skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Jalur Pemikiran Hudhaibiyyah & Qutbiyyah Dalam Gerakan Islam.

0 Orang Mengulas


Salamun ala' manittaba'al huda'. Hudhaibiyyah & Qutbiyyah, saya seolah-olah kini menunggu sebarang wacana mengenai dua jalur pemikiran yang hebat di dalam gerakan Islam berfikrah Ikhwan. Dua arus pemikiran ini lahir pasca kesyahidan Imam Hassan Al-Banna dan ianya tidak dinafikan merupakan satu keistimewaan di dalam gerakan Islam. Dan bagi saya, ia merupakan satu fiqh da'wah dalam mendaulatkan Islam seterusnya merakyatkan gerakan Ikhwan.

Biarpun kedua-dua aliran pemikiran mempunyai method yang sedikit berbeza, namun ianya menjadi gabungan yang amat mantap ibaratnya subset yang berkesan. Kedua-dua jalur pemikiran ini disatukan dan tiada pertembungan yang merosakkan fikrah Ikhwan secara basisnya. Kesatuan ini dapat dicapai dengan sistem usrah yang menjadi tunjang kepada kesemua ahli di dalam gerakan yang mendokong fikrah Ikhwanul Muslimin ini. Dengan merebaknya fikrah Ikhwan di hampir 70 buah negara dengan identiti nama yang berbeza, saya berkeyakinan ianya menjadi satu kebangkitan yang kuat berpaksi kepada pusat fikrah Ikhwan iaitu di Mesir.

Hudhaibiyyah Beraksi Di Parlimen


Aliran pemikiran Hudhaibiyyah adalah model gaya pemikiran Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang kedua iaitu Syeikh Hassan Al-Hudhaibi (gambar). Ia juga dikenal sebagai "Ikhwan Tarbiyyah". Model pemikiran Ikhwan Tarbiyyah seperti inilah yang banyak diterima di negara-negara lain termasuk Malaysia. Di atara tokoh Ikhwan yang menggunakan method ini ialah Syeikh Abdul Qadir Audah. Al-Hudhaibi lebih memilih perjuangan berasaskan parlimen dalam menegakkan daulah Islamiyyah seperti yang terkandung di dalam Qaedah Sulbah (tunggak yang kukuh). Konsepnya adalah lebih bersifat moden, tidak melakukan kekerasan dan memanfaatkan demokrasi berparlimen yang ada di beberapa negara bagi menegakkan syariah Islamiyyah. 

"Tegakkanlah Islam di dalam hati kamu, maka tertegaklah Islam itu di dalam negara kamu".                               
                                                                                                           (Syeikh Hassan Al-Hudhaibi)

Kita lihat sahaja tindak tanduk Hassan Al-Hudhaibi ketika memimpin Ikhwan, banyak strategi-strategi politik yang dapat menyelamatkan Ikhwan daripada tekanan pemerintah ketika itu. Dengan kaedah diplomasi hubungan luar yang berkesan, maka inilah yang dapat mengangkat kembali nafas Ikhwan daripada kekejaman 'black maria' dan penjara padang pasir yang sekian lama dikenakan terhadap ahli-ahlinya.

Gaya pemikiran seperti inilah yang menjadi model rasmi tindakan Ikhwan dan ia diteruskan sehingga kini. Tidak dinafikan bahawa pemikiran tarbiyyah yang cenderung kepada berparlimen seperti inilah menjadi momentum penting kepada kejayaan-kejayaan gerakan Islam di negara lain seperti FIS di Algeria dan lain-lain negara.

Qutbiyyah Menguasai Medan Jihad Qital

Aliran pemikiran Quthbiyyah lebih melihat kepada gaya pemikiran Syed Qutb yang juga merupakan Ketua Lajnah Da'wah Ikhwan ketika hidupnya. Syed Qutb yang terkenal dengan pemikiran tegasnya dan azimah (tiada berkompromi) telah melahirkan aliran pemikiran yang juga dikenal sebagai "Ikhwan Jihad". Ketegasan pemikiran Syed Qutb inilah yang telah memberikan satu kemenangan buat diri beliau dengan kesyahidan di tali gantung. 


Peranan konsep "Hakimiyyah" yang dijadikan tunjang kepada pemikiran Qutbiyyah ini telah didokong oleh segelintir ahli dalam Ikhwan. Aliran pemikiran Qutbiyyah lebih tegas dan ia lebih tertumpu kepada konfrontasi dan perlawanan jihad. Pemikiran Qutbiyyah hanya popular di beberapa buah negara yang waqi'enya berbeza dan memerlukan kepada method pemikiran gaya Qutbiyyah ini. Di antara tokoh Ikhwan yang menyambut method pemikiran Qutbiyyah adalah Dr. Abdullah Azzam, pejuang jihad Ikhwan di Afghanistan dan Syeikh Izzuddin Al-Qassam di Palestin. Namun, gerakan Ikhwan yang berpemikiran Qutbiyyah ini masih terpukul di beberapa buah negara.

"Saya sangat mengagumi kenyataan seorang da'ie dalam majalah "Al-Mujtama", mengenai perkara ini (pandangan baru fiqh da'wah). Dia mengakui betapa penting dan besarnya peranan Al-Syahid Syed Qutb dalam menjelaskan dan menentukan manhaj tarbiyyah harakiyyah gerakan Islam. Demikiran juga peranan yang dimainkan oleh As-Syahid Abdul Qadir Audah dalam menentukan method perundangan Islam setelah berlakunya kebangkitan dan kesedaran umum Islam yang diidamkan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Ia mempersiapkan kedua-dua mereka dengan kesedaran itu. Begitu juga peranan ketahanan pendirian yang ditunjukkan oleh Imam Hassan Al-Hudhaibi".
                                                         (Muhammad Ahmad Al-Rasyid; kitab Al-Munthalaq)

Saya yakin kedua-dua pemikiran ini merupakan keberlangsungan legasi method pemikiran Hassan Al-Banna yang merangkumi kedua-duanya. Kedua-dua jalur pemikiran ini saling lengkap melengkapi dalam mengimplementasi 'tajarrud' di dalam gerakan Islam. Hebat bukan?

Zaiem Al-Hilmee
26 Jamadil Awal 1433 H
Teratak Tarbiyyah An-Nur
Kota Kinabalu.






Bangkit 2.0 + Bersih 3.0 = Bangkit Bersih!

0 Orang Mengulas







Faham Tarbiyyah: Antara Gen X & Gen Y

0 Orang Mengulas


Saya kebelakangan ini begitu agak banyak menghadami karya-karya muwajih dari sahabat-sahabat PKS iaitu dari Partai Keadilan Sejahtera seperti Ustaz Satria Hadi Lubis, Ustaz Salim A.Fillah, Ustaz Cahyadi Takariawan ataupun dikenal sebagai Pak Cah.

Sosok tubuh yang lahir dari perut PKS inilah yang agak tegar membahasakan penceritaan tarbiyyah harakiyyah dalam bentuk yang ringan dan mudah difahami sehinggakan boleh membuahkan cinta kepada tarbiyyah.

Di Malaysia juga ramai, bukan sahaja dalam karya berbentuk buku namun juga melalui penulisan alam maya seperti Ustaz Riduan Mohd Nor, Hilal Asyraf, Bro Hamzah, dan ramai lagi yang saya tidak sertakan disini. Saya usaha membuka dimensi dalam ruang lingkup pemahaman dan penyegaran idea-idea bagi mengulas nota-nota tarbiyyah yang dilihat usang oleh sesetengah aktivis da'wah sekaligus merasa jemu dan hilanglah kemanisan dalam menghayatinya bagi diimplementasi pada jalan da'wah.

 

Penyegaran nota-nota tarbiyyah ini amat-amat perlu kerana biasanya kitab yang menekankan penceritaan ruang lingkup tarbiyyah agak berat seperti Al-Munthalaq, Risalah Ta'alim, Al-Usrah Wa Da'wah, Durus Fil Amal Al Islami dan lain-lain lagi. 

Perlu diketahui dan difahami bahawa dalam era masa kini, wujud dua kelompok pemikiran iaitu pemikiran generasi X ataupun Gen X dan generasi Y dengan sinonimnya Gen Y. Pemahaman kedua-dua generasi ini agak berbeza, di antara faktor yang membawa kepada jurang pemahaman adalah faktor zaman, cara berfikir mengikut worldview gen masing-masing dan juga amalinya.

Gen X Vs Gen Y

Gen X mungkin mudah memahami segala pengisian kitab dalam kaedah yang berbeza, dan Gen Y juga perlu memahaminya dalam keadaan dan teknik yang berbeza. Ini kerana, yang hendak dicapai dalam pentarbiyyahan ialah pemahaman yang tinggi dan atas dasar inilah Al-Banna telah menggariskan 'al-fahmu' sebagai asas pertama dalam arkanul bai'ah dalam mengukuhkan fikrah para rijal.

Secara mudahnya, saya membuat analoginya ini, lihat saja pelajar-pelajar sekolah di zaman era 70an-80an, cara mereka belajar mungkin hanya satu 'option' sahaja iaitu sewaktu di kelas dengan mengikut tatacara guru 100%, namun di era zaman kini banyak pilihan yang lain iaitu dengan belajar melalui peta minda, teknik-teknik pembelajaran berkesan atas matlamatnya semata-mata iaitu faham ilmu.

 Apa yang saya hendak menonjolkan di sini adalah usaha kita dalam menghasilkan nota-nota usrah yang segar berupa syarah ataupun ulasan daripada kitab-kitab tarbiyyah harakiyyah. Yang pastinya, asalkan ia diulas dengan disiplin ilmu yang tidak bercanggah dengan maksud asal dan sumber dalil.

"Keutamaan da'wah kita ialah usaha menyedar dan menghidupkan akal, hati, perasaan dan jiwa. Kita mahukan jiwa yang hidup, hati yang sentiasa segar, perasaan yang bersemangat, akal yang faham, ruh yang bercita-cita besar untuk mencapai idealisme dan objektif yang tinggi".
                                                    (Method Pemikiran Hassan Al-Banna; Dr. Jum'ah Amin)

Untuk masa akan datang, satu reformasi tarbiyyah perlu dibuat dengan penulisan karya nota-nota usrah yang terisi dengan idea-idea segar dan ia perlu menggambarkan bahawa tarbiyyah itu harus diterima dengan kecintaan dan halawah.

Tarbiyyah Bukanlah Matlamat



Kita tidak menafikan, ada diantara aktivis da'wah yang sudah berkecimpung pada jalan da'wah dengan masa yang lama seperti 10 tahun ke atas dan besar kemungkinan akan berlaku merasa jemu, bosan, jenuh pada tarbiyyah. Maka, satu solusi diperlukan bagi memastikan mereka sentiasa berada dalam proses pentarbiyyahan dan kefahaman yang mendalam sehingga dapat melahirkan amal. Atas sebab itu, janaan idea-idea dalam menyegarkan ruang lingkup tarbiyyah itu diperlukan sebagai tatapan dan bekalan buat aktivis da'wah.

"Tarbiyyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan tarbiyyah" 
                                                                                                             (Syeikh Mustafa Masyhur)

Jelas di sini bahawa tarbiyyah bukanlah matlamat yakni ghayah, namun matlamat kita adalah mardhatillah. Untuk mencapai mardhatillah iaitu ghayah, maka tarbiyyah itu merupakan medan dan wasilah kita. Pemahaman dan aspek-aspek tarbiyyah ini diperlukan sebagai satu ketahanan (imuniti) aktivis da'wah kepada jalan da'wah yang berliku dalam menyiapkan diri sebagai rijalud da'wah dan rijalud daulah. 

Satu pesan saya kepada aktivis da'wah, segarkanlah tarbiyyah dan jaga tarbiyyah anda... 

Zaiem Al-Hilmee
19 Jamadil Awwal 1433 H
Teratak Tarbiyyah An-Nur
Kota Kinabalu.





BERSIH 3.0

0 Orang Mengulas







Maaf, Aku Tidak Dapat Mencintaimu..

3 Orang Mengulas


Mereka bertemu setelah memeterai 'janji' untuk hidup bersama sebagai suami dan isteri yang sah. 

"Moga Sakinah boleh menjadi pelengkap hidup saya nanti" kata Farid kepada bakal isterinya, Siti Nur Sakinah. 

"Insya Allah abang, saya akan berusaha menjadi isteri yang taat dan solehah" balas Sakinah. Pertemuan di rumah bertemankan anak saudaranya, begitu hening dan damai. 

"Jangan banyak berjanji, takut tak tertunai. Cukup beritahu abang yang Sakinah akan buat yang terbaik dalam hidup. Itu sahaja" Farid seperti mengingatkan. 

Bertemu dalam satu 'gelanggang' perjuangan yang sama sangat mengujakan. Masing-masing dengan aspirasi dan teori dakwah serta impian kasih-sayang yang tinggi melayang. 

Walaupun Farid seorang yang dihormati di kalangan sahabat-sahabatnya. Dia pernah memimpin ketika di kampus dahulu. Namun, dia tidak 'meninggi diri' tatkala berkata soal kehidupan realiti. 

"Abang pilih Sakinah kerana perjuangan, kerana kehidupan abang penuh perjuangan. Sebab itu abang tak mengharap apa-apa pada Sakinah" kata Farid kepada isterinya suatu hari. 

"Maksud abang? Abang tak cintakan Sakinah?" soal Sakinah. Begitu naluri wanita

"Bukan begitu sayang. Abang sayang Sakinah. Abang harap Sakinah boleh menyayangi kehidupan abang sepertimana abang menyayangimu" balas Farid. Syahdu seketika.

Selepas empat tahun, setelah kelahiran anak ketiga mereka, Farid semakin sibuk menguruskan kehidupan, keluarga dan dakwahnya. Seperti biasa, kerja dakwah sangat banyak berbanding keluarga. 

Farid masih lagi utuh menjadi manusia, daie dan pejuang yang istiqamah.

Kehidupan mereka sedikit sebanyak berubah. Sakinah sudah mula merungut akibat kepulangan Farid yang selalu sahaja lewat, tengah malam. 

"Abang, kalau boleh janganlah pulang lewat sangat. Tak kasihan pada anak-anak? Sakinah?" tegur Sakinah. 

"Maaf sayang. Abang ada urusan mesyuarat bersama sahabat-sahabat dalam parti tadi. Kebetulan selepas itu ziarah sahabat yang baru sahaja kehilangan anaknya dalam kemalangan" jawab Farid perlahan. Dia menarik nafas sedikit kerana kepenatan baru pulang. 

Jam di dinding berlalu menunjukkan 1.30 pagi. 

"Urusan, urusan juga, tapi jangan sampai tinggal keluarga.." jawab Sakinah semula. 

"Abang bukan tinggal terus sayang, hm..tak apelah usah dipanjangkan ya, Insya Allah abang cuba buat yang terbaik" kata Farid. 

Suatu hari, anak ketiga mereka jatuh sakit. Demam panas. 

Setelah dua minggu di hospital, keadaan semakin kritikal. Demam panasnya memberi kesan kepada jantung dan paru-paru. Peluang sembuh hanya 20 peratus.

Tanpa diduga, Allah lebih menyayangi anaknya. 

"Abang, kita dah hilang seorang anak kita.." ujar Sakinah sedih. 

"Allah uji kita. Moga diganti dengan yang lebih baik. Kita redha dengan takdir ini sayang" balas Farid menenangkan isterinya. 

"Saya tidak mahu kehilangan abang pula" kata Sakinah lagi. 

Selepas kehilangan anaknya yang ketiga. Farid pasrah. Perjuangannya dan kehidupannya. Semua itu menyesakkan dadanya. Benarlah kadang-kala keluarga menjadi sebahagian dari halangan perjuangan. 

Namun ia juga adalah tanggungjawab yang diamanahkan Allah. 

"Sakinah.. Abang mohon maaf seandai tidak menjadi suamimu yang baik" Farid berkata suatu ketika. 

Dia menyambung, " Sesungguhnya, abang memang menyayangimu.." 

"Terima kasih abang. Sakinah juga sayangkan abang.." jawabnya. 

"Tetapi, abang tidak dapat menyintaimu" balasnya. 

Sakinah terdiam. 

"Jika memilih antara perjuangan, abang tidak dapat menyintaimu seperti mana orang lain bercinta" tambahnya lagi. 

"Maaf takrifan cintaku begitu. Abang sayang padamu, tetapi abang tidak dapat menyintaimu.." 

"Abang..." sayup suara Sakinah. 

Farid semakin jauh.. 

Zaiem Al-Hilmee
12 Jamadil Awwal 1433 H
Teratak Tarbiyyah An-Nur
Kota Kinabalu.





Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      3 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      5 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      5 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      7 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      9 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      11 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft