skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Mahasiswa Tegakkan Hak!!

3 Orang Mengulas


Berikutan masalah bekalan air yang terus yang telah melanda Wilayah Persekutuan Labuan telah mendesak mahasiswa terutamanya dari Sabah dan Sarawak turun ke Putrajaya bagi menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Penyerahan memorandum berkenaan diketuai oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) disamping beberapa front yang bernaung bersama dibawah koalasi mahasiswa berkenaan termasuk Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), serta Markas Siswa Siswi Islam Sabah Sarawak (MARSIS).

labuan3

Wakil MPP-KAL, Sdri Qatrunnada bersama front yang lain ketika menyerahkan memorandum di Putrajaya

Majoriti mahasiswa di Labuan telah merungut kerana masalah ini telah lama berlarutan sehingga kini dan mengakibatkan ketidakselesaan berlaku di kalangan mahasiswa dalam menjalani sesi pengajian mereka.

Tambahan lagi, perkara ini telah menyebabkan masalah-masalah lain di kalangan masyarakat kampus telah timbul seperti kesukaran pelajar untuk menjaga kebersihan diri seperti membasuh pakaian dan mandi, keadaan bilik kuliah yang panas kerana penghawa dingin tidak dapat berfungsi dengan baik dan sebagainya.


labuan2

Kelihatan pimpinan GAMIS Pusat, Sdra Idris dan Shazni Munir dalam penyerahan memorandum berkenaan.

Di Sabah pula, wakil MPP-KAL dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia Negeri Sabah telah turun ke Pejabat Ketua Menteri untuk menghantar memorandum mengenai isu ini kepada Ketua Menteri Sabah selaku Pro-Canselor UMS iaitu Datuk Musa Hj Aman untuk membantu menyelesaikan isu ini.

Penulis (tengah) mewakili GAMIS Negeri Sabah bersama wakil dari MPP-KAL ketika berada di pejabat ketua menteri.

p/s: Semoga mahasiswa tidak hanya berdiam diri apabila mempunyai masalah berkaitan kampus dan berani bersuara dalam menjaga kebajikan untuk semua.






Hilangnya Sebutir Permata...

4 Orang Mengulas


Salam alayk'.. "terkejut bila mendengarnya, hati rasa berat melepaskannya" ibarat sebutir permata berharga yang hilang begitu sahaja. Inilah luahan hati penulis mendengar perpindahan seorang mujahid ataupun da'ie iaitu Al-Fadhil Ust Hafizullah Ubaidillah ke Pulau Pinang. Beliau merupakan seorang ulamak muda yang kaya dengan ilmu agama dan harakinya.


Giat dalam membantu masyarakat bersama Unit AMAL

Penulis teringat saat awal mengenali Ust Hafiz iaitu pada 6 tahun yang lepas. Ketika itu, penulis masih menuntut di sekolah menengah dan mewakili sekolah ke Majlis Tadarus Quran (MTQ) dalam pertandingan Syarahan Bahasa Arab. Dalam majlis tersebut, penulis sempat berkenalan dengan Ust Hafizullah yang juga merupakan hakim bagi pertandingan tersebut.


Sang murabbi, Ust Hafizullah

2 tahun penulis melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan apabila balik ke bumi Sabah, ALlah mengizinkan penulis untuk bertemu dengan Ust Hafizullah kali ini sebagai guru dan sahabat seperjuangan dalam jamaah Islam. ALhamduliLlah, Ust Hafizullah juga merupakan naqib kepada penulis di dalam usrah dan amat banyak ilmu yang dikongsi oleh beliau kepada penulis.


Ust Hafizullah bersama anak-anaknya


Ust Hafizullah juga digelar "Mursyidul Am Sepanggar"oleh sahabat-sahabat seperjuangan lantaran ketinggian ilmu beliau dalam bidang agama. Baru-baru ini, penulis bersama para sahabat ada mengadakan majlis perpisahan bagi mengenang jasa Ust Hafizullah dan dalam majlis tersebut, Ust Hafizullah telah menyampaikan kuliyyah yang begitu sayu mengenai kisah Bilal Bin Rabah yang meninggalkan Kota Madinah setelah kewafatan RasuluLlah.. Ust Hafizullah telah mengupas kisah ini sebagai tanda memujuk hati-hati para hadirin dalam majlis berkenaan yang majoritinya berat hati untuk melepaskan Ust Hafizullah untuk berpindah, namun semua akhirnya redha dengan ketentuan ILlahi..

p/s: Semoga Ust Hafizullah meneruskan perjuangan di Pulau Pinang. Penulis mengucapkan ribuan terima kasih atas curahan ilmu yang diberikan sehingga penulis berada ditahap ini.. ALhamduliLlah.. Teruskan berbakti untuk perjuangan Islam dan pastikan matlamat untuk mengIslamkan KM Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng menjadi kenyataan. Takbir!!





Warna Warni Konvokesyen PASTI Pantai Barat Selatan

3 Orang Mengulas


Salam alayk'.. Majlis Konvokesyen PASTI Pantai Barat Selatan telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini. Majlis berkenaan telah diadakan di Dewan Pusat Dagangan Sabah di Likas. Konvokesyen ini membabitkan hampir 20 buah PASTI sekitar Pantai Barat Selatan. Dalam majlis tersebut, kira-kira 600 orang tetamu telah hadir dan majoritinya adalah dari kalangan ibubapa pelajar PASTI serta graduan yang akan menamatkan pengajian di PASTI kira-kira lebih 200 orang pelajar.

Banner Majlis Konvokesyen PASTI Pantai Barat Selatan tersergam indah

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdra. Lahirul Latigu. Diantara tetamu jemputan yang hadir adalah Pengarah PASTI Negeri Sabah, YDP PAS Kawasan Sepanggar dan YDP PAS Kawasan Putatan serta isteri kepada Dato Hasbullah Taha.


YDP PAS Kawasan Putatan di atas pentas


Penulis (berbaju melayu) bersama Ust Hafiz (berbaju t-shirt Unit Amal)


Para ''graduan'' konvokesyen sedang berdebar-debar untuk menerima sijil


Graduan konvokesyen dan diantaranya adalah anak blogger Abu Nuha Corner


Gerai jualan serbaneka barang-barang muslim


Keriuhan para graduan dirasai


Penulis sedang berbicara bersama sahabat yang sedang menderma darah


Gerai dari Pustaka Aslam, Kingfisher


Gerai milik Aslam Niaga..

PAS sebagai sebuah gerakan Islam terbesar di Malaysia telah memainkan peranan untuk mendaulatkan Islam dari segi politik, ekonomi n sosial. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan satu 'dalil' bahawa PAS bersungguh-sungguh untuk memberi kebajikan kepada masyarakat dengan memberi satu perkhidmatan pendidikan berlandaskan cara hidup Islam.

PASTi kini telah mendapat sambutan yang meluas di kalangan rakyat Sabah. Di Sabah sahaja, lebih 40 buah PASTI telah beroperasi dan juga terdapat sebuah PASTI yang mempunyai 100% pelajar non muslim dan guru non muslim. Ini bermakna, sistem pendidikan PASTI telah diterima oleh semua pihak dalam memartabatkan institusi pendidikan pra-sekolah bagi kanak-kanak.

p/s: Penulis meminta maaf kepada semua pengunjung blog kerana gambar-gambar yang ana 'attach' dalam entri kali ini semua ihsan dari blog Abu Nuha Corner dan Albelurani.. Penulis tidak mempunyai kamera peribadi sekarang ini..





Montoku & Lihing, Ancaman Remaja Islam

6 Orang Mengulas

Salam alayk.. "Montoku & Lihing, Ancaman Remaja Islam". Itulah tajuk entri yang menghiasi blog penulis kali ini. Bagi suku kaum Kadazan Dusun non Muslim di Sabah, montoku dan lihing merupaka sesuatu hidangan yg penting terutama apabila ada majlis-majis keramaian ataupun perayaan. Kedua-duanya merupakan sejenis minuman yang memabukkan dan termasuk di dalam ketegori 'ARAK'.


Lihing, minuman memabukkan

Dalam kehidupan yang berbilang kaum di Sabah ini, montoku dan lihing tidak menjadi masalah bagi umat Islam kerana ia fenomena biasa untuk menghormati adat dan budaya masyarakat setempat khususnya kaum kadazan dusun selagi ia dalam kawalan. Namun, apa yang perlu dikhuatirkan di sini apabila terdapatnya kedai-kedai runcit yang menjual montoku dan lihing secara terbuka. Hal ini perlu kita lihat secara serius kerana penjualan barang-barang memabukkan seperti arak memerlukan lesen dan tidak boleh dijual sewenang-wenangnya.

Penjualan montoku dan lihing tanpa kita sedari memberi ancaman kepada remaja Islam. Seperti yang kita ketahui, dalam usia remaja inilah merupakan laluan sukar bagi seseorang individu kerana terdedahnya kepada gejala-gejala sosial yang merumitkan.

Penulis pernah melalui sebuah kedai runcit yang menjual montoku dan lihing secara terbuka, apa yang menyedihkan adalah diantara pelanggan yang membeli minuman ini adalah 4 orang pelajar sekolah menengah yang lengkap beruniform dan berbeg. Ini satu perkara yang serius! Tambah-tambahan lagi, pelajar berkenaan dari riak mukanya beragama Islam. Apabila penulis mendatangi mereka, mereka dengan pantas menyembunyikan botol minuman tersebut ke dalam beg.

Gejala ini kian menular dan mengancam remaja Islam khususnya di bumi Sabah. Cuba kita fikirkan, jika perkara ini berlaku di kawasan bandar, macam mana pula dengan remaja yang tinggal di kawasan luar bandar? adakah mereka lebih teruk dari ini?

p/s: Semoga pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan dalam membendung penjualan minuman memabukkan ini. Sesungguhnya arak adalah raja kejahatan.!!





Da'ie Muda Melalui Proses Kematangan

2 Orang Mengulas


ALhamduliLlah.. syukur ke hadrat ALlah SWT atas segala nikmat. Selawat dan salam keatas kekasih kita, Nabi Muhammad SAW. Semoga kita beroleh syafaat daripada Baginda pada hari kiamat kelak.


PSS, memartabatkan Islam di bumi Sabah


Baru-baru ini, Persatuan Siswazah Sabah (PSS) sebuah organisasi yakni NGO Islam telah mengadakan Mesyuarat Agung. Syukur ke hadrat ILlahi kerana dalam mesyuarat itu, pelbagai cadangan dan respon positif serta penambahbaikkan yang disuarakan daripada perwakilan dalam organisasi. Apa yang membanggakan adalah kebanyakan perwakilan mencetuskan idea-idea baru yang mana memberi manfaat dalam meneruskan usaha-usaha dakwah di bumi Sabah bagi jangka masa pendek dan panjang.

Program PSS

Dari pandangan penulis secara peribadi, segala suara perwakilan yang hadir menunjukkan bahawa "da'ie-da'ie muda" ini telah melalui proses kematangan dalam jalan dakwah sehingga dapat mengeluarkan pendapat-pendapat yang bernas dalam membentuk strategi-strategi dakwah yang lebih berkesan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Kini, Persatuan Siswazah Sabah mempunyai organisasi yang mantap dimana ianya terdiri daripada pemimpin-pemimpin Islam dari kalangan siswazah Islam yang berwibawa. Kini, Persatuan Siswazah Sabah mempunyai banyak PSS Cawangan seperti di Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Kota Kinabalu, Papar, Sipitang, Ranau, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Perkembangan dakwah dan kebajikan Islam melalui PSS telah melahirkan kelab remaja iaitu Kelab Remaja UKhuwwah (KRU) dalam usaha memartabatkan Islam di bumi Sabah khususnya.

PSS kini akan lebih gagah melangkah dengan bernaung di bawah Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN) dimana organisasi ini akan lebih lantang bersuara dan ke hadapan dalam membantu menyelesaikan masalah umat Islam di Sabah.

p/s: Semoga PSS terus maju!! Teruskan perjuangan..





Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      3 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      5 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      5 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      7 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      9 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      11 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft