skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Catatan Untuk Murabbiku

0 Orang Mengulas

Tidak berjaya seseorang murid jika bukan jasa seorang guru, tidak berakhlak seseorang pelajar jika bukan kerana muaddib, dan tidak berjaya seorang kader da'wah jika bukan kerana kesuksesan murabbi atau muraqqib. Sasterawan Usman Awang juga membenarkan hal ini di dalam puisi guru yang diciptanya

Begitu juga dalam kehidupanku. Tidaklah aku menjadi seorang aktivis da'wah jika bukan hasil perah keringat murabbi yang mentarbiyyahku. Dikala aku dulu seorang yang jahil dari golongan juhala', maka Allah menghantarkan dia kepadaku untuk mentarbiyyahku secara nizam yakni tersusun mengikut marhalah secara tadarruj (berperingkat) daripada ta'arif sehinggalah tanfiz.


Murabbiku,
Tidaklah aku melupai jasamu sehingga aku menutup mata. Gurauanmu, teguranmu, nasihatmu dan kemarahanmu membuatkan aku kini menjadi seorang manusia yang menyambung risalah Nubuwwah yang penuh dengan mehnah dan tribulasi berpanjangan.

Murabbiku,
Aku masih teringat saat kita berkongsi rasa dan thaqafah di dalam usrah kita, daurah kita, mukhayyam kita, rehlah kita, katibah kita, munaqasyah kita sehingga aku amat merindukan saat-saat itu. Aku seakan sebak dan terasa benar ingin kembali ke detik tersebut.

Murabbi,
Tadhiyyah dirimu dalam mentakwinkan diriku menjadikan aku sedar dan berusaha menjadi aktivis da'wah yang gigih. Disamping itu, aku berusaha membuktikan kepadamu bahawa usahamu dalam mentarbiyyahku tidak pernah sia-sia kerana aku merenungi "murabbi yang baik adalah mereka dapat melahirkan mutarabbi yang berkualiti".
 
Murabbi,
Biarpun kita kini berada di landasan da'wah yang sama, engkau tetap murabbiku dari dunia sehingga akhirat. Aku amat menghargai dirimu meskipun kita sudah terpisah jauh dan benarlah bahawa kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dinaungi Arasy'.

Khas ditujukan kepada:

Naqib Usrahku
 
Abg Hishamuddin Ahmad (Naqib Usrah Ta'arif 1- Tahun 2006)
Abg Rizal Azman Bin Rifin (Naqib Usrah Ta'arif 2 - Tahun 2007)
Al Murabbi Ustaz Wan Mohd Zul (Naqib Usrah Takwin 1&2 - Tahun 2008)
Al Murabbi Ustaz Anuar Ali (Naqib Usrah Tanfiz 1- Tahun 2009)
Al Murabbi Ustaz Izwan Yusof (Naqib Usrah Tanfiz 2 - Tahun 2010)

Juga para muraqqib & murabbiku;

Al Murabbi Ustaz Mohd Nor Omar, Al Murabbi Ustaz Azlisyam, Al Muraqqib Syahidullah Ahmad Anuar, Al Muraqqib Muazzin, Al Muraqqib Khairul Domadi, Al Murabbi Ustaz Hafizullah Ubaidah, Motivator Akhwan Affandi Zulkifli.

Semoga Allah memberkati kehidupan kalian dan mudahan-mudahan catatan yang ringkas ini dapat menggambarkan luahan perasaanku dalam menghargaimu. Syukran jazakallah.

Zaiem Al Hilmee
Teratak Tarbiyyah Islamiyyah An Nur
17 Safar 1434
6.06 petang.






Wala Itu Cinta Bukannya Candu.

0 Orang Mengulas

Begitu ramai yang mudah mengungkapkan persoalan wala'. Bagi aktivis da'wah, istilah wala' yang bermaksud kesetiaan amat kerap meniti di bibir-bibir mereka. Kadangkala ada juga kedengaran aktivis da'wah berkata, "wala itu candu". Itulah satu ungkapan negatif terhadap arkanul bai'ah yang digagaskan oleh Hassan Al Banna. Ada juga terdengar ungkapan positif yang menjadikan wala' sebagai satu penyelesaian kepada kekhilafan terhadap penerimaan keputusan sesuatu mesyuarat organisasi. Bermacam tafsiran.

"Wala Itu Cinta"

Aku sememangnya bersetuju bahawa ungkapan wala' ini berkisar kepada kasih sayang, cinta dan mahabbah. Ini adalah satu persepsi baru yang perlu dilakukan bagi merealisasikan konsep wala' dengan sebenarnya. Firman Allah SWT:


“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” 
                                                                                                                ( Surah al-Nisa’ ayat 59)
 
Wala' yakni kesetiaan tidak akan timbul jika tiada unsur-unsur perasaan yang lahir daripada hati seikhlasnya khususnya apabila berada di dalam organisasi da'wah. Maka, bagi untuk merealisasikan wala' adalah amat perlu hadirnya perasaan cinta. 

Cinta itu subjektif. Al Murabbi Ustaz Mohd Nor Omar di dalam daurah tarbiyyah harakiyyah menyuruhku menyebut satu perkataan mengenai cinta. Dia ingin melihat pandanganku mengenai cinta. Lalu, aku menjawab, "memahami"
  
  "Cinta Itu Memahami"

Iya, cinta memerlukan persefahaman. Aku usaha memberikan analogi dengan sebuah kisah. Seorang pemuda telah jatuh cinta dengan seorang wanita. Maka, pemuda berusaha untuk mendidik seikhlasnya dengan memberikan bahan bacaan dan melayannya sebaik mungkin. Satu hari, wanita itu berkata, "Aku telah berpunya, usah menghantar bahan bacaan lagi".

Apa yang patut dibuat oleh pemuda tersebut? Maka konsep memahami di sini adalah pemuda perlu memahami kehendak wanita tersebut iaitu jangan menganggu dirinya lagi sesuai dengan permintaan tersebut dan tidak menghantar bahan bacaan buat masa akan datang.  


Inilah konsep memahami dalam contoh tersebut. Memahami inilah cinta. Adakalanya, perasaan perlu dikorbankan dan perlu mengalah dalam banyak perkara. Jika tidak demikian, mungkin lebih banyak kemudharatan atau kesukaran akan berlaku khususnya bertentangan dengan nas syariat. Ini pandanganku, maaf jika ada yang tidak bersetuju namun gagahkanlah diri untuk bersedia bersetuju untuk bersetuju.

Berbalik kepada wala' dalam organisasi da'wah. Jika cinta sudah terurai dengan maksud memahami, pengorbanan dan mengalah maka wala' juga perlu kepada sifat memahami kepimpinan, mengorbankan perasaan untuk menerima dan mengalah atas kehendak syura. Namun paling penting sekali, ikhlaskanlah niat dan jujurlah dalam men'tajarrud'kan keaslian fikrah perjuangan Islam.

Zaiem Al Hilmee
Puncak Bandar Sierra
15 Safar 1434 H
12.29 pagi






Aku Bukanlah Yang Terbaik, Tetapi Aku Ingin Berpimpin Tangan Denganmu Masuk Ke Syurga

0 Orang Mengulas






Introspeksi Tarbawi

0 Orang Mengulas

Jarang sekali kita melihat titik-titik hitam dalam diri kita. Saat ini aku berada dalam keadaan berfikir akan segala-galanya. Pada mulanya, aku ingin menulis menyentuh mengenai blindspot dan common sense di jalan da'wah namun aku menyedari bahawa aku lebih cenderung pada waktu ini menyentuh secara langsung dalam ruang lingkup introspeksi aktivis.

"Enta tahajud tidak? Kalo enta tidak buat tahajud, enta tak layak jadi pimpinan Harakah Islam".

Ini adalah antara satu contoh ayat Introspeksi yang dilontarkan oleh Al Murabbi Syeikh Zainul Asri Hafizahullah dan ia memberikan satu kesan motivasi yang cukup padat untuk dihadapi khususnya aktivis da'wah. Aku tidak nafikan bahawa para aktivis da'wah selalu menghadapi masalah dengan ragam aktivis untuk bergerak di dalam kerja amal Islami, namun beringatlah bahawa "kita memulakan langkah di jalan da'wah kerana Allah, kenapa pula kita perlu berhenti melangkah hanya kerana manusia?". Itu asasnya pada worldview bagi jalan da'wah.

Aku tidak mahu menulis ala 'syok sendiri' begitu juga yang aku selalu bisikkan di dalam diri agar menghindari da'wah syok sendiri. Apa maksudnya? Menyampaikan sesuatu kebaikan kepada sekeliling mengikut cita rasa dan kepuasan kita walhal ianya tiada kesan disebabkan tidak berstrategi. Pepatah yang boleh digunakan ibarat 'mengukur baju di badan sendiri'. Ini perlu dielakkan. Ini juga adalah introspeksi.

Introspeksi tarbawi pada tujuannya adalah untuk kita menilai kembali agenda tarbiyyah di dalam diri kita merujuk kepada pengamalannya, sejauh mana keberkesanannya dan apa yang telah kita lalaikan. Banyak yang perlu dimuhasabahkan.

Melihat perkara ini, isu disiplin dalam tarbiyyah perlu ditimbulkan sekerap yang mungkin. Murabbi sering menuturkan sesuatu tarbiyyah amaliyyah kepada para amilin, namun ia tidak melihat kepada aspek disiplin dalam tarbiyyah amaliyyah tersebut.

Setiap gerakkerja memerlukan disiplin walhal dalam setiap aktiviti tarbawi perlu dibangkitkan soal disiplin. Sering terjadi dalam realiti waktu mesyuarat da'wah ditetapkan jam 8.30 malam akan tetapi kehadiran ahli mesyuarat pukul 8.45 malam sehingga jam 9.00 malam. Soalnya, ke mana disiplin para aktivis? Adakah perletakan husnuzzhon sesuai di sini? Adakah tindakan tersebut adil kepada sahabat yang datang awal? itu adalah satu situasi yang diambil sebagai contoh. Maaf, jika pandangan ini adalah 'syadid'.

Dalam ruang lingkup apa sekalipun, perlu dinilaikan soal disiplin walhal Ustaz Mustafa Masyhur juga menekankan aspek ini dalam makalah Disiplin Dalam Gerakan Islam. Walhal melihat kepada sikap aktivis yang pelbagai ragam menggesa lagi agar tuntutan disiplin ini diperkembangkan. Justeru, ini adalah muhasabah yakni introspeksi buat kita semua agar meningkatkan kualiti diri bagi meninjau kembali ke dalam diri kita dalam kaca mata tarbiyyah Islam bahkan disiplin itu juga merupakan satu pentarbiyyahan buat aktivis da'wah.

Mungkin artikel kali ini agak pedas sedikit namun inilah realitinya. Disini, ingin disertakan penghormatanku kepada Allahyarhamah Ummu Nusrah. Aku tidak mengenalinya namun aku mendoakannya di alam sana dan semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita.

 

Zaiem Al Hilmee
5 Safar 1434H 
Teratak Tarbiyyah Islamiyyah An Nur  
6.32 petang 







Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      3 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      5 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      5 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      7 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      9 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      11 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft