skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Rotary Club Kian Agresif di Sabah..

7 Orang Mengulas


Salam alayk'.. penulis meminta maaf kepada semua pengunjung blog kerana hampir 2 minggu penulis tidak me'mosting' entri baru.. Ini kerana, penulis memberi komitmen sepenuhnya kepada aktiviti luar dan mempunyai kekangan masa untuk melayari alam maya.

Entri kali ini bersambung dari entri yang sebelumnya iaitu mengenai kelab Yahudi di Sabah iaitu Rotary Club. Hasil pemantauan penulis, dalam ke'senyap'an pergerakan kelab itu selama ini, tiba-tiba penulis dikejutkan dengan tindakan agresif kelab ini dengan keberanian mereka meng'iklan'kan program-program mereka di 'bill board'.



Kuil Yahudi (freemason) berdekatan dengan 'billboard' Rotary Club



Pandangan kuil Yahudi dari jauh

Ini merupakan satu ancaman yang besar terhadap umat Islam kerana entri sebelum ini penulis telah mengupas misi kelab ini iaitu untuk melonggarkan pegangan akidah umat Islam secara halus. Namun, tidak ada mana-mana pihak yang berani kehadapan untuk tampil bagi menyekat kemaraan kelab ini.

Dua minggu yang lepas, penulis bersama 8 0rang sahabat melakukan Jelajah Dakwah ke bumi Keningau. Dengan menaiki 4 buah motorsikal dari Kota Kinabalu ke Keningau melalui Gunung Emas, dapatlah penulis bersama sahabat yang lain meninjau panorama kehidupan masyarakat di bahagian luar bandar secara dekat, namun apa yang menjadi kerisauan penulis apabila terdapatnya iklan "Rotary Club" pada billboard area perkampungan yang ada di sekitar Gunung Emas. Iklan itu menerangkan mengenai projek kemasyarakatan yang dilakukan oleh Rotary Club. Sedangkan kelab yang merosakkan aqidah ini boleh bergiat dgn penuh aktif, macamana pula dengan pengorbanan kita sebagai umat Islam??

p/s: Adakah kita akan biarkan kelab ini terus terserlah dan sewenang-wenangnya menjalankan program mereka? Apa tindakan yang kita ambil khususnya para pejuang Islam di Sabah??





PMRAM, Teruskan Perjuanganmu!

8 Orang Mengulas


Salam alayk'.. Mungkin tidak ramai rakyat Malaysia yang mengetahui kewujudan PMRAM ataupun nama penuhnya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir. PMRAM telah tertubuh semenjak tahun 1930 lagi di bumi Mesir dan menggunakan nama PPS pada awalnya, seterusnya PMM, PMRAB dan akhirnya PMRAM yang kekal sehingga sekarang. PMRAM merupakan satu gerakan dakwah yang terdiri dari anak-anak Melayu dan pada masa yang sama ia menjaga kebajikan seluruh anak-anak Malaysia yang belajar di bumi Mesir khususnya.

Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa penulis me'mosting'kan entri kali ini mengenai PMRAM. Jawapan penulis adalah supaya para blogger dan rakyat Malaysia khususnya dapat bersama-sama menyokong usaha PMRAM dalam menjalankan kegiatan dakwah mereka di bumi Mesir. PMRAM kini semakin mendapat tekanan daripada pihak-pihak tertentu yang mendokong fahaman sekularisme. Pihak-pihak yang berniat jahat ini cuba menjatuhkan PMRAM dan menyekat kegiatan dakwah PMRAM. Penulis sertakan di sini laman web PMRAM (http://www.pmram.org).

PMRAM, mempertahankan ummah

Jasa PMRAM dalam membantu mempertahankan umat Islam dapat dilihat pada bulan Oktober 1956 apabila pada waktu tersebut PMRAM masih menggunakan nama Persekutuan Melayu Mesir (PMM), seramai 65 orang ahli musliminnya mendaftarkan diri menjadi askar sukarelawan manakala yang lain menderma darah serta muslimatnya membantu menjahit pakaian tentera untuk membantu kerajaan Mesir menentang pencerobohan tiga serangkai iaitu Israel, Perancis dan Inggeris. Apabila peperangan tamat, Presiden Mesir iaitu Gamal Abdul Naseer merakamkan ucapan terima kasih atas jasa PMM yang sanggup membantu pihak Mesir dalam peperangan tersebut dan sebagai tanda penghargaan, pihak kerajaan Mesir telah mengiktiraf PMM sebagai sebuah badan yang berlesen dan PMM bebas membuat aktiviti dan gerakkerja di seluruh pelusuk negara Mesir.

Saff kepimpinan PMRAM

Namun, ada pihak yang cemburu dengan kecemerlangan PMRAM dan berusaha menyekat aktiviti dakwah PMRAM untuk komuniti melayu khususnya mahasiswa dan mahasiswi Melayu Al-Azhar. Dalam merealisasikan usaha pihak-pihak yang tertentu, banyak tuduhan liar dilemparkan terhadap PMRAM supaya ianya dapat dijatuhkan. Berkaitan dengan hal ini, penulis ingin menyentuh mengenai isu yang semakin tenggelam iaitu pembatalan MoU kerajaan Malaysia dengan Universiti Al-Azhar. Pembatalan MoU ini bukan sahaja memberi impak yang negatif tetapi merugikan umat Islam khususnya di negara kita ini kerana:

1) Akan kurangnya kelahiran para ulama' azhari dari kalangan kaum Melayu. Universiti Al-Azhar merupakan tempat kelahiran para ulama' seperti Imam Hasan Al-Banna, Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi serta ulama' lain yang lantang dalam memperjuangkan Islam. Kita semua kena tahu bahawa suasana, silibus, pensyarah dan barakah belajar di bumi Mesir dan Malaysia amat-amat berbeza.

2) Berlangsungnya misi gerakan kristianisasi. Gerakan kristianisasi sentiasa ingin mencari jalan untuk menyekat pengaruh Al-Azhar kerana ia merupakan kekuatan Islam. Dengan pembatalan MoU ini, gerakan kristianisasi telah berjaya sedikit demi sedikit menyekat pengaruh Al-Azhar ke Malaysia dan penulis sungguh kecewa jika ada orang Islam berkompromi dalam hal ini menjayakan pembatalan MoU ini biarpun mereka tidak mempunyai niat yang sedemikian.

p/s: Penulis berharap kita sentiasa optimis dalam menyokong gerakkerja PMRAM biarpun kita berada di Malaysia. Wahai sahabat dan sahabiahku yang berjuang bersama PMRAM di Mesir, ana doakan agar kalian diberi kekuatan oleh ALlah untuk mengharungi segala mehnah dan tribulasi dalam perjuangan.





Muhasabah Pengamalan Islam Kita!!

3 Orang Mengulas


Salam alayk' entri kali ini memang akan membuka 'mata' kita untuk memuhasabah pengamalan Islam yang syumul sebagai satu cara hidup kita. Namun apabila diteliti, begitu banyak perbezaan pengamalan Islam zaman sekarang dengan Islam sewaktu zaman RasuluLlah memerintah. Penulis menyertakan jadual sebagai satu perbandingan agar kita dapat menyedari hal ini serta muhasabahkan diri kita agar dapat memperbetulkan segala 'kesesatan' pengamalan Islam yang telah dilakukan..

Jadual di bawah menunjukkan Islam yang diamalkan sewaktu zaman RasuluLlah.

PERKARA

ISLAM RASULULLAH

Al-Quran

Di Jadikan Perlembagaan

Diri Nabi Muhammad S.A.W

Di Jadi Ikutan & Rujukan

Hukum Kanun Jenayah Syariah

Denda Ikut Kehendak Al-Quran

Penghayatan Dalam Islam

Dalam Keseluruhan Kehidupan

Soal Syahadah & Akidah

Jadi Penentu Segala Amalan

Sembahyang,Puasa,Zakat,Haji

Jadi Bukti Taatkan Perentah Allah

Bersalam Antara Bukan Mukhrim

Haram & Terlarang

Berlakon & Pergaulan bebas

Haram & Di Cela

Hukum Hudud

Jadi Perkara Wajib & Disegerakan

Judi & Pengusaha Kegiatan Judi

Di Haramkan & Di Perangi

Arak & Pengusaha Kilang Arak

Di Haramkan & Di Perangi

ISA (Tuduh & Tahan Tanpa Bicara)

Di Haramkan & Di Benci

Aktiviti Rumah Urut

Haram & Di Perangi

Konset Sensasi Menjana Maksiat

Haram & Di Cegah

Matlamat Perjuangan Sebenar

Kerana Menegakkan Kalimah Allah

Taat & Setia Hanya Kepada

Perintah Allah & Rasul Nya

Perjuangan Demi Mengharapkan

Keredhaan Allah Semata-mata

Pakaian Tudung Bagi Perempuan

Wajib & Tiada Kelonggaran

Meraikan Perayaan Agama Lain

Haram & Terbatal Syahadah

Pertandingan Ratu Cantik

Haram & Sangat Di Tegah

Berpakaian Mengikut Cara Nabi

Ia Menjadi Ikutan Para Sahabat

Pengertian Jihad

Menentang Segala Kemungkaran

Jihad Menentang Kemungkaran

Suatu Yang Amat Tinggi Nilainya

Menegakkan Negara Islam

Mengikut Acuan Al-Quran

Laksanakan Islam Mengikut Syariat

Tuntutan Allah & Rasul



Jadual di bawah nie menunjukkan pengamalan Islam pada masa sekarang khususnya di negara kita yang tercinta, Malaysia..

PERKARA

ISLAM ZAMAN SEKARANG

Al-Quran

Sekadar Untuk Bacaan Sahaja

Diri Nabi Muhammad S.A.W

Jadi Sanjungan & Jajaan

Hukum Kanun Jenayah Syariah

Denda Di Bayar Dengan Wang

Penghayatan Dalam Islam

Dalam Ibadat Semata-mata

Soal Shahadah & Akidah

Jadi Tidak Berapa Penting

Sembahyang,Puasa,Zakat,Haji

Jadi Adat & Ibadat

Bersalam Antara Bukan Mukhrim

Halal & Jadi Suatu Kemestian

Berlakon & Pergaulan bebas

Halal & Di Beri Galakan

Hukum Hudud

Jadi Tak Perlu & Tidak Adil

Judi & Pengusaha Kegiatan Judi

Halal & Diberi Lesen

Arak & Pengusaha Kilang Arak

Halal & Diberi Lesen

ISA (Tuduh & Tahan Tanpa Bicara)

Halal & Di Laksanakan

Aktiviti Rumah Urut

Halal & Diberi Lesen

Konset Sensasi Menjana Maksiat

Halal & Di Promosikan

Matlamat Perjuangan Sebenar

Kerana Keperibadian Bangsa

Taat & Setia Hanya Kepada

Pemimpin & Tanah Air

Perjuangan Demi Mengharapkan

Keredhaan Manusia Semata-mata

Pakaian Tudung Bagi Perempuan

Fesyen & Adat malah TAK WAJIB !!

Meraikan Perayaan Agama Lain

Halal & Diberi Peruntukan

Pertandingan Ratu Cantik

Halal & Ditaja

Berpakaian Mengikut Cara Nabi

Ia Di Anggap Ketinggalan Zaman

Pengertian Jihad

Meninggikan Taraf Ekonomi

Jihad Menentang Kemungkaran

Akan Di Tuduh Pengganas

Menegakkan Negara Islam

Mengikut Acuan Sendiri

Laksanakan Islam Mengikut Syariat

Di Tuduh Pelampau Agama



p/s: Penulis berharap agar kita sama-sama ber'muhasabah' mengenai hal ini agar kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Apa yang kita lihat dalam jadual di atas merupakan bukti bahawa kita telah jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Wallahu'alam..





Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      3 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      5 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      5 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      7 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      9 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      11 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft