skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Warna Warni Ramadhan

4 Orang Mengulas


Salam alayk.. AlhamduliLlah, syukur ke hadrat ALlah SWT yang masih lagi menyayangi hambaNya untuk menikmati kehidupan dan keberkatan di dalam bulan yang mulia iaitu Ramadhan. Melalui Ramadhan, kita akan mendapati begitu banyak hikmah disebaliknya dan salah satunya adalah untuk kita merasai bagaimana kehidupan seorana yang miskin. Kalau difikirkan, orang miskin selalu menghadapi masalah untuk mendapatkan sesuap nasi di dalam kehidupan seharian mereka, maka di dalam bulan puasa inilah juga ALlah SWT menyedarkan kita perihal kehidupan mereka melalui kita berpuasa.

Sesungguhnya ALlah SWT sentiasa memuliakan orang miskin kerana dari faktor kemiskinan inilah, lahir satu perasaan kebergantungan sepenuhnya kepada ALlah SWT. Bahkan Nabi Muhammad SAW juga pernah berdoa kepada ALlah dan doa itu berbunyi sebagaimana maksudnya, "Ya ALlah, jadikanlah aku hidup sebagai seorang yang miskin, mati di dalam keadaan yang miskin dan dibangkitkan di akhirat nanti bersama orang-orang yang miskin". SubhanaALlah, begitulah sifat zuhud yang lahir dari seorang manusia yang diberi kunci perbendaharaan langit dan bumi dari ALlah SWT. Kita semua patut fikirkan hal ini dan sepatutnya di bulan puasa ini, kita hendaklah memperbanyakkan sedekah terhadap golongan fakir miskin dan merapati mereka.

Penulis (berjubah putih) bersama Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Nasir Zakaria (berbaju kuning) di dalam satu majlis berbuka puasa di Kota Kinabalu.

Penulis (berjaket biru) bersama Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Nasir Zakaria (berbaju t-shirt kelabu), Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Ustaz Haji Muhammad Husin (berbaju kemeja putih) dan sahabat yang lain semasa berada di Menumbok.

AlhamduliLlah sekali lagi kerana di bulan Ramadhan ini terdapat banyak program bersama masyarakat yang penulis ikuti. Penulis menyakini ia merupakan satu pengasuhan daripada ALlah SWT terhadap diri penulis untuk merapati masyarakat dan menyelami hati mereka. Mudah-mudahan ia menjadi satu titik permulaan sebagai salah satu kaedah penulis untuk berusaha menerapkan nilai hidup islam di dalam masyarakat.

Penulis bersama sahabat menziarahi satu keluarga muallaf di Kuala Penyu.

p/s: Penulis menyeru sekali lagi agar kita sentiasa mengingati golongan fakir dan muallaf' di bulan Ramadhan ini. Semoga kita beroleh kerahmatan dari ALlah SWT dalam setiap amal yang kita kerjakan. InsyaALlah..





Bagaimana Pengisian Puasa Anda??

0 Orang Mengulas


Salam alayk' dan salam Ramadhan kepada para sahabat dan sahabiah pengunjung blog.. dengan beradanya kita di dalam bulan Ramadhan ini, maka perlulah kita mengetahui dengan jelas objektif dan sasaran yang perlu dicapai oleh setiap Muslim pada bulan ini iaitu taqwa dan keampunan.

Dalam kita ingin mencapai objektif berkenaan, ia mesti memerlukan kesempurnaan dalam beribadah. Namun hakikatnya, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan ini khususnya pahala Ramadhan kerap tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurangan keprihatinan umat Islam kini. Antara yang penulis maksudkan iaitu:

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzuzr yang diterima Islam). Biarpun puasanya telah batal akibat merokok, mengeluarkan mani dengan sengaja dan lain-lain, tapi dia tetap tidak boleh makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa pada hari itu.
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
3) Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain.
4) Menunaikan solat witir sejurus solat tarawah. Menurut hadis sahih, waktu yang terbaik bagi solat witir ialah penutup segala solat sunat pada malam itu. Jadi, witir paling baik dilakukan ketika bangun malam (qiamullail).
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
6) Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana solat Tarawih. (solat fardhu lebih besar kelebihannya berbanding solat sunat).

Klik Gambar untuk tengok dengan lebih jelas!!

7) Menunaikan solat tarawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Waktu imsak merupakan 'lampu oren' dan waktu subuh barulah merupakan 'lampu merah' untuk bersahur. Janganlah ada ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat bersahur dan berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakati ulama bbagi waktu penamat sahur ialah waktu subuh.
11) Wanita bertarawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala puasa dan berbuka.

p/s: Penulis berharap agar kita dapat 'check' serta muhasabah semula semua hal di atas yang mungkin berlaku pada diri kita agar kita beroleh kemanisan berpuasa dan beribadah dalam bulan ramadhan ini serta mendapat kesempurnaan pahala.. Wallahu'alam..





Pentarbiyyahan Diri Dalam Ramadhan..

0 Orang Mengulas


Salam alayk'.. alhamduliLlah.. syukur ke hadrat ALlah SWT yang telah mengurniakan hambaNya dengan hadiah yang sebesar-besarnya iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pertama-tamanya, penulis ingin memohon kemaafan dari para pengunjung dan sahabat blogger untuk segala kesilapan yang pernah penulis lakukan secara langsung ataupun tidak dan juga kerana lambat meng'update' blog penulis ini. Kebelakangan ini, masa yang diperuntukkan untuk penulis berdakwah dan berkongsi ilmu melalui alam maya kian kurang tatkala diri penulis yang begitu banyak komitmen terhadap menyelaras program-program ilmiah khususnya dalam bulan Ramadhan ini bersama masyarakat seperti di Tuaran, Kota Marudu dan sekitar kawasan Sepanggar.


AlhamduliLlah sekali lagi penulis panjatkan kepada ALlah SWT kerana telah berlaku beberapa hal pada diri penulis dimana penulis menganggapnya sebagai satu 'tarbiyyah' dari ALlah SWT pada bulan Ramadhan ini untuk lebih beribadah kepadaNya dan juga untuk mengeluarkan sifat 'wahan' dari diri penulis.

Di sini, penulis berazam agar setiap saat di dalam bulan Ramadhan ini tidak penulis sia-siakan dengan perkara yang tidak berfaedah. InsyALlah, dalam 10 malam terakhir di bulan Ramadhan ini, penulis dan sahabat-sahabat telah merancang ke sebuah pulau yang berdekatan dengan Kota Kinabalu untuk lebih fokus dengan ibadah dalam mencari lailatul Qadar. 10 malam terakhir itu akan di fokuskan dengan beriktikaf di masjid sepertimana apa yang RasuluLlah lakukan dimana 10 malam terakhir, RasuluLlah akan beriktikaf di masjid dan tidak pulang-pulang ke rumah. Walhal, RasuluLlah mengikat kainnya agar dapat mengekang nafsu dari bersama isteri supaya dapat lebih memberi tumpuan beribadah dalam 10 malam terakhir tersebut.

Ramadhan kali ini perlulah kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya kerana banyak kelebihanNya berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW di antaranya, "Apabila datangnya Ramadhan, maka ditutup serapat-rapatnya pintu neraka dan dibuka seluas-luasnya pintu syurga serta dibelenggu syaitan-syaitan". Di antara hadis lain pula, "Ramadhan itu diawalnya rahmat, dipertengahannya maghfirah dan diakhirnya pembebasan dari api neraka".

Puasa ini bukan sahaja kita menahan lapar dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa, tetapi juga melindungi diri kita sepenuhnya dari terjerumus serta berbuat maksiat kerana di antara kelebihan orang yang berpuasa berdasarkan hadis Nabi SAW, "Seseorang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan yang besar iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya kerana puasanya itu".

p/s : Semoga kita berusaha untuk memperkuatkan amal ibadah pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini..





Perlunya Membuat Kebajikan..

0 Orang Mengulas


Salam alayk'.. Penulis kali ini membuka bicara mengenai perlunya memahami uslub (cara) dakwah. Senario yang penulis lihat hari ini, ramai di antara para da'ie yang melakukan gerakkerja dakwah tetapi tidak dapat memahami dan mengetahui uslub dakwah dengan lebih mendalam. Ini akan menyebabkan keberkesanan hasil gerakkerja tidak mencapai dari jangkaan awal.

Penulis ingin menyentuh di sini mengenai 'kebajikan'. Ramai di antara para da'ie berdakwah dengan hanya memberi pengisian yakni berceramah tp kurangnya membuat kebajikan. Kebajikan yang dimaksudkan dari perspektif penulis adalah mengambil berat dan menyelesaikan masalah saudara lain tidak kira Muslim atau non Muslim.

Ana cuba mengambil satu kisah dimana selepas kewafatan Rasulullah, Saiyyidina Abu Bakar bertanya kepada A'isyah.. “Apakah satu amalan yang Rasulullah selalu buat dan aku tak pernah mengetahuinya” Lalu, Aisyah menjawab, Rasulullah selalu menziarahi seorang wanita tua di hujung kampung sana.. Abu Bakar pun terus mencari rumah tersebut.. Dia datang dan memberi makan roti kepada wanita tersebut.. Wanita tua yang buta itu terkejut, dan bertanyakan, “Siapakah engkau?”.. Abu Bakar menjawab, “Akulah orang yang selalu menziarahimu”.. Wanita itu bertanya lagi, “Siapakah engkau?”.. Abu Bakar diam dan terus memberi makan kepada wanita tersebut.. Setelah beberapa kali soalan tersebut diajukan, Abu Bakar menjawab, “Akulah Abu Bakar, khalifah engkau..”

Abu Bakar pun bertanya, “apakah yang membuatkan engkau tahu bahawa yang menyuapkan ini bukanlah orang yang selalu menyuapkan engkau?” Wanita itu menjawab, “orang yang menyuapkan aku sebelum ini, lembut cara suapannya..” Lalu mereka pun bersembang-sembang dan apabila muncul persoalan mengenai Rasulullah, wanita itu mencaci-caci Rasulullah.. Apabila Abu Bakar bertanyakan, “Engkau tahukah siapa yang memberi makan kepada kau selama ini?” Wanita itu menjawab tidak.. Lalu Abu Bakar menceritakan bahawa yang memberi makan selama ini adalah Rasulullah..

Alangkah besarnya kebajikan yang Nabi saw dalam berdakwah biarpun Baginda dicaci.. Penulis juga cuba untuk menghayati keperibadian RasuluLlah ini dengan turun menyelesaikan masalah rakyat.

Penulis (berjacket biru) bersama dua orang aktivis gerakan Islam cuba menyelesaikan isu tanah penduduk di Kg. Karamunting, Batu Sapi.

Sesungguhnya, kita patut mencontohi RasuluLlah dalam membuat perkara kebajikan dan perlu ingat bahawa seseorang pemimpin hanya akan lahir dari celah permasalahan umat dimana dia akan terus membantu menyelesaikan masalah-masalah berkaitan umat sehingga dia kembali menghadap ALlah swt..

p/s: Semoga penulis dapat kekuatan untuk berhadapan dengan masalah yang lebih mencabar dan dapat membuat perkara kebajikan dengan turun bersama masyarakat..





Kitab Terbaru Yang Dah Dimiliki!!

0 Orang Mengulas

Salam alayk'.. ALhamduliLlah, merafak kesyukuran kepada ALlah Azza wa JaLla kerana penulis masih dapat menggerakkan tenaga penulis untuk agamaNya. Penulis memohon kepada sang khaliQ supaya diri penulis tidak terjebak ke kancah maksiat dan sentiasa berada di landasan dakwah dan perjuangan sehingga mencapai satu daripada dua matlamat iaitu kemenangan di dalam perjuangan ini atau mendapat kemuliaan gugur sebagai seorang syuhada'.

Penulis juga bersyukur sekali lagi kerana ALlah Azza Wa JaLla telah memberikan ruang kepada penulis untuk menambahkan ilmu di dada. Apa yang dimaksudkan iaitu penulis baru memiliki 4 buah kitab @ buku. Penulis secara tidak sengaja telah terdetik di hati ingin memiliki 4 buah lagi kitab sebagai sumber ilmu bagi penulis. Itulah kekuasaan ALlah yang telah mentakdirkan penulis untuk memiliki kitab-kitab ini.

Kitab-kitab ini secara tiba-tiba berada di hadapan penulis ketika penulis sedang membantu sahabat iaitu seorang aktivis dakwah yang sungguh gigih membangunkan ekonomi Islam. Sedang penulis membantu sahabat ini memunggah barang iaitu buah-buah tamar yang baru sampai dari Iran untuk bulan Ramadhan, penulis terlihat pada kitab-kitab yang baru tiba dari KL untuk dipasarkan di seluruh Sabah. Lantas, penulis memilih kitab-kitab yang penulis berkenan dan terus memilikinya.. AlhamduliLlah.. Buku-buku tersebut adalah :

1) Soal Jawab Isu-Isu Mencabar Dalam Islam


Kitab ini lebih menerangkan tentang isu-isu semasa negara yang berkaitan dengan agama Islam termasuklah dari segi politik, ekonomi dan sosial antara contohnya pandangan Islam tentang bedah siasat mayat dll. Karya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat & Ustaz Abdul Ghani Samsudin (YDP Persatuan Ulama' Malaysia).

2) Sirah Nabawiyyah Insan Teladan Sepanjang Zaman

Kitab ini menerangkan perjalanan hidup nabi dalam membentuk ketamaduana Islam dan kitab ini sangat unik kerana ia lebih mengaitkan tentang musuh-musuh Islam seperti orientalis Barat. Karya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

3) Membina Organisasi

Kitab ini pula menerangkan tentang organisasi dan kupasan mengenai tanggungjawab dan pengurusan organisasi dengan mantap. Karya seorang aktivis Islam yang pakar dalam organisasi, Mohd Shuhaimi Embong

4) Bunga Kebahagiaan


Kitab ini menerangkan tentang hakikat sebuah perkahwinan. Ia lebih memeperincikan tentang tanggungjawab suami, isteri dan ibu bapa dalam mengurus rumahtangga dan anak-anak serta tips-tips untuk memperolehi rumahtangga yang bahagia berdasarkan dalil naqli dan aqli.. Karya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

p/s : Penulis memohon kemaafan kerana hanya memberi sedikit info bagi setiap kitab sebagai gambaran dan ini kerana penulis baru memulakan pembacaan terhadap kitab-kitab ini. Semoga ilmu yang akan penulis ada akan penulis kongsi bersama sahabat dan sahabiah pengunjung blog...syukran.






Semangat Membara!!

5 Orang Mengulas


Salam alayk'.. Kali ini entri penulis ber'mauduk' "Semangat Membara". Apa yang kita tahu mengenai semangat membara?? Macam mana kita nak membina dan menaikkan semangat diri untuk terus bekerja dalam perjuangan Islam? Memang tidak dinafikan semangat kadang-kadang menjadi lemah mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu terutamanya mehnah dalam perjuangan. Namun, macam mana kita hendak mengembalikan semula semangat yang telah hilang itu?


Kadang-kadang, sahabat-sahabat penulis mengadu kepada penulis dan meminta kata-kata semangat. Penulis teringat kata-kata yang sering digunakan oleh sahabat-sahabat, "Zaiem, boleh minta kata-kata semangat tak? Ana rasa lemah la..".

Apabila penulis mendengar luahan sahabat-sahabat, penulis selalunya akan memberi respon bahawa tiada kata-kata semangat yang dapat menaikkan semangat, tapi yang akan menaikkan semangat hanya dengan kesedaran tentang tanggungjawab kita dalam perjuangan Islam.


Hakikatnya, kisah-kisah tentang kesedaran sahajalah yang memberi dan menaikkan semangat kita menghadapi mehnah dan tribulasi dalam perjuangan Islam. Penulis lebih gemar menggunakan kisah-kisah pembantaian kaum Muslimin sebagai satu peringatan dan memupuk kesedaran bagi para pejuang yang rasa lemah. Kadang-kadang kita sering alpa mengenai kisah pembantaian kaum Muslimin selepas jatuhnya khilafah Islamiyyah. Penulis selalu memberi fokus apa yang terjadi terhadap orang Muslim apabila jatuhnya khilafah. Betapa kejamnya musuh-musuh Islam apabila mereka menyiksa kanak-kanak, menyiksa dan merogol muslimat Islam kita sehingga mereka mengandung. Bahkan, muslimat kita yang memakai tudung akan ditarik tudung mereka.. Itu di antara kekejaman musuh Islam.

Orang Islam Uighur di China dibunuh dengan sewenang-wenangnya

Ada satu kisah yang terbongkar di mana selepas beberapa tahun jatuhnya khilafah Islamiyyah di Turki. Pihak berkuasa Turki menjumpai satu bilik bawah tanah yang berupa dewan besar sebagai tempat penyiksaan orang Islam (termasuk muslimin dan muslimat). Tempat itu juga mempunyai satu meja yang besar dimana dipercayai muslimin (lelaki muslim) akan diletakkan disitu dan ditikam perutnya. Muslimat pula akan digantung payu daranya dan dipotong. Itulah merupakan kekejaman yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam.

Masihkah lagi kita hendak berdiam diri dari melibatkan dan men'slow'kan diri dalam perjuangan Islam ini??. Umat Islam di seluruh dunia banyak yang menghadapi penindasan dan mereka perlukan pembelaan dari kita yang mempunyai kekuatan dan pentarbiyyahan sebagai pejuang Islam. Apakah kita masih boleh bersenang-lenang padahal secara realitinya umat Islam kini dipijak-pijak oleh musuh Islam.

p/s: Semoga ALlah sentiasa istiqamahkan diri kita dalam perjuangan Islam dan kita patut fikirkan selalu apa kita hendak jawab kepada Rasulullah adakah kita membela saudara Islam kita yang ditindas dan di zalimi?? Kita hendaklah bersedia untuk itu kerana kita juga nanti akan meminta pertolongan RasuluLlah untuk memohon syafaat dari baginda..






Matlamat Gerakan Kristianisasi (Penghancur Umat Islam)

2 Orang Mengulas


Salam alayk'.. penulis kali ini akan menyambung entri mengenai gerakan kristianisasi di mana sebelum ini penulis ada menyentuh mengenai gerakan kristian yang semakin aktif di Sabah. Penulis bermatlamat untuk membuka rahsia2 dan berkongsi maklumat dengan saudara seIslam, mengenai gerakan kristianisasi satu demi satu supaya umat Islam sedar akan hakikat ini.

Gerakan kristianisasi mempunyai beberapa matlamat untuk menghapus dan menghancurkan Islam. Di antara matlamat gerakan kristianisasi tersebut adalah:

1) Mengkristiankan orang Muslim

Matlamat utama mereka adalah untuk membawa orang-orang Islam dari berpegang dengan Al-Quran kepada berpegang dengan kitab Injil (Bible) dan daripada menziarahi masjid kepada menziarahi gereja. Sekurang-kurangnya mereka dapat menjauhkan orang-orang Islam daripada Al-Quran dan masjid.

Firman ALlah SWT :

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani (kristian) tidak akan sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menuruti agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) : Sesungguhnya petunjuk ALlah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)".

2) Mengeluarkan orang Islam daripada agamanya

Zweimer, pengasas pertubuhan Kristian Ameriah Jazirah Arbiyah (1889) berkata : "Sejarah telah membuktikan bahawa orang Islam tidak mungkin menjadi Kristian akan tetapi matlamat kita ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam agar mereka menjadi mulhid atau penentang kepada agama mereka". Katanya lagi, "Sesungguhnya, tujuan missionary ini adalah untuk menghapuskan Islam dan memperhambakan kaum Muslimin".

3) Melemahkan pengaruh Al-Azhar

Al-Azhar, sasaran gerakan kristian

Seorang missionary kristian telah membuat kesimpulan hasil penglibatannya di dalam misi kristianisasi di negara Islam dengan katanya:

"Islam akan sentiasa gagah menghadapi gerakan kristianisasi selagi disokong oleh empat perkara iaitu: Al-Quran, Al-Azhar, perhimpunan pada hari Jumaat setiap minggu dan muktamar Haji yang diadakan pada setiap tahun".

Berkata Dr Sa'dudin Soleh, "Tidak syak lagi, orang Yahudi telah berjaya merancang untuk menguasai vatican sebagai pusat agama kristian. Dalam masa yang sama juga mereka telah merancang untuk melemahkan Al-Azhar sebagai pusat ilmu. Sesungguhnya orang Yahudi telah berjaya merancang untuk melemahkan Al-Azhar dan generasi Al-Azhar yang tidak mengerti langsung tentang agamanya".

4) Membantu penjajahan Barat dan menjadi perisik negara Islam.

Washington Post keluaran 22 Februari 1997, membuat pengakuan daripada orang penting CIA yang berbunyi, "Sesungguhnya kami mengakui memang terdapat kekosongan jawatan di dalam agensi ini dan kami terpaksa mengambil missionary kristian sebagai perisik untuk gerak kerja perisikan di luar negara".

Manakala Cindy Brown, seorang missionary Amerika di dalam suratnya kepada salah seorang teman karibnya berkata:

"Memang cukup sukar menembusi Malaysia kerana ia adalah negara Islam yang tertutup. Namun, Tuhan telah membuka pintu itu. Kami tidak dapat bergerak secara terbuka tetapi Mike brown telah mendapat kerja sebagai Consultant Engineering Machine & Landscaping Company di Petaling Jaya, Malaysia dan diberikan kewarganegaraan tetap di situ. Majikannya adalah seorang Muslim tetapi terdapat beberapa orang kristian di dalam lembaga pengarahnya yang menolong kami masuk. Memang melucukan apabila syarikat milik seorang muslim telah membuka jalan bagi kita untuk menyebarkan Gospel di malaysia. Kamu mesti suka kerja kotor ini"
.

p/s : Sesungguhnya entri di atas merupakan sebahagian sahaja dari matlamat gerakan kristian. Seperti gerakan kristian di Kuching, Sarawak, pada setiap hari Jumaat, mereka akan mengadakan majlis 'bermain band' di gereja sekitar jam 11.30 pg hingga 2.00 ptg untuk menarik remaja2 Muslim dari menghadiri solat fardhu Jumaat di Masjid. Penulis juga khuatir jika pembatalan MoU Al-Azhar dengan Malaysia dari aspek pendidikan sebelum ini adalah konspirasi gerakan kristian untuk menghalang pengaruh Al-Azhar ke Malaysia. Wallahu'alam.





Solat Tidak Mengira Tempat Asalkan Bersih..

2 Orang Mengulas


Salam alayk.. seperti yang kita ketahui, solat adalah satu kewajiban kepada setiap insan yang bergelar Muslim. Solat juga merupakan salah satu cara untuk menunjukkan tanda kesyukuran kita kepada ALlah Azza Wa JaLla.. Ini bersesuaian dengan hadis nabi ketika mana Sayidatina Aisyah melihat Nabi begitu ghairah melakukan solat sehingga kaki Nabi mengalami bengkak - bengkak, lalu Aisyah bertanya kepada Nabi s.a.w, "Wahai RasuluLlah, kenapa tuan begitu sering melakukan solat biarpun dalam keadaan kaki tuan bengkak, bukankah ALlah telah mengampuni dosa tuan yang terdahulu dan juga yang terkemudian? Maka, Nabi pun menjawab, "Wahai Aishah, salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?. TabarakaLlah, begitu mulia jawapan yang keluar dari mulut Nabi sehinggakan hati kita pun akan rasa terdetik dan terharu mendengar jawapan dari seorang insan yang menjadi kekasih ALlah ini.


Kadang - kadang, kita sering alpa dengan nikmat yang ALlah banyak diberikan kepada kita seperti oksigen, air, pancaindera dan yang paling utama adalah nikmat iman dan islam. Namun, secara realitinya sekarang, umat Islam sering terlupa untuk mengerjakan solat sehinggakan menganggap meninggalkannya merupakan hal yang remeh-temeh. Banyak kisah dan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh penulis dan sahabat-sahabat. Contohnya seperti di Labuan, sahabat penulis pernah bertanya kepada seorang remaja apa pandangan mereka tentang solat, namun jawapan remaja itu mengecewakan apabila ia memberi jawapan bahawa solat hanya dikerjakan apabila senang sahaja, kalau time susah 'takpa'.

Cuba kita mengimbas kembali kisah bagaimana Nabi s.a.w menerima perintah solat ini. Cuba fikirkan, ibadah lain yang wajib seperti puasa di bulan Ramadhan dan zakat semuanya Nabi mendapat perintah melakukan melalui wahyu Al-Quran, tetapi tidak kepada solat. Solat sangat istimewa sehingga Nabi dipelawa oleh ALlah untuk naik ke Sidratul Muntaha pada kisah isra' wal mi'raj untuk menerima perintah ini bahkan itu pun dikurangkan dari 50 fardhu solat sehingga ke 5 fardhu solat namun umat Islam pada hari ini tetap gagal menunaikannya sebaik mungkin.

Satu kajian juga telah dilakukan terhadap sekumpulan pelajar dalam sebuah kelas di suatu sekolah dimana pelajar di dalam kelas itu berjumlah 32 orang di mana semua pelajarnya merupakan perempuan yang beragama Islam. Sekolah ini terletak di kawasan bandar di Sabah. Apabila dibuat ujian tentang berapa ramai yang solat 5 waktu di rumah tanpa uzur syar'ie, hanya 2 orang pelajar sahaja yang solat, selebihnya tidak bersolat. Apabila ditanya kepada pelajar apa punca mereka tidak bersolat, mereka menjawab ahli keluarga mereka di rumah juga tidak bersolat. Ini merupakan satu hal yang kritikal.

Cuma ana rasa sungguh terharu kepada seorang muslimat iaitu seorang peserta demonstrasi Mansuhkan ISA ini dimana dia tetap bersolat biarpun di dalam lori dan dalam tahanan polis, ini merupakan satu contoh yang baik yang patut diikuti. FRU dan polis yang sibuk mengejar dan menangkap orang time demonstrasi tu macamana pula?? Cuma, mungkin kita akan tertanya-tanya, macamana sesi pentarbiyyahan (pendidikan) yang muslimat ini dapat sehingga ia mendapat kesedaran tentang:


1) solat itu mudah dan islam tidak memberatkan umatnya.
2) boleh dilakukan di mana-mana tanpa mengira tempat asalkan bersih.
3) menghormati masa solat.
4) Bukan sibuk demonstrasi sahaja, solat juga kena diutamakan.

p/s: Semoga umat islam khususnya di Sabah dapat mencontohi muslimat ini..






H4E1 Menyerang Sepanggar???

3 Orang Mengulas


Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar (DPPKS) baru-baru ini telah memutuskan untuk merancang menyebarkan H4E1. Walaubagaimana pun H4E1 bukanlah wabak merbahaya seperti H1N1, tetapi H4E1 bermaksud ‘Harakah For Everyone’. Perancangan H4E1 ini telah dirancang oleh Ketua Penerangan DPP Kawasan Sepanggar iaitu saudara Nader. ‘Harakah For Everyone' adalah satu konsep gerak kerja pemuda secara mingguan, ini bererti setiap dari pemuda PAS kawasan Sepanggar akan diwajibkan membeli harakah pada setiap minggu dan seterusnya akan diedarkan secara percuma kepada umum.

DPP Kawasan Sepanggar mengharapkan dengan gerakkerja ini, masyarakat akan mendapat maklumat yang lebih benar dan seterusnya mengelak dari menerima maklumat atau berita dari media perdana semata-mata. 'Harakah For Everyone' juga bertujuan untuk memupuk semangat bekerja untuk Islam pada setiap masa dan dimana sahaja dikalangan pemuda tanpa ada ‘stigma’ bekerja hanya apabila ada program.

Gerakkerja ini telah dibawa untuk diperbincangkan di dalam usrah pemuda Sepanggar dan kesemua ahli usrah bersetuju untuk memikul tugas ini. Selain dari itu, ahli usrah juga bersedia untuk membeli Harakah dengan harga RM3.00, serta baki dari jualan ini akan disumbangkan terus ke tabung ‘Dana Dakwah’ untuk program-program dakwah diserata Sabah. Semoga perancangan 'Harakah For Everyone' akan memberi impak kepada kefahaman masyarakat terhadap Islam dan seterusnya menerima Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagai sebuah Jamaah Muslimin untuk memimpin umat.

p/s : Penulis mewakili PAS Kawasan Sepanggar mengucapkan semoga berjaya atas usaha DPPK Sepanggar.






Tahniah Unit Amal!!!

4 Orang Mengulas


Salam alayk.. penulis mengucapkan tahniah kepada semua anggota Unit Amal yang bertugas di dalam Perhimpunan Aman Mansuhkan ISA baru - baru ini. Komitmen kalian semua dalam membantu melicinkan perjalanan program dari segi menjaga keselamatan awam dan mempertahankan pimpinan - pimpinan Pakatan Rakyat khususnya dari Parti Islam Se-Malaysia amatlah dihargai.

Kita dalam Unit Amal hendaklah sentiasa berusaha merealisasikan motto AMAL iaitu "Beramal Kerana ALlah" dan mengerahkan seluruh tenaga kita untuk berbakti kepada masyarakat dan mengenggam perjuangan Islam.

Penulis berasa bangga dan terharu apabila melihat sahabat - sahabat dari Unit Amal turun untuk memberi khidmat dan membantu dalam Perhimpunan Aman Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009. Jumlah anggota Unit Amal yang turun bertugas pada perhimpunan berkenaan seramai 1,000 orang. Anggota Unit Amal sanggup mengorbankan diri menyelamatkan orang awam di tengah - tengah kepulan asap pemedih mata sewaktu perhimpunan aman tersebut. Berikut merupakan gambar - gambar anggota Unit Amal yang sentiasa berkorban untuk masyarakat.









p/s : Semoga Unit Amal terus berjaya. Syabas dan tahniah sekali lagi penulis ucapkan!!






Perjalanan Masih Jauh

1Orang Mengulas

Salam alayk'.. Penulis termenung seketika apabila diri mengalami situasi 'demam' + 'selesema'. Kerana penyakit inilah yang menyebabkan ke'aktifan' diri penulis beberapa hari terbantut namun penulis gagahkan juga diri untuk ber'aktiviti' sehingga ke Sipitang biarpun dalam berkeadaan seperti itu. Penulis berfikir sejenak, adakah diri penulis turut terkena 'tempias' H1N1 yang merupakan bala dari ALlah secara halusnya? Penulis me'muhasabah'kan diri dan mengingat semula kalau - kalau ada kesilapan - kesilapan atau dosa - dosa yang secara tidak sengaja dibuat oleh penulis sehingga mendapat teguran oleh ALlah melalui 'demam + selesema' ini.


Mutakhir ini, penulis telah membuat pertemuan dan ber'meeting' bersama sahabat dari Persatuan Ulama' Malaysia untuk membuat dan menjayakan satu program 'Pemantapan Aqidah' di bumi Tambunan. Namun, dalam minit-minit terakhir penulis tidak dapat menghadirkan diri ke program tersebut kerana ada permintaan daripada 'orang atasan' supaya penulis menghadiri Mesyuarat Pendidikan Kanak - Kanak Pra - Sekolah di Sandakan bagi melicinkan operasi perjalanan pusat asuhan kanak - kanak di seluruh Sabah. Setelah berfikir seketika, nampaknya mesyuarat di Sandakan lebih utama dan penulis menyerahkan 'tugas' program Pemantapan Aqidah di Tambunan itu kepada rakan seperjuangan.

Ketika penulis menukilkan entri ini, penulis dalam keadaan siap - sedia untuk ke Sandakan bagi menghadiri mesyuarat tersebut dan sedang menunggu kedatangan seseorang untuk membawa penulis menyelusuri perjalanan ke Sandakan. Sudah tiba masanya penulis membuka ruang untuk diri penulis berdakwah ke tempat yang jauh dari Kota Kinabalu khususnya di daerah -daerah pedalaman.

Penulis juga berharap agar dapat meneruskan perjalanan ke Tawau untuk bertemu dengan orang yang penulis kagumi.. Semoga keredhaan ALlah sentiasa bersama penulis.. InsyALlah..


p/s : Semoga kita sentiasa thabat di dalam perjuangan dan berusaha mendampingi para ulama'..





Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      3 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      5 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      5 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      7 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      9 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      11 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft