik oleh insan-insan dari kaum Hawa apabila memberi pandangan tidak bersetuju mengangkat insan dari jantina tersebut untuk menjadi "ketua" dalam satu organisasi yang begitu penting kerana kaum Adam menjadi golongan minoriti dalam organisasi tersebut. "Zaiem, kau nie anti perempuankah??" luahan kata yang mengejutkan penulis. Namun, penulis menjelaskan bahawa untuk memberikan mandat kepada perempuan dalam memegang tampuk kepimpinan perlulah melihat kepada situasi organisasi itu sendiri dengan mendahulukan kaum Adam yang mempunyai kelayakan tanpa mengikut emosi atau assobiyyah jantina.

Penulis ingin menjelaskan bahawa secara khasnya, peranan wanita di dalam kepimpinan adalah terhad dan wanita tidak ada masalah untuk menceburkan diri di dalam arena kepimpinan. Penulis mengatakan peranannya terhad kerana terdapat kelemahan fitrah yang datang secara berkala iaitu seperti haid, nifas dan ketika mengandung sehingga menyebabkan perasaan seorang wanita terganggu dan emosi kadangkala menjadi kurang stabil dan impaknya sedikit sebanyak sangat besar terhadap apa yang dipimpinnya.


Firman Allah. "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan". (Surah an-Nisa' 34). Ulama-ulama Islam mempunyai khilaf dalam memahami kehendak ayat di atas dan ada yang mengatakan ia memberi erti bahawa al-qiwamah/kepimpinan adalah hak mutlak lelaki oleh faktor kerana faktor kekuatan aqal, jiwa dan tubuh badan.

Faktor lain yang menceritakan kelemahan kepimpinan wanita adalah melalui cerita sejarah Islam iaitu ketika peperangan di Andalusia antara tentera Islam dan tentera Salib, tatkala seorang wanita dilantik menjadi panglima tentera Islam kerana ketangkasan dan kehebatannya. Maka, dia diamanahkan untuk memimpin sebuah angkatan tentera bagi menghadapi peperangan tersebut dan kemenangan berpihak kepada tentera Islam dibawah pimpinannya. Namun, selepas peperangan itu dia telah jatuh hati kepada seorang lelaki yang merupakan panglima tentera Salib Kristian dan begitu juga dengan sebaliknya. Maka, akhirnya wanita tersebut mengajak panglima lelaki Salib Kristian itu untuk memeluk Islam, namun panglima lelaki Kristian tersebut menolak dan panglima lelaki kristian itu mengajak pula panglima perempuan Islam itu masuk kristian serta akhirnya panglima perempuan Islam itu menerimanya dan ia telah murtad gara-gara cinta ataupun perasaan. Antara cerita lain pula, kisah sesebuah negara yang diperintah oleh dua orang ratu sehingga negara mereka musnah dan bagi konteks sesebuah negara hari ini, wanita tidak boleh memegang jawatan Presiden sesebuah negara. Dari sirah ini, kita juga dapat mengambil iktibar bahawa wanita tidak berkemampuan untuk menjadi 'ketua' contohnya seperti mereka tidak boleh dilantik untuk "menetapkan perkara-perkara dasar" sesuatu organisasi besar, namun mereka boleh membantu untuk "menggubal perkara-perkara dasar" itu bersama-sama.

p/s: Peranan wanita memang sangat diharapkan dalam memajukan umat Islam dan memimpin masyarakat Islam khususnya di kalangan wanita. Entri kali ini juga ditujukan kepada Sahabat Penulis yang setuju tajuk ini dikupas dan ditulis panjang2 seperti karangan BM sebab dia minat menulis panjang2.. :). Wasallam..






Jom Datang Beramai-ramai!!

0 Orang Mengulas


Ceramah- Ceramah Umum Pakatan Rakyat

Kupasan Mengenai Isu-Isu Semasa

Tarikh : 15 Januari 2010
Tempat : Pusat Penerangan Pakatan Rakyat, Universiti Apartment
Masa : 8.30 hingga 11.30 malam
Penceramah :
Ustaz Azman Shapawi Abd Rani, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sdr. Lahirul Latigu, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah
Sdr. Abdul Razak Jamil, Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Sabah
Sdr. Teddy Yang, Ketua DAPSY Negeri Sabah

Tarikh : 15 Januari 2010
Tempat : Perkarangan Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Kg. Batangan, Cabang Tuaran
Masa : 8.30 hingga 11.30 malam
Pencaramah :
Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Malaysia
Haji Ansari, Ahli Pimpinan Tertinggi Negeri Parti Keadilan Rakyat
YB Dr. Hiew, Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Tarikh : 16 Januari 2010
Tempat : Perkarangan rumah Ustaz Awang Laiman, mantan calon PKR bagi DUN Tempasuk
masa : 8.30 hinnga 11.30 malam
Penceramah :
Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Hj Ansari Abdullah Ahli Pimpinan Tertinggi Negeri Parti Keadilan Rakyat

Tarikh : 17 Januari 2010
Tempat : Hyati Villa, Putatan
Masa : 8.30 hingga 11.30
Penceramah :
Ustaz Nasarudin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ustaz Azman Shapawi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

p/s : Jemput datang beramai-ramai!! Maklumat lanjut, hubungi urusetia di 0138987033





Sekitar Demonstrasi Bantah Kerajaan Mesir (Latest!!)

4 Orang Mengulas


Salam alayk'.. hari ini, negara diwarnai dengan demonstrasi membantah kerajaan Mesir yang kian menjadi boneka @ proksi kepada Yahudi. Seperti yang dimaklumkan oleh media massa, memang benar sebahagian peserta konvoi VIVA Palestine telah berjaya memasuki GAZA setelah desakan dari ummat Islam di seluruh dunia . Walaupun begitu , Himpunan Aman dan penyerahan memorandum ke Kedutaan Mesir tetap diteruskan kerana masih banyak tuntutan ummat Islam dunia yang memerlukan perhatian dan tindakan segera kerajaan Mesir.

Sebagai contoh Mesir masih lagi meneruskan usaha membina tembok konkrit sepanjang 6 KM membentengi sempadan Mesir - Palestine dan ianya jelas membuktikan Mesir merelakan diri untuk menjadi boneka kepada Israel . Tindakan membina tembok tersebut sekali gus seperti membina sebuah penjara besar bagi ummat Islam Palestine yang senantiasa menjadi mangsa keganasan Yahudi Israel Laknatullah .

Sikap dan Layanan buruk yang diberikan oleh Mesir ke atas rombongan konvoi VIVA Palestine yang berkelana dalam siri kempen membebaskan Palestine , mesti dibantah agar ia menjadi peringatan kepada kerajaan Mesir selepas ini agar tidak mempermainkan kesengsaraan dan penderitaan ummat Islam di Palestine .

Antara desakan kita ialah menggesa supaya Mesir benar - benar memainkan peranan sebagai sebuah negara yang mampu membela nasib ummat Islam yang sering ditindas dan dianiaya oleh Israel . Sebagai sebuah negara ummat Islam yang besar dan bersempadan dengan Palestine , ia menjadi tanggungjawab penting dan utama bagi kerajaan Mesir . Berikut merupakan gambar sekitar demonstrasi di ibu negara dan Kota Kinabalu


Situasi di Masjid Ampang menuju ke Pejabat Kedutaan Mesir..


Beberapa orang pimpinan gerakan Islam Malaysia, PAS dalam demonstrasi bantahan ini..

Wajah peserta-peserta demo yang sayangkan saudara seIslam mereka di Gaza

Sebahagian peserta ketika berarak ke Kedutaan Mesir

Mahasiswa juga turut mengambil bahagian dalam demonstrasi ini

Anggota polis sedang berkawal di pintu pagar pejabat kedutaan Mesir

Banner Pemuda PAS menghiasi demonstrasi kali ini dan kelihatan Ust Riduan Mohd Nor menjalankan tugasnya seperti biasa iaitu menjadi 'panglima takbir'

Poster peserta menyemarakkan lagi suasana demonstrasi

Beberapa orang pimpinan dan NGO Islam berucap di hadapan pejabat Kedutaan Mesir.


Situasi di Kota Kinabalu..


Penulis (berjaket hitam) ketika melaungkan seruan bantahan sambil disahut oleh peserta demonstrasi yang lain!

Penulis (berjaket hitam) memegang banner bersama para peserta demonstrasi yang lain

ItalicJemaah masjid berkumpul beramai-ramai bagi menyertai demonstrasi di Masjid SDA ini.

Peserta demonstrasi tekun mendengar amanat dari Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdra. Lahirul Latigu.

Sebahagian peserta demonstrasi dan turut kelihatan Ketua AMK Sabah, Sdra. Razak Jamil.

Orang ramai berkumpul..

Peserta demonstrasi berkumpul!

Bendera Israel LaknatuLlah dibakar

Terima kasih kepada pihak polis yang sudi mengawal lalulintas. Ada masa, nanti penulis belanja minum kopi Radix..

p/s: Khaibar! Khaibar! Khaibar Ya Yahud! Jaishu Muhammad! Wa Saufa Yahud! Ingat Wahai Yahudi, Tentera Muhammad Sudah Datang!






MOTIVASI MINDA SUPER!!! 2010

0 Orang Mengulas



Cepat!!! Jom beramai-ramai mengikuti Program Motivasi Minda Super 2010 ini.. Khas untuk golongan pelajar tingkatan 1 hingga 3 sahaja (tiada Yuran Penyertaan) anjuran Unit AMAL Kawasan Putatan..

p/s: "Beramal Kerana ALlah".. Ke Arah Melahirkan Generasi Bertakwa..





Pendaftaran PASTI Universiti Plaza

0 Orang Mengulas



PENDAFTARAN PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) UNIVERSITI PLAZA

TARIKH : 1O JANUARI 2010
MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT PENERANGAN PAS KAWASAN SEPANGGAR


Untuk maklumat lanjut, hubungi Zaiem Al-Hilmee (016-8816125) atau Zalina (019-8099523).

p/s: 25 Tahun PASTI Memimpin Perubahan!!






Jom Ke Perhimpunan Aman Palestin!!

0 Orang Mengulas



PERHIMPUNAN AMAN MEMBANTAH SEKATAN KERAJAAN MESIR KE ATAS KONVOI VIVA BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA

PADA : 8HB JANUARI 2010 (JUMAAT)
MASA : SELEPAS SOLAT JUMAAT
TEMPAT : MASJID SDA (atas bukit), KOTA KINABALU
ANJURAN : DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH

p/s: Jom datang beramai-ramai untuk membela rakyat Islam Palestin yang ditindas! Allahuakar! Allahuakbar!!






Kenyataan PAS mengenai Isu Kalimah ALlah

0 Orang Mengulas



Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.
Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.


Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.


PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud. ‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

YB Datuk Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS






Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      3 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      5 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      5 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      7 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      9 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      11 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft