skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Lagi Wallpaper Mujahideen Islam!!

0 Orang Mengulas


Salam alayk'. Melihat kepada entri yang sebelumnya, penulis telah paparkan tiga rekaan wallpaper daripada pereka-pereka yang kian mendalami dalam bidang ini. Kali ini pula, penulis mendapat satu lagi rekaan wallpaper Mujahideen Islam hasil sentuhan Akh Azril.

Hasil janaan idea Akh Azril

Amat teruja dan seronok rasa apabila melihat wallpaper yang begitu menarik dengan idea tersendiri. Tahniah Akh Azril! Enta memang berbakat sepertimana Ukht Miyati, Ukht Yana dan Ukht Eyka hasil tunjuk ajar daripada Akh Fiqa Muhammad dan Akh Sabirin.

Dengan cabaran yang penulis lontarkan kepada mereka untuk menghasilkan wallpaper Mujahideen Islam dengan tema "Memperkasa Dakwah, Mempertahankan Ummah", sudah cukup untuk melihat kreativiti-kreativiti hasil janaan idea masing-masing.

p/s: Nampaknya, i luv islam dah ada 'teman' pereka wallpaper islamik. Syabas!





Mujahideen Islam Ada Wallpaper?

2 Orang Mengulas


Salam alayk'. Dalam keadaan sekarang yang dipenuhi dengan teknologi semasa, penulis memanfaatkan ruang-ruang sebegini dengan memiliki wallpaper tersendiri bagi blog Mujahideen Islam ini. Bagi menghargai usaha dan idea daripada sahabat penulis yang bersusah payah memerah keringat untuk me'reka' wallpaper ini, maka hasilnya penulis pamerkan di laman blog ini.

 Sentuhan daripada Ukht Miyati

Hasil tangan Ukht Eyka Zulaikha

Ukht Yana Rauf menterjemahkan ideanya

Amat baik sekali jika ruang-ruang seperti ini dirintis oleh para pendakwah, tambahan pula para mad'u khususnya golongan muda tertarik kepada rekaan-rekaan yang menarik apatah lagi jika rekaan tersebut berteraskan Islam sebagai salah satu ruang bagi dakwah Islamiyyah. Kebanjiran poster-poster dan wallpaper yang tidak menutup aurat dan berunsurkan perkara yang sia-sia menyebabkan minda masyarakat mengalami kerosakan pada hari ini.

Justeru itu, maka perlunya diadakan satu 'alternatif' bagi menggantikan poster-poster yang sia-sia tersebut kepada poster atau wallpaper yang menyeru kepada kehidupan bersyariat. Islam tidak mengharamkan dan menidakkan sesuatu perkara melainkan dengan diadakan sesuatu yang lebih baik kepada manusia sebagai sumber alternatif. 

Contohnya seperti, Islam mengharamkan arak, maka didatangkan minuman yang baik seperti air zam-zam dan lainnya. Islam mengharamkan tenung nasib, maka dihidangkan kepada manusia solat istikharah sebagai pemudahcara. Islam mengharamkan perzinaan, maka dihukumkan untuk berumahtangga melalui gerbang perkahwinan. Islam mengharamkan parti sekular yang menolak Islam lagi munafik dari aspek politik, maka didatangkan parti yang memperjuangkan Islam sebagai cara hidup yang syumul.

p/s: Maka, jom manfaatkan wallpaper dan poster islamik sebagai ruang-ruang dakwah. Selamat beramal! 





Satu Fikrah & Satu Amal

0 Orang Mengulas



Salam alayk'. "Satu Fikrah, Satu Amal". Penulis tertarik dengan tema yang dilaungkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) selaku komuniti mahasiswa Melayu terbesar di Mesir Ardhul Kinanah. Rapatnya penulis dengan PMRAM ini bermula apabila bersahabat dengan seorang Felo MANHAL (Badan Fatwa) PMRAM selaku mantan Presiden PMRAM iaitu Ustaz Hairul Nizam Mat Hussin. Kadang-kadang terdetik pula rindu ingin menjenguk anak beliau iaitu Fatimah Nabawiyyah.


Daripada tajuk entri, penggerak-penggerak dakwah seharusnya diambil berat mengenai kejelasan fikrah Islamiyyah (pemikiran Islam) dan meneliti  nilai "faham" yang tinggi khususnya di dalam meneliti satu aliran fikrah berkenaan. Penyeruan terhadap galakan agar penggerak dakwah mempunyai nilai faham atau intelektual yang tinggi juga telah disentuh oleh ulama sufi iaitu Said Hawwa di dalam kitabnya, "Jundullah, Tsaqafatan Wa Akhlaqan". Ketidakjelasan penggerak dakwah terhadap fikrah yang didokongi menyebabkan kekeliruan dalam melahirkan amal dan juga bermasalah dalam meng'implementasi' konsep "tajarrud" yang telah digubal di dalam arkanul bai'ah oleh jamaah Ikhwanul Muslimin. 




Perbezaan Islam & Fikrah Islamiyyah (Suatu Pengenalan)


Seringkali telah diutarakan bahawa Islam dan fikrah Islamiyyah adalah dua hal yang berbeza namun mempunyai kesinambungan yang tersendiri. Seperti yang dikemukakan oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali, "Sesungguhnya fikrah Islamiyyah bukanlah Islam, tetapi ia merupakan ciptaan akal ataupun ijtihad muslimin pada jalan Islam. Islam pula merupakan wahyu iLlahi yang bersifat maksum (aman dari kesalahan) yang diturunkan kepada Nabi, dan fikrah Islamiyyah pula perkara yang diadakan atau dicipta, tertunduk kepada kanun perubahan.

Fikrah Islamiyyah tidaklah maksum daripada kesalahan dan kelemahan, manakala Islam pula bersifat maksum (aman dari kesalahan, kecacatan dan kelemahan) secara keseluruhannya. Kitab Islam iaitu Al-Quran baginya segala kesucian dan baginya hak ketaatan secara mutlak terhadap orang-orang beriman, manakala fikrah Islamiyyah pula tidaklah diwajibkan taat kepadanya kecuali apa yg bertepatan dengan Al-quran dan As-Sunnah (risalah) . Ini kerana fikrah Islamiyyah tertunduk kepada kritikan dan bangkangan". 


Marattibul Amal & Muwasafat Tarbiyyah



Dakwah Ikhwan telah menyediakan satu 'guideline' peringkat-peringkat amalan yang mana dipamerkan dalam marattibul amal dimana perlunya penegakkan peringkat-peringkat ini satu demi satu secara beransur-ansur dan berterusan iaitu bermula dengan fardi Muslim (individu Islam), bait al-muslim (keluarga Islam), mujtama muslim (masyarakat Islam), daulah Islamiyyah (negara Islam), khilafah Islamiyyah (pemerintahan khilafah), empayar Islam dan seterusnya ustaziatul alam (penguasaan alam). Melihat kepada marattib ini sahaja telah menjelaskan kepada kita bahawa perjuangan masih panjang dan penuh berliku.


10 muwasafat tarbiyyah yang merupakan ciri-ciri yang perlu ada pada individu yang ditarbiyyah. Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

1.  Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
2.  Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
3.  Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
4.  Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
5.  Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
6.  Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
7.  Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
8.  Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
9.  Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

p/s: Fikrah yang jelas melahirkan amal yang sempurna. Mempraktikkan konsep 'al-fahmu' dalam kehidupan adalah keperluan. Satu fikrah, Satu Amal.







Sekitar Ekspedisi Dakwah "Kembara Ilmu"

0 Orang Mengulas



Salam alayk'. Daripada entri yang lepas, penulis telah memaklumkan bahawa akan memasukkan gambar-gambar sekitar ekspedisi "Kembara Ilmu" di Kampung Senah Rayang, Padawan Sarawak. Tidak perlu menulis panjang, namun paparan gambar yang diambil dapat memberitahu segalanya kepada anda semua. Semoga bermanfaat.



p/s: AlhamduliLlah. Itu sahaja ungkapan yang penulis mampu ucapkan.





Ekspedisi Dakwah "Kembara Ilmu" Di Perkampungan Muallaf

0 Orang Mengulas



Salam alayk'. Perjalanan berkampung selama dua hari  iaitu pada 30hb April hingga 1 Mei 2011 di Kampung Senah Rayang, Padawan Sarawak memberikan seribu makna buat penulis. Program Ekspedisi Dakwah yang dinamakan "Kembara Ilmu" ini dianjurkan dengan oleh organisasi penulis dengan kerjasama daripada Darussyifa', Jabatan Kesihatan Negeri, Urusetia Saudara Kita (USK) dan juga JAKIM Cawangan Sarawak.


Tidak dinafikan dua tarikh program untuk ekspedisi ini menyebabkan penulis tidak dapat memberikan komitmen pada dua program yang lain kerana berlaku pertembungan. Sebelum itu, penulis meminta maaf kepada sahabat-sahabat kerana tidak dapat menghadirkan diri ke mesyuarat agung (muktamar) yang merupakan medan muhasabah khususnya untuk para-para penggerak dakwah di bumi kenyalang yang dijadualkan diadakan di Sibu dan juga kepada sahabat mahasiswa daripada UNIMAS yang telah menjemput penulis untuk memberi pengisian di dalam program yang dijalankan, namun permintaan itu tidak dapat penulis penuhi.


Jalan Masuk Kampung & Anak Angkat






Perjalanan masuk ke kampung Senah Rayang daripada jalan utama sangat 'mencabar'. Jalan yang rosak dan tidak diperbaiki menyebabkan penulis berasa semacam berada di dalam roller-coaster biarpun menggunakan kenderaan 'pick-up' Ford Ranger. Sedang dalam perjalanan, penulis mendengus di dalam hati, "Siapalah pemimpin masyarakat di daerah ini??"




Selesai slot pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh dua pihak iaitu Jabatan Kesihatan Negeri (perubatan moden) dan Darussyifa' (perubatan alternatif). Slot "Pembahagian Anak Angkat" bermula dengan melibatkan penduduk keluarga Kg. Senah Rayang yang majoritinya berbangsa Bidayuh Islam. Penulis yang mendapat "mak angkat" iaitu Puan Rohani dan tiga orang adik angkat iaitu Akhmal (Mai), Haikal dan Azri. Alhamdulillah, mereka sungguh mesra terutama gelagat Azri yang sentiasa tidak lepas dari memegang tangan penulis dan seringkali mengajar penulis berbahasa Bidayuh.


Forum Bicara Ummah: "Akhlak Islamiyyah"


Pada sebelah petang hari yang pertama pula diadakan program riadhah bersama penduduk kampung iaitu dengan acara-acara menarik seperti perlawanan bola sepak (lelaki/bapa/belia), mengupas kulit epal (wanita/ibu) dan sukaneka (kanak-kanak), pada sebelah malamnya pula diadakan "Forum Bicara Ummah" dengan tajuknya "Akhlak Islamiyyah".


Dengan taklifan penulis yang menjadi moderator forum dan dibarisi oleh tiga orang ahli panel iaitu Ustaz Kariah Bin Abd Rahman (Pen. Pengarah Bahagian Dakwah, JAKIM Sarawak yang juga lulusan Ijazah Sarjana Dakwah & Kepimpinan dari UKM), Ustaz Mohd Syahnan Bin Mohd Zain (Pensyarah Politeknik Kuching dengan kelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan Islam dari UTM Skudai) dan Ustazah Zainab Binti Mohd Ahmad (Pensyarah Politeknik Kuching lulusan Ijazah Sarjana Syariah Islamiyyah (Jinayah & Siasah) dari Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara). Dengan kemantapan tiga orang ahli panel ini, slot forum pada malam itu berjalan dengan lancar dan proses perkongsian ilmu menjadi lebih mudah ditambah dengan senda gurau yang menjadi daya tarikan ahli panel.


Air terjun Kg. Senah Rayang

Pada hari terakhir, ceramah motivasi dilakukan di dua tempat pada masa yang sama iaitu Seminar Keibubapaan (ibu/bapa) di Surau dan Motivasi Pelajar (belia/kanak-kanak) di Dewan Serbaguna Kg. Senah Rayang. Majlis perasmian penutupan program ini diadakan pada jam 11.30 tengahari juga di dewan serbaguna kampung tersebut.


p/s: Penulis insyaALlah akan 'upload'kan keseluruhan gambar pada entri yang seterusnya. Waterfall Kg. Senah Rayang, tidak akan kulupakan!







Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      3 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      5 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      5 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      7 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      9 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      11 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft