skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Bertemu Haji Ayub..

8 Orang Mengulas



Salam alayk'.. AlhamduliLlah, syukur kepada ALlah SWT yang telah memberikan penulis kekuatan untuk meneruskan gerakkerja dakwah di jalanNya. ALlah SWT telah mentakdirkan penulis untuk bertemu dengan di antara da'ie yang begitu luas pengetahuannya dalam perbandingan agama iaitu Haji Ayub. Pertemuan penulis dengan Haji Ayub adalah dalam rangka penulis dan para sahabat menyelesaikan suatu isu ancaman mengenai "convert" dan disini apa yang penulis hendak perkatakan bukanlah convert dari Islam ke Kristian, tapi dari Kristian ke Islam. ALhamduliLlah, sinaran hidayah ALlah telah berjaya menerangi sahabat penulis yang dahulunya Kristian dan baru-baru ini memeluk agama Islam. Sememangnya begitu banyak ujian fizikal dan mental yang dihadapi oleh sahabat penulis sehingga membawa kami turun naik ke Majlis Agama Islam Sarawak bagi meminta nasihat dan akhirnya bertemu dengan Haji Ayub.



Penulis (berjaket hitam) bersama Tuan Haji Ayub (tengah) dan sahabat-sahabat penulis yang cintakan Islam

Dengan menaiki motorsikal meredah lorong-lorong di bandar Kuching, kami menuju ke Hotel ******* *** bagi berjumpa dengan Haji Ayub setelah membuat temu janji pada pukul 5 petang di lobi hotel. ALhamduliLlah, Haji Ayub telah memberikan pandangan yang begitu bernas dalam membantu kami menyelesaikan masalah ancaman-ancaman yang dihadapi oleh sahabat penulis yang baru memeluk agama Islam. Penulis juga berkesempatan bertanyakan soalan mengenai sedikit mengenai kandungan "Bible" dan Haji Ayub menyarankan penulis agar mengikuti "Bible Studies".. InsyaALlah, penulis cuba usahakan. Untuk lebih mengetahui siapa Haji Ayub, mari kita kenalinya!!

Haji Ayub Abdul Rahman 59, sendiri dahulunya seorang seorang pendita atau Paderi Besar Kristian yang lebih dikenali sebagai Reverend Anthony Samy Perumal Viagulam dan pernah berkhidmat di Gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter Jerman selama hampir 10 tahun. Gereja tersebut atau lebih dikenali sebagai Englische Kirche (Gereja Inggeris) merupakan satu-satunya gereja di Jerman yang menggunakan medium Bahasa Inggeris yang beraliran Anglican Episcopal Church. Ia sering menjadi tumpuan penganut Kristian terutamanya dari Amerika Syarikat dan Britain serta lain-lain negara Eropah.

Bagaikan jauhari mengenal manikam. Haji Ayub adalah tokoh yang selayaknya memperkatakan ajaran Kristian dan amat mengetahui semua isi dan selok belok kitab Injil itu. Komitmen beliau yang begitu padu terhadap Islam terutama dalam gerakan dakwah dan kebajikan Islam mendapat penghargaan banyak pihak dan terbaru, beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak (Saudara Baru) 2005.
Beliau mempunyai fasa-fasa hidup yang cukup menarik bermula dari seorang yang begitu mengabadikan diri terhadap Kristian, akhirnya dilimpahkan dengan nur dan hidayah Allah untuk memeluk Islam pada 4 September 1978.

 “Saya telah mempunyai kehidupan yang begitu sempurna semasa menjadi paderi” katanya ketika ditemui di Yayasan Jenderami, Dengkil, Sepang di Selangor baru-baru ini. Kesempurnaan yang dinikmati dalam institusi gereja itu membolehkan Anthony mengecap kesenangan dalam hidup. “Segala-galanya disediakan dan diberi percuma oleh pihak gereja. Daripada orang yang akan membasuhkan tandas kita sehinggalah pemandu dengan kenderaan mewah untuk membawa saya ke mana sahaja. “Ini tidak termasuk tiket-tiket penerbangan kelas pertama ke hampir seluruh pelusuk dunia. Jadi saya tidak ada masalah sepanjang berkhidmat untuk gereja kerana apa sahaja yang dihajati akan segera dipenuhi,” katanya yang telah menjejaki 22 negara bagi menjayakan misionari Kristiannya.

Tugas sebagai Biecht-vader iaitu mengampunkan penganut Kristian yang berdosa turut memberikan kepuasan kepada jiwa Anthony ketika itu. Pernah kata Ayub, beliau diminta mengampunkan penghuni kubur atas permintaan keluarga si mati. Sehinggalah pada suatu hari berdasarkan pembacaan kitab Bible, perasaan beliau yang setenang air di kali selama ini mula terganggu. “Tanpa seseorang itu dibaptiskan, tidak memungkinkan seseorang itu menghuni syurga!”

“Apabila saya terbaca ayat itu, hati saya begitu terusik. Ini kerana secara tiba-tiba saya terkenangkan jiran-jiran saya di Kampung Pelanduk Jatuh, Bukit Mertajam Pulau Pinang. “Mereka merupakan jiran yang sangat baik. Sehinggakan saya masih ingat walaupun mereka menjalani ibadat puasa Ramadan, kami sekeluarga adalah orang pertama yang akan menerima juadah berbuka puasa mereka". “Mereka tidak akan berbuka selagi kami tidak menerima juadah tersebut walaupun kami bukannya beragama Islam. Ia memang satu situasi yang mengharukan. “Begitu juga apabila ada ahli keluarga saya sakit dan memerlukan rawatan segera ke hospital, jiran-jiran Melayu saya inilah yang akan bersusah payah menggunakan kenderaan mereka untuk membawa kami ke hospital dan mereka tidak pernah berkira". “Saya kira mereka merupakan jiran terbaik yang pernah saya jumpa” kata Haji Ayub.

Apabila mengenangkan kebaikan jiran-jirannya itu dan ajaran Kristian, Anthony begitu terusik kerana kebaikan mereka itu akan berakhir dengan masuk ke neraka!.“Saya benar-benar sedih kerana mereka ini tidak pernah dibaptiskan maka tentunya mereka tidak akan layak masuk ke syurga Allah. “Sehinggakan buat pertama kali saya memperkenalkan sembahyang malam yang sebelum ini tidak ada dalam cara orang Kristian beribadat. Ini kerana saya benar-benar memerlukan jawapan mengenai persoalan ini,” jelasnya.

Oleh kerana memiliki kunci pintu gereja maka pada suatu malam, dihadapan altar beliau sembahyang dan ‘merayu’ kepada tuhan supaya jiran-jirannya itu dikecualikan daripada memasuki neraka. Namun bagi Anthony sudah sampai tahap dan masa untuknya mengubah akidah umat Islam itu sendiri. Lantas beliau memohon kebenaran pihak gereja untuk mengkaji dan mendalami al-Quran yang bakal dijadikan senjata untuk melumpuh dan melemahkan umat Islam itu sendiri. Permintaan Anthony segera dipenuhi malah pada tahun 1973 beliau dihantar ke Millhill Missionary Institute di utara London bagi membolehkan paderi ini mempelajari Islam sebanyak mana yang beliau mahu.

“Pada mulanya untuk selama tiga bulan, tetapi saya lanjutkan sehingga enam bulan kerana telah direncanakan oleh tuhan, saya tidak menemui apa yang dicari kecuali jika terus mencari apa yang ditemui hanyalah keindahan Islam. “Tiada kecacatan langsung mengenai Islam malah kalau ada 10 kitab al-Quran yang didatangkan dari mana-mana negara di hadapan saya. Baik sama ada dari Afrika, Asia malah dari Eropah sendiri, yang saya jumpa hanyalah ayat-ayat yang sama.

“Kata-kata Allah itu begitu terpelihara dan tidak berubah oleh sebarang tokok tambah dan pengurangan. Malah nama agama itu sendiri, memang ada tertulis di dalam al-Quran dan makna dari ayat 85 Surah al-Imraan benar-benar mengejutkan saya sehingga saya menjadi lebih ketakutan.


وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِيناً فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maksudnya: "Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi". (Al- Imraan: 85)


“Jadi, siapa sebenarnya yang akan rugi di hari akhirat kelak?,” katanya.

Menurut Haji Ayub, adalah tidak mudah sebenarnya untuk beliau menerima Islam kerana dirinya sangat berpengetahuan dalam ajaran Injil itu sendiri sehinggakan banyak mengunjungi tempat suci orang Kristian di seluruh dunia. Peluang yang tidak diperolehi oleh penganut lain. “Ditambah dengan persekitaran hidup dalam biara dan sentiasa dipantau oleh pihak gereja sehinggalah oleh pihak Vatican di Itali,” katanya.

Namun 4 September 1978 mencatatkan tarikh yang bersejarah apabila paderi ini akhirnya dengan seikhlas hati mengakui keesaan Allah s.w.t sebagai tuhan yang satu yang tidak disekutukan dengan mana-mana makhluk lain termasuk Nabi Isa a.s. Beliau di Islamkan di bumi Sarawak sebagai saksi dengan dibantu oleh Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, Tun Patinggi Abdul Rahman Yaacob. “Jadi, tahulah anda dari mana saya mendapat nama Abdul Rahman selepas saya memilih Ayub sebagai nama Islam saya,” katanya.

Rupa-rupanya tindakan Ayub memeluk Islam itu bukan sahaja menimbulkan kejutan kepada banyak pihak namun yang lebih tidak sangka-sangka sehingga membahayakan nyawanya pada masa itu. “Tidak dapat dilupakan bagaimana takut dan ngerinya saya pada masa itu apabila rumah yang saya diami dibaling orang dengan ketulan-ketulan batu. “Tidak sangka tindakan saya memeluk Islam tidak disenangi oleh sesetengah pihak,” katanya.

Demi keselamatan dirinya, Haji Ayub terpaksa menyembunyikan diri di Jeddah, Arab Saudi dan di Tanah Haram, Mekkah Al Mukarramah selama tiga tahun. “Tetapi begitu sekali kekuasaan Allah! Jika tidak kerana persembunyian ini tentulah saya tidak berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Saya benar-benar bersyukur kerana diberikan peluang yang sebegini hebat.

“Bagai tidak percaya, baru sehari dua mengucapkan kalimah syahadah di tanah air tetapi Rumah Allah, Kaabah itu kini berada di hadapan mata dan saya tidak mampu menahan air mata yang mengalir. Seumur hidup tidak pernah menangisi diri tetapi saya benar-benar merasakan diri ini begitu kerdil dan hina berbanding nikmat iman yang diberikan oleh-Nya kepada saya,” katanya.

Selama tiga tahun itu, Haji Ayub mengambil kesempatan mendalami Islam dalam semua aspek terutama al-Quran bagi menambahkan keyakinan dan memberikan kekuatan sebagai seorang yang baru dalam Islam. Hanya kebelakangan ini sahaja, Haji Ayub memberanikan diri berdakwah secara terbuka termasuk memasuki segenap pelusuk pedalaman Sarawak dan Semenanjung bagi menyebarkan Islam sambil melakukan pelbagai kerja kebajikan.

Namun seperkara yang menarik mengenai Haji Ayub ini apabila setiap hujung minggu, beliau ‘menukar’ statusnya sebagai pemandu pelancong. “Hujung-hujung minggu saya pasti berada di perkarangan masjid-masjid di sekitar Kuching. Di situ saya berperanan sebagai pemandu pelancong kerana ramai menjadikan Masjid Bahagian Kuching sebagai destinasi kunjungan mereka setiap kali datang ke sini.

“Daripada mereka terjengok-jengok dan tiada sesiapa membantu untuk menjelaskan fungsi dan peranan masjid, adalah lebih baik saya menemui rombongan pelancong yang rata-ratanya warga Barat itu dan mengajak mereka masuk dan melihat sendiri keadaan dan suasana masjid,” katanya yang telah tiga kali mengerjakan haji dan bercadang ke Tanah Suci sekali lagi tahun ini.

Kebanyakan mereka ini, kata Ayub, mempunyai salah tanggapan mengenai Islam dan masjid itu sendiri. Ini termasuklah percaya terdapat patung Nabi Muhammad dalam masjid kerana menganggap baginda merupakan tuhan yang memperkenalkan agama yang mereka panggil sebagai “Muhamaddan”, golongan wanita dinafikan hak mereka untuk beribadat di masjid dan sebagainya. “Jadi saya ajak mereka masuk dan lihat sendiri akan ‘patung’ tersebut. Ini kerana mereka mungkin menganggap ajaran Islam seperti ajaran Kristian yang terdapat patung Jesus di dalam gereja.“Tetapi apabila mereka mendapati suasana di dalam masjid tidak seperti yang mereka sangkakan, lalu mereka kehairanan.

Di sinilah saya mengambil kesempatan memberi gambaran sebenar mengenai masjid dan terangkan mengapa tidak perlu adanya sebarang patung, apa itu arah kiblat dan sehinggalah mengapa diasingkan jemaah lelaki dan perempuan. “Apabila tiba waktu sembahyang, saya meminta mereka melihat sendiri bagaimana orang Islam sembahyang dan saya bersedia menjawab apa juga persoalan yang diajukan selepas itu. “Begitu juga apabila kedengaran seruan azan yang mereka anggap sebagai lagu ibadat paling merdu yang pernah mereka dengar, saya akan jelas makna di sebalik ‘lagu merdu’ itu,” katanya yang menggunakan kelebihan berbahasa Jerman dan Inggeris bagi tujuan ‘dakwah’ itu.
Haji Ayub berkahwin dengan Baiti Adenan, 59, dan mempunyai dua anak lelaki, Musa, 22, dan Isa, Ayub, 20, meniti kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia. Menariknya, beliau lebih kerap memanggil anak-anak lelakinya itu dengan panggilan ‘Moses’ and ‘Jesus’. “Pernah ada yang meminta kepastian dari saya, benarkah dengan menggunakan telefon bimbit saya sedang bercakap dengan Nabi Musa dan Nabi Isa?,” katanya sambil tertawa kecil.

Haji Ayub benar-benar Muslim yang berbeza. Beliau mempunyai senarai kerja kebajikan yang panjang di Kuching. Antaranya Out Reach HIKMAH, Naib Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Sarawak, Jawatankuasa PERYATIM, Sarawak dan Perkim Sarawak.

p/s: Syukran Jazillan Haji Ayub atas ilmu yang dikongsi.. Posting nie antara yang terpanjang! fuh!..





Jom Menimba Ilmu!!!

2 Orang Mengulas






p/s: Wah! Satu program yang menakjubkan!! Jom pergi beramai-ramai..





Boikot Berstrategi "Facebook" Dilancarkan!!!

0 Orang Mengulas


BOIKOT BERSTRATEGI  
FACEBOOK
KERANA
MENGHINA RASULULLAH SAW



JANGAN "LOG IN" FACEBOOK SELAMA SEMINGGU
( DARI 20 HINGGA 27 MEI 2010)
BOIKOT SESI PERTAMA

p/s: Marilah kita bersama-sama mem'boikot' FACEBOOK untuk sesi pertama dan kita teruskan dengan sesi yang seterusnya sebagai tekanan kepada pihak halaman sosial, Facebook!!! Khaibar! Khaibar! Khaibar Ya Yahud! Jaishu Muhammad, Wa Saufa Yahud!!!!





Facebook Menghina RasuluLlah, Boikot Facebook!!

2 Orang Mengulas


KAHERAH, 20 Mei - PMRAM hari ini mengutuk dan mengecam tindakan pihak halaman sosial “Facebook” yang mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. PMRAM juga memandang perkara ini serius dan ianya melibatkan perkara penghinaan yang berat ke atas baginda Rasulullah SAW.


Bahkan penghinaan yang dilakukan ini bukanlah perkara baru. Sebelum ini juga sebagaimana yang diketahui karikatur yang dilukis oleh seorang pelukis Denmark jelas menghina baginda SAW.

Namun kali ini penghinaan yang dilakukan melalui Facebook memandangkan komuniti yang berada di dalamnya sangat besar dan paling disukai ramai ketika ini. Hal ini merupakan jenayah cyber yang digunakan oleh pihak musuh Islam untuk membangkitkan kemarahan umat Islam. 
 

Sehubungan dengan itu, Islam Today telah melaporkan Kerajaan Pakistan telah diarahkan untuk menutup laman web sosial di Pakistan sehingga 31 Mei. Pertandingan ini telah digerakkan oleh sebuah kumpulan dalam laman web facebook untuk memburukkan Islam yang dijadualkan berlangsung pada 14 sehingga 20 Mei.

Perkara penghinaan kepada Rasulullah adalah perkara yang melibatkan kesucian Islam. Dan ianya telah dikotori oleh tangan-tangan jahat untuk memburukkan Islam dan Rasulullah SAW. Kumpulan tersebut telah menggunakan facebook sebagai mempromosi rancangan jahat mereka, sekali pengguna melayari dan memasuki halaman web Facebook (selagi mana halaman Everybody Draw Mohammed Day! ada) maka ianya telah menyumbang sebanyak $5 kepada kumpulan Yahudi tersebut.


Maka, apabila pengguna Facebook mendaftar masuk ianya sekaligus telah menyumbang kepada penghinaan kepada Rasulullah SAW.

" Medium penyebaran media merupakan satu wasilah yang sangat luas pada ketika ini. Kita khuatir sekiranya medium ini disalah guna, maka akan menimbulkan kontroversi yang negatif. Kita meminta agar ahli mengambil berat akan perkara ini dan sama-sama mengecam akan tindakan yang biadap tersebut " ujar Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM, Saudara Mohd Faizzudin Ghazali.

Justeru, PMRAM mengharapkan kepada seluruh ahli yang mempunyai akaun halaman facebook agar dapat menutup sementara waktu halaman web sosial tersebut sebagai tanda protes dan tidak bersetuju kepada penghinaan kepada baginda Nabi Muhammad SAW. (Sumber : http://www.pmram.org )
 

Pakistan: Kuasa perundangan menutup 'facebook' kerana karikatur menghina

Mahkamah Pakistan hari ini memerintahkan Kerajaan Pakistan menutup satu laman sosial yang popular, iaitu 'facebook' buat sementara waktu setelah membangkitkan ketidakpuasan berikutan wujudnya pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW dalam laman itu.

Sumber Pakistan menyebut, mahkamah tinggi di Lahore, Pakistan yang terletak di timur Negara itu telah mengeluarkan ketetapan yang diminta oleh gerakan peguam muslim. Berikutan itu, mahkamah telah membuat desakan kepada kerajaan Pakistan natijah dari masalah pertandingan yang dicetuskan di peringkat dunia.


Sumber menjelaskan, ketetapan tersebut adalah desakan dari peguam-peguam yang menjelaskan pertandingan memburukkan Islam dijadualkan berlangsung pada 14 sehingga 20 Mei. Pertandingan yang digerakkan oleh sebuah kumpulan dalam laman facebook telah menyakiti perasaan kerana ia bersifat keagamaan. Tambahan pula, 45 juta penduduk Pakistan menggunakan facebook.

Chowdry Zulfaqar, peguam yang menyuarakan desakan berkata, "Mahkamah telah mengeluarkan perintah kepada kerajaan bagi menutup laman web sosial facebook di Pakistan sehingga 31 Mei ini".

Tambah beliau, 'sekiranya permintaan yang telah dikemukakan kepada mahkamah tidak ada satu tindakan yang munasabah dibuat bagi menentang apa yang tertera dalam facebook, maka protes bantahan secara meluas boleh tercetus di Pakistan sebagaimana yang berlaku pada tahun 2006. Pada tahun tersebut, satu tunjuk perasaan besar-besaran telah diadakan di Pakistan kerana membantah dua buah akhbar Denmark yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW'. Sumber 19/05/2010, web berita Islamtoday.net.

p/s: Lancarkan kempen boikot facebook dari sekarang! Boikot berstrategi untuk tidak log in selama seminggu!! Bermula (20hb hingga 27hb Mei 2010) untuk sesi pertama!!!





Agenda Di Sebalik "The 100"

1Orang Mengulas




Salam alayk.. tajuk 'posting' yang sungguh mendebarkan. Mungkin saudara/i sekalian seringkali terbaca mengenai perihal "100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia" hasil daripada pengamatan Michael H. Hart. Mungkin biasanya apa yang bermain di benak fikiran kita mengenai "100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia" adalah orang-orang yang mempunyai kelebihan dari pelbagai aspek dan itu pandangan yang positif. Berikut merupakan senarai 10 tangga teratas manusia yang paling berpengaruh iaitu:

1.    Nabi Muhammad SAW
2.    Sir Isaac Newton
3.    Nabi Isa a.s
4.    Siddharta Gautama
5.    Confucius
6.    St. Paulus
7.    Tsai Lun
8.    Johan Gutemburg
9.    Christopher Columbus
10.  Albert Einstein

Di atas ini merupakan diantara "top-ten" dan disini penulis mungkin boleh berkongsi pandangan mengenai senarai ini. Penulis memfokuskan manusia pada tangga yang pertama iaitu Nabi Muhammad SAW. Pada pemerhatian kita, tentu sekali kita merasa bangga sebagai umat Nabi SAW apabila melihat Nabi SAW dinobatkan di tangga yang teratas. Menurut pandangan Michael H. Hart dalam bukunya "The 100" yang diterbitkan di Amerika Syarikat, Nabi Muhammmad mendapat tempat yang pertama dalam senarai ini setelah dihitung dari dulu sehingga sekarang. Menurut Michael H. Hart lagi, Nabi Muhammad dinobatkan kerana baginda adalah satu-satunya manusia yang baik dalam kegiatan keagamaan dan juga pemerintahan.


Buku "The 100, a ranking of the most influential persons in history" 


Namun, penulis menyokong segelintir pandangan ulama' untuk tidak mengiktiraf Nabi Muhammad dari dilibatkan dalam senarai ini kerana terdapat agenda di sebalik pengiktirafan ini. Ini kerana jikalau kita mengamati sebenar-benarnya senarai ini, ia seolah-olah "menidakkan" kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad sebagai seorang manusia agung. Cuba kita fikirkan, bagaimana Nabi Muhammad yang "maksum" yakni terhindar dari melakukan dosa kecil mahupun besar dengan mendapat petunjuk wahyu dari ALlah SWT boleh dipertandingkan dalam satu kelompok dengan manusia biasa yang tidak terhindar dari melakukan kesilapan dan dosa seperti Sir Isaac Newton. 

Apa maksudnya?? Adakah Nabi Muhammad boleh dibanding-bandingkan dengan Sir Isaac Newton??? Jauh panggang dari api. Begitu halus musuh Islam dalam mengaburi mata umat Islam. Nabi Muhammad yang begitu agung dengan mukjizat dan sebagai kekasih ALlah. Nabi Muhammad darjatnya lebih tinggi, bahkan pemimpin-pemimpin dunia lain yang ada dalam senarai "The 100" ini tidak layak untuk berada dalam senarai atau kelompok apatah lagi dibanding-bandingkan dengan insan yang bergelar Muhammad SAW.




RasuluLlah, kami menyintaimu...


Penulis merumuskan apabila umat Islam melihat senarai "The 100" ini mungkin akan berkata, "ALhamduliLlah, Nabi Muhammad diiktiraf oleh orang kafir juga sebagai insan paling berpengaruh di dunia", tapi apa kata musuh Islam?? Tentunya musuh Islam dan pihak Barat akan berkata, "Alah, Muhammad itu macam pemimpin lain juga seperti dalam The 100" dan ini akan merendahkan martabat RasuluLlah sebagai seorang Nabi.  Firman ALlah SWT:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ     

Maksudnya: "Dan tidaklah kami utus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekelian alam . (Surah Al-Anbiya' ayat 107)

Nabi Muhammad berjaya dari segenap aspek namun keistimewaan "kenabian" yang ada pada RasuluLlah melebihi segala-galanya dan ciri-ciri kenabian inilah yang sangat membezakan RasuluLlah dari pemimpin dunia yang lain. Dan RasuluLlahlah merupakan contoh tauladan buat kita seperti firman ALlah SWT :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً       

Maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada diri (RasuluLlah) itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) ALlah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALlah. (Surah Al-Ahzab ayat 21)

p/s: Kita perlu mengambil iktibar dari "The 100" ini agar sentiasa berwaspada mengenai perkara ini dan "kenabian" RasuluLlah sebagai insan yang terulung patut kita pertahankan. Wallahu'alam.





KRIS Sipitang Menjelma Lagi!!!

0 Orang Mengulas


KEM REMAJA ISLAM (KRIS) SIPITANG 2010
KEMBALI LAGI!!!



TARIKH :
25 - 27 JUN 2010 ( JUMAAT HINGGA AHAD)

TEMPAT :
SMK PENGIRAN OMAR II, SIPITANG

ANJURAN:

PERSATUAN SISWAZAH SABAH (PSS)
&
KELAB REMAJA UKHUWWAH (KRU)

p/s: Untuk keterangan lanjut, lawati http://krucawangansipitang.blogspot.com. Remaja Hari Ini, Pemimpin Esok Hari. Kepada semua KRU'S family yang "bertaburan" di seluruh Sipitang. Get ready..!!!! KRU'S BOLEH!!!!





KRIS Sarawak 2010 Kembali Lagi!!!

0 Orang Mengulas


Salam alayk'.. Kem Remaja Islam (KRIS) Sarawak bagi tahun 2010 kembali lagi. KRIS ini adalah anjuran Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Kali ini KRIS Sarawak 2010 akan diadakan di dua lokasi iaitu merangkumi dua zon iaitu zon utara dan zon selatan. Bagi di zon selatan pula, KRIS akan diadakan di SMK Sebuyau, Sebuyau Sarawak dan bagi zon utara pula, KRIS akan diadakan di Kolej Tun Datu Tunku Haji Bujang yang terletak di Miri Sarawak. KRIS Sarawak 2010 ini adalah susulan dari KRIS 2009 yang diadakan di Miri dan kali ini KRIS Sarawak melangkah setapak lagi dengan menganjurkan KRIS di dua lokasi yang berbeza. Sasaran peserta bagi KRIS ini adalah pelajar Muslim dari sekolah menengah yang berdekatan dengan kedua-dua lokasi KRIS ini.



Secara ringkasnya, diantara objektif KRIS ini adalah untuk  memberi kefahaman Islam kepada peserta, menanam kecintaan kepada cara hidup Islam, memupuk ciri-ciri akhlak mulia, konsep berbudi dan memahami tanggungjawab sebagai anak soleh dan solehah, memberi kesedaran tentang kepentingan kecemerlangan akademik, mewujudkan ikatan silaturrahim yang lebih erat di kalangan peserta dan AJK pelaksana serta memupuk sifat penyayang dan prihatin di kalangan mahasiswa/ mahasiswi untuk membimbing adik-adik peserta. Berikut merupakan maklumat kedua-dua KRIS berkenaan:



KRIS ZON SELATAN

Tarikh : 4 - 6 Jun 2010 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat : SMK Sebuyau, Sebuyau Sarawak


&



KRIS ZON UTARA

Tarikh : 15 - 17 Jun 2010 (Selasa - Khamis)
Tempat : Kolej Tun Datu Tunku Haji Bujang, Miri Sarawak

Sumbangan dari semua pihak amatlah dalam menjayakan KRIS kali ini amatlah diharapkan. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun BANK ISLAM atas nama YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK di no akaun 11022010032002 dan diminta maklumkan setiap sumbangan yang diberikan. Untuk keterangan lanjut mengenai KRIS ini, sila hubungi 013 5788509 (Sdra Lukman) dan 014 8829361 (Sdra Ishack). Sila layari blog rasmi KRIS Sarawak di

http://kemremajaislamsarawak.blogspot.com/

p/s: KRIS Sarawak best!!! Rugi kalo tidak turut serta.. Beramal Kerana ALlah, itu persediaan dan bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak. Wallahu'alam..





Wangian Islam Mekar di SMK Lake, Bau

0 Orang Mengulas


Salam alayk'.. dalam arus kesibukan peperangan "siasah" yang melanda di bumi Kenyalang ketika ini terutama di bandar Sibu menjadikan masyarakat bumi kenyalang kini lebih menumpukan dan hangat memperdebatkan keadaan yang berlaku di sana. Penulis yang sentiasa berhajat dan berusaha mencari ruang untuk turun ke Sibu bagi "menikmati" keadaan tersebut secara jelas tidak mendapat kesempatan tersebut dan ALlah telah meletakkan penulis di suatu tempat yang berbeza namun itulah yang sebaik-baiknya.

SMK Lake, cantik namanya! itulah sekolah yang terletak di daerah Bau dan didatangi oleh penulis bersama beberapa orang sahabat dengan menunggang motorsikal yang memakan masa selama sejam lebih dari bandar Kuching bagi menghadiri program Perkhemahan Remaja Ideal. "Syukur aLhamduliLlah," penulis mengucap di dalam hati kerana amat jarang penulis mendengar sekolah-sekolah khususnya di pedalaman mengadakan program pelajar yang berbentuk Islamik. Perjalanan yang amat menarik dengan diselubungi oleh hutan hidup sepanjang perjalanan meyakinkan penulis bahawa faktor geografi yang agak besar di Sarawak yang seringkali dinyatakan sebagai salah satu cabaran untuk berdakwah di bumi kenyalang tidak menjadi satu masalah yang besar dan bagi penulis, hanya perkataan "NAK BUAT" atau "TAK NAK BUAT" sahaja penentu kepada perlaksanaan gerakkerja dakwah.



Wajah "papan tanda" SMK Lake



Banner program menghiasi sekolah sepanjang perlaksannannya berlangsung

Program Kem Ibadah ini yang dianjurkan oleh Kelab Pendidikan  Islam, SMK Lake dan sasaran peserta adalah dari kalangan pelajar sekolah itu sendiri dari tingkatan satu hingga tingkatan 5. Sampai di sekolah tersebut, penulis dan sahabat penulis iaitu Sdra. Sabirin atau lebih dikenali sebagai Mujahid Buyo (kerana asalnya dari daerah Sebuyau) disambut mesra oleh guru-guru SMK Lake yang terlibat dalam program ini dan terus menyaksikan slot yang sedang berlangsung iaitu slot "Masakan Rimba" yang hampir setiap masakannya dimasak di dalam buluh. Berikut merupakan sekitar program tersebut.



Para peserta sedang menyediakan "gajet"



Adik-adik peserta sedang memasak menggunakan buluh. Praktis untuk persiapan hari raya kot!! :)



Penulis (berjaket hitam) bersama-sama adik-adik peserta



Para peserta tekun mendengar amanat dari Pengetua SMK Lake iaitu Cikgu Wahab.



Penulis (berjaket hitam) dan Sdra. Sabirin (berbaju hijau) bersama guru lelaki SMK Lake serta pengerusi Kelab Pendidikan Islam SMK Lake, Bau

Penulis mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah terutamanya Ustazah Sunaiya, Cikgu Umor, Cikgu Jaffri yang sudi menjemput kami untuk membantu melancarkan program dan tidak lupa kepada mujahidah Bau, Ukhti Dayang Norsidah yang sangat kuat azamnya bagi melihat perubahan kepada generasi Islam di bumi Bau khususnya.

p/s: Semoga ALlah sentiasa memberi kekuatan pada kita semua untuk sentiasa melakukan gerakkerja dakwah. Muhasabah diri... 





KRU : Kempen Penggerak Tabung Harapan

0 Orang Mengulas

Salam alayk'.. hampir sebulan lebih penulis menyepi tanpa menulis apa-apa, disebabkan kurangnya masa untuk menulis dan hanya melayari internet sesekali secara ringkas sahaja. Biarpun jasad penulis tidak berada di bumi Sabah, namun hati penulis sentiasa dekat dan merindui untuk melakukan gerakkerja di sana. Penulis akan sentiasa mencuba untuk melakukan yang terbaik untuk membantu gerakkerja di Sabah biarpun hanya dari jauh iaitu melalui alam maya. InsyaALlah, semoga amal yang kecil ini akan menyelamatkan kita di akhirat kelak. Teringat kata-kata Almarhum Ustaz Fathi Yakan yang berbunyi "Dengan hanya melakukan tugas-tugas kepejabatan seperti menulis untuk tujuan dakwah, maka itu juga merupakan satu gerakkerja dakwah". Ada dikalangan kita yang kurang masanya untuk turun ke program-tugas dakwah bersama masyarakat, namun apabila mereka ini membantu dari sudut-sudut teknikal sekalipun maka ia telah membantu gerakkerja dakwah.

Kelab Remaja Ukhuwwah, namamu seindah sikap penggerak-penggeraknya. Tautan ukhuwwah yang dibina sungguh mengharukan.. Semoga kelab ini kekal untuk selamanya.. KRU baru-baru ini telah melancarkan Kempen Penggerak Tabung Harapan.



PSS mengambil peluang melancarkan Kempen Penggerak Tabung Harapan kepada khalayak ahli-ahli baru KRU Tuaran yang mengikuti Kem Remaja Islam Tuaran pada 23-25 April 2010 yang lepas. Tabung Harapan yang membiayai persekolahan beberapa individu, membantu golongan miskin dan muallaf selain digunakan untuk menjalankan program kebajikan seperti Lawatan Kasih ke Hospital dan Kempen Satu Keluarga Satu Kampit Beras, sebelumnya hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai. Selepas ini, dengan pertambahan lebih kurang 80 Penggerak Tabung Harapan yang mendaftar di KRIS Tuaran, diharapkan usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh PSS khususnya untuk membantu ahlinya sendiri semakin maju.


Tabung yang diedarkan dengan sumbangan mula RM1, beroperasi dalam bentuk simpanan wang lebihan penggerak tabung dan ahli keluarga. Setiap kali mengikuti program qiamullail bulanan, penggerak akan membawa tabung untuk diserahkan hasil kutipannya kepada ahli PSS atau KRU yang terlibat. Walaupun Tabung Harapan dikendalikan di peringkat pusat, ahli-ahli PSS dan KRU digalakkan untuk memohon sumbangan bagi menyelesaikan kes-kes kemiskinan khususnya yang mengancam aqidah di tempat masing-masing. Penyelaras PSS dan KRU di setiap kawasan diminta melancarkan Kempen Penggerak Tabung Harapan di tempat masing-masing ketika KRIS dijalankan. Kempen akan mempertandingkan:

1. Jumlah penggerak paling ramai (kategori kawasan)
2. Jumlah kutipan bulanan paling banyak (kategori kawasan)
3. Jumlah kutipan bulanan paling banyak (kategori individu)

Setakat ini Tabung Harapan membiayai persekolahan dan kehidupan beberapa orang muallaf di daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Tambunan dan Sepanggar. Untuk maklumat lanjut hubungi Timbalan Presiden PSS di 0198110964.

p/s: Semoga kutipan yang kita dermakan untuk mmbantu umat Islam yang lain khusunya di negeri Sabah mendapat ganjaran pahala dari ALlah..





Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      3 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      5 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      5 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      7 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      9 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      11 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft