1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini.
2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Terdapat beberapa definisi terhadap dua istilah ini. Secara mudah, salaf ialah generasi awal Islam manakala khalaf ialah generasi yang terkemudian.
3. Golongan pro salaf di Malaysia biasanya mendokong fahaman tidak bermazhab, sentiasa merujuk kepada Quran dan sunnah, sentiasa menyebut kehebatan Syeikh Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Mereka juga merujuk kepada Syeikh Albani, ulama-ulama di Saudi dan sebagainya.
4. Manakala golongan pro khalaf biasanya mengikut mazhab yang empat khasnya mazhab Syafii di Malaysia, tidak terlalu merujuk kepada Ibn Taimiyyah dan ulama yang sewaktu dengannya.
5. Akhirnya berlaku pertembungan ilmu dan membawa kepada penyakit yang lain.
6. Hakikatnya para ulama tersebut tidak menganjurkan demikian. Mereka menganjurkan persaudaraan Islam. Walaupun terdapat perbezaan pandangan, semua itu hanya kerana kefahaman ijtihad yang berbeza sahaja tetapi masih merujuk kepada Quran dan sunnah. Cuma dikatakan bahawa manhaj Syeikh Albani agak keras sedikit hingga sesiapa yang membaca karya-karya beliau akan mudah menuduh ulama ini salah, silap dan sebagainya.
7. Adakah salah mengikut manhaj salaf? Tidak salah. Ia adalah manhaj yang baik dan benar.
8. Dan adakah salah mengikut manhaj khalaf? Juga tidak salah. Bermazhab adalah harus.
9. Kalau tidak salah, kenapa perlu ada pertembungan? Pertembungan ini sebenarnya bukanlah di kalangan para ulama muktabar tetapi di kalangan pengikut sahaja. Antara faktornya mungkin kerana kematangan ilmu yang belum sampai waktunya.
10. Muslim yang matang ilmu akan mengikut Quran dan sunnah. Ijtihad para ulama adalah kefahaman yang baik. Muslim begini tidak akan fanatik kepada mana-mana ulama tetapi setiap pendapat diterima berdasarkan dalil dan hujah. Imam Ibn Taimiyyah seorang ulama yang hebat tetapi bukanlah syarat seorang ulama hebat bahawa beliau tidak pernah salah dalam ijtihad. Muslim begini tidak akan membelakang ulama mazhab kerana ulama mazhab adalah generasi salaf.
11. Salaf banyak menyatakan amalan masyarakat adalah bidaah namun khalaf tidak begitu. Apa puncanya? Puncanya ialah kerana kefahaman yang berbeza bagi makna sunnah dan makna bidaah. Pro salaf meluaskan makna bidaah dan menyempitkan makna sunnah. Sebaliknya pro khalaf meluaskan makna sunnah dan menyempitkan makna bidaah.
12. Oleh itu, pertembungan fahaman salaf dan khalaf di Malaysia dan yang sewaktu dengannya wajar dilihat dalam kerangka syariah yang luas.
13. Marilah kita bersatu atas nama islam. Islam adalah agama yang Allah redhai. Gelaran ‘muslim’ adalah nama yang disebut dalam Quran. Apa jua fahaman kita, kita semua masih lagi sebagai muslim. Marilah bersatu atas perkara yang disepakati, dan bertolak ansurlah dalam perkara yang dikhilafi.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."
Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain. Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama? Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka. Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama. Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.
Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain. Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama? Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka. Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama. Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.
Berharta, syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!
Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.
Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu.
Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu? Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu? Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.
Keturunannya, adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan. Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi? Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.
Kecantikannya, kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain. Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan. Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.
Agama, akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilih calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman. Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah jenayah. Mereka yang terjebak dalam disa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah. Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya.
Hari ini berlaku sejarah hitam dalam demokrasi di Perak apabila BN dengan cara salah membentuk kerajaan di Perak. Rakyat kesal dan kecewa dengan situasi politik seumpama ini. Rakyat hanya mahu mereka diberi mandat bagi memilih kerajaan baru setelah berlaku lompatan parti dengan cara yang begitu jijik dan jelik. Barangkali rakyat kurang marah kalau ADUN melompat ke parti lawan dengan kehendaknya sendiri, bukan dengan sogokan dan ugutan. Kita percaya ADUN-ADUN tersebut meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) adalah melalui satu perancangan kotor dan jahat mereka. Melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai, akuan bersumpah Fauzi Muda (bekas Ketua PKR Bahagian Ipoh Barat) dan pengakuan beberapa ADUN PKR di mana mereka ditawarkan jutaan ringgit sekiranya melompat ke pihak lawan.Justeru itu, jalan yang paling adil mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak ialah Pembubaran DUN. Kerajaan melalui Menteri Besar hendaklah menasihati Sultan mohon perkenan supaya DUN dibubarkan bagi membolehkan pilihanraya diadakan di seluruh negeri. Sekiranya tidak berlaku pembubaran, MB dan seluruh EXCO hendaklah meletakkan jawatan masing-masing bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk, atau melalui usul undi tidak percaya di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri atau sekiranya dalam tempoh enam bulan selepas sidang DUN yang terakhir, Dewan tidak juga bersidang, maka DUN hendaklah dibubarkan. Apabila Undang-undang diketepikan, akan berlakulah krisis perlembagaan yang panjang di Perak, dan rakyat akan hilang kepercayaan kepada undang-undang. (Sumber dari Setiausaha Politik Menteri Besar perak, Ir. Nizar Bin Jamaluddin)
Wahai saudara2 seIslamku, bangkitlah dalam kita memboikot sumber ekonomi Yahudi.. Janganlah kita buat ibarat hangat2 tahi himar saja!!
Berbaloikah dengan boikot?
Jawapan ana, ya!
Tidakkah boikot hanya membuatkan umat Islam menganggur?
Jawapan an, tidak!
Ya, kerana boikot akan menjejaskan ekonomi mereka.
Tidak, kerana inilah masanya umat Islam membina empayar ekonomi sendiri atas keruntuhan ekonomi mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)