skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

Kitab Yang Patut Dimiliki..

0 Orang Mengulas


Salam alayk'.. Kali ini penulis ingin mengetengahkan tentang buku - buku haraki yang patut dimiliki oleh setiap Muslim bahkan yang merasakan dirinya pejuang Islam.. Apabila melihat buku-buku yang jarang dijumpai di pasaran biasa, semangat penulis membuak - buak untuk mengetahui dan mendalami ilmu yang terdapat di dalam buku - buku haraki tersebut apatah lagi buku - buku ini ditulis oleh seorang aktivis gerakan Islam yang penulis segani iaitu Ustaz Riduan Mohd Nor.

Hal ini kerana kesedaran tentang kedhaifan serta kekurangan ilmu yang ada pada diri penulis. Justeru itu, penulis berazam untuk meningkatkan keupayaan diri melalui pembacaan buku - buku di samping Kuliyyah Haraki yang diadakan setiap minggu. Di antara sebilangan buku - buku haraki yang menerangkan tentang lebih 'detail' mengenai gerakan Islam telah dimiliki oleh penulis iaitu :

1) Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan


Islam yang kita cintai ini tidak pernah dibiarkan diterjah oleh musuh tanpa pembelaan daripada pencintanya di sepanjang zaman. Semakin kuat Islam dihimpit, semakin ramai pejuang yang tampil membela dari seluruh dunia termasuk dari Tanah Melayu walaupun terpaksa dibayar dengan harga yang mahal seperti pembantaian, pemenjaraan, pembunuhan serta diusir dari tanah leluhur...

2) Gaza Menangis


Palestin adalah bumi yang menjadi rebutan agama samawi sejak zaman-berzaman. Tanahnya sering bersimbah darah merah, air mata warganya juga sudah kering untuk menangisi penderitaan dan kejerihan. Waktu terus bergulir pantas sehingga kita alpa tanah suci ini belum tertebus hutangnya, al-Quds yang dijajah, Masjid al-Aqsa yang diratah. Buku ini menyingkap rahsia Palestin dan perjuangan membebaskan setiap inci tanah yang dijarah Yahudi Zionis. Juga merakamkan kanvas hitam pembantaian tanpa ampun Cast Lead selama 22 hari, iaitu serangan paling kejam di millenium baru ini.

3) Tokoh - Tokoh Gerakan Islam Abad Moden


Jihad dan dakwah telah melalui jalan panjang sepanjang keberadaan aqidah Islam di pentas dunia ini. Dalam denainya, ramai tokoh-tokoh telah dimunculkan oleh Allah SWT untuk membentengi agama ini walaupun berdada dengan kezaliman dam pemimpin tirani disepanjang abad pertarungan iman dan kufur.

4) Peperangan Rasulullah S.A.W


Buku ini diluncurkan ke tengah khalayak untuk membuka dimensi berfikir tentang sejarah kegemilangan Islam yang dipacu oleh Baginda Nabi SAW dalam bab pertahanan dan ketahanan sehingga mampu menggugah kuasa kuffar seterusnya Islam menjadi kuasa besar di zaman Saidina Umar al-Khattab...

5) Pengaruh Pemikiran As-Syahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam Di Malaysia


Sayyid Qutb adalah nama besar yang menggugah nurani kita apabila berbicara tentang Ikhwanul Muslimin selain Hassan al-Banna dan tokoh-tokoh yang lain seperti Abdul Qadir Audah, Said Hawwa, Dr. Mustapha as-Sibaie, Abdul Aziz al-Badri, Hassan Ismail Hudhaibi dan yang lainnya. Sayyid Qutb mempunyai sejarahnya yang tersendiri sebagai tokoh ideologi Ikhwanul Muslimin serta diklasifikasikan sebagai tokoh pemikir yang sukar digalang ganti oleh dunia Islam...

6) Sejarah Dan Perkembangan Islam Abad Moden


Buku ini menemui pembaca dengan beberapa matlamat, yang pertamanya untuk berkongsi ilmu dan maklumat tentang sejarah dan perkembangan gerakan Islam, memahami kekuatan dan potensi sesebuah gerakan Islam yang berinteraksi dengan massa atau regim dimana mereka beroperasi, mengembangkan fikrah harakiah dan menartikulasikan amal haraki, persaingan kuasa, kebijakan berpolitik dan seni menguasai masyarakat yang telah dilaksanakan oleh gerakan Islam dalam mengharungi perjuangan di medan masing-masing...

7) Penghinaan Terhadap Rasulullah S.A.W

Sesungguhnya Rasul yang kita cintai dan kenali bersama merupakan contoh ikutan terbaik yang memiliki ciri-ciri unggul lagi terpilih yang tidak langsung terdapat pada cacat dan cela guna memastikan suatu tuntutan yang wajar dan perlu dicontohi bersama. Tetapi malangnya hari ini musuh-musuh Allah berani menghina Nabinya secara terang-terangan dan yang amat dikesali, penghinaan itu kekadang terkeluar dari lidah mereka yang mengaku umatnya. Maaf, gambar rupa buku tersebut tidak dapat disediakan atas masalah teknikal..

p/s : Semoga buku - buku tersebut dapat dimiliki oleh setiap Muslim sebagai pencetus semangat dan idea.. Kalo kat Sabah, cuba cari kat ASLAM NIAGA..





Ancaman Kristianisasi di Sabah..

5 Orang Mengulas


Salam alayk'.. Kebelakangan ini penulis merasakan jadual harian penulis begitu padat dalam merancang strategi dan pelan tindakan untuk keberkesanan dalam melebarkan dakwah Islamiyyah di bumi Sabah.. Biarpun berdepan dengan kesibukan, penulis menggalas tugas ini dengan penuh tanggungjawab kerana ia menjadi kewajipan kita sebagai seorang Muslim. Penulis juga berharap agar sahabat2 seperjuangan dapat membetulkan 'niat' dalam berjuang dan memanfaatkan semaksima mungkin tenaga kita untuk gerakkerja dakwah Islamiyyah di sabah khususnya.

Sesungguhnya, iltizam penulis dalam membentuk kerjasama bersama JAKIM, JHEAINS, USIA, Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN), Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Persatuan Siswazah Sabah (PSS), Yayasan AMAL Malaysia (AMAL) dan Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) telah membuka mata penulis tentang situasi Islam di Sabah seterusnya menyedarkan penulis tentang hakikat untuk lebih berusaha keras dalam berusaha untuk mentauhidkan Allah dan melihat Islam terus subur di muka bumi.

Penulis di sini ingin membuka bicara mengenai gerakan kristianisasi di Sabah. Sebelum itu penulis ingin berkongsi di mana hasil maklumat yang diwar-warkan terdapat lebih 200 000 rakyat Malaysia telah murtad. Itu adalah kes yang berdaftar di peringkat pihak berkuasa dan belum lagi termasuk kes2 yang terpencil seperti di kampung-kampung dan pedalaman yang tidak diketahui.

Ancaman kristianisasi begitu aktif di Sabah. Angka murtad terutama di kawasan Kota Kinabalu semakin meningkat. Adakah pihak berkuasa tidak memainkan peranan? Menurut Undang-Undang Persekutuan, penyebaran ajaran agama selain Islam adalah dilarang di dalam Malaysia terutama di premis2 kerajaan. Tetapi apa sudah jadi sekarang? Cuba sahabat2 sekalian meyelusuri perjalanan ke daerah Kundasang dari Kota Kinabalu, betapa banyak 'sign-board' gereja? Lebih dari lima sign-board dan ini menunjukkan bahawa gereja kini bagai "cendawan tumbuh selepas hujan" berbanding masjid di Sabah . Penulis juga kehairanan yang Sabah dah lama merdeka tapi kat daerah Penampang satu masjid pun takda. Hairan2.. Daerah Penampang nie bukan pedalaman, tp kat area2 berdekatan Kota Kinabalu juga.. Takkan penduduk Sabah yang beragama Islam duduk diam2 sahaja? takda inisiatif macamana nak atasi masalah ini?

JAKIM kena kuat berusaha, kami sentiasa membantumu..

Penulis pernah bermastautin di Kuching selama 2 tahun dan hasil kajian, peratus penduduk beragama Islam di bumi Sarawak hanya 31% sahaja. Sarawak juga bumi yang menjadi sasaran gerakan kristianisasi selain Sabah. Ketika di Sarawak, penulis juga melakukan gerakkerja dakwah dan pernah di'warning' oleh missionary di sana dan ucapan tersebut masih terngiang-ngiang di fikiran penulis sehingga ke hari ini. Ucapannya merujuk supaya penulis hentikan gerakkerja dakwah dan ayat yang paling mencetuskan pertanyaan pada diri penulis apabila missionary itu berkata "Sini adalah bumi Sarawak, bukan Kelantan". Apa maksudnya?

Penulis pernah membaca satu artikel, missionary kristian mengakui mereka takut untuk membuat gerakan mereka di 3 buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ini kerana, ramai missionary mereka yang dipukul oleh penduduk negeri itu ketika menyebarkan dakyah2 mereka. 3 buah negeri ini sepatutnya menjadi contoh kepada Sabah dalam pengamalan dan penghayatan Islam.

p/s : Penulis berharap agar pihak yang diberi kuasa oleh kerajaan utk menjaga hal ehwal Islam hendaklah menjalankan tugas dengan penuh amanah dan jangan 'tidur'.. Sesungguhnya segala2nya akan disoal oleh Allah nanti..






Muhasabah Pejuang..

0 Orang Mengulas


katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang
kau sibuk update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari

katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha

katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL berbanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerana tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang pejuang….

p/s : Semoga dengan peringatan di atas dapat me'muhasabah'kan diri kita yang berjuang pada jalan ALlah.. Kita berharap agar segala kekurangan dapat diatasi supaya dakwah kepada umat akan jadi lebih berkesan..






Persatuan Siswazah Sabah (PSS) Membantah UMS Menjadi Lokasi Penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-22

4 Orang Mengulas



Salam alayk'.. seperti entri yang penulis 'posting' sebelum ini, penulis pernah mengutarakan isu mengenai FFM Ke-22 ini. Sebenarnya, kali ini penulis berasa terpanggil untuk bersama-sama NGO Islam seperti Persatuan Siswazah Sabah (PSS) untuk membincangkan isu mengenai FFM Ke-22. Isu ini dibangkitkan kerana kerana lokasi penganjuran majlis berprestij ini yang kurang sesuai kerana ia diadakan di pusat pengajian ilmu iaitu di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dengan sokongan Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN) berpendirian membantah secara langsung UMS menjadi lokasi penganjuran majlis FFM ini. Ini kerana PSS melihat isu ini dari aspek pendidikan dan moral kerana penganjuran acara-acara hiburan di dalam pusat pengajian tinggi akan menyebabkan imej sesebuah universiti sebagai satu pusat pengajian ilmu akan tercalar.

Di samping itu juga, penulis dapat melihat terdapat banyak implikasi negatif dari positif yang berkemungkinan akan berlaku melalui penganjuran aktiviti hiburan sebegini di dalam kampus seperti dari aspek tatacara dan budaya berpakaian serta lain-lain. Terdapat juga laporan bahawa mahasiswa kurang selesa tentang penganjuran FFM ini di dalam kampus mereka.

PSS sebagai satu badan NGO Islam yang prihatin terhadap isu ini dan juga mewakili suara siswazah Islam Sabah akan mengemukakan bantahan secara lantang terhadap pihak yang berkenaan sebagai langkah bagi menyelamatkan pusat-pusat pengajian daripada menjadi mangsa lokasi penganjuran acara-acara hiburan.

p/s : Penulis begitu kagum dengan usaha Persatuan Siswazah Sabah (PSS) yang begitu
prihatin terhadap isu sekeliling dan penulis doakan agar PSS berjaya menyelesaikan isu ini secara profesional.






Program Ceramah & Tahlil

0 Orang Mengulas


PROGRAM PROF. MADYA DR. MOHD BAKHIR BIN ABDULLAH IAITU DEKAN FAKULTI BAHASA ARAB UNIVERSITI INSANIAH ALOR STAR KEDAH DI KOTA KINABALU

CERAMAH ISRA' WAL MI'RAJ

TARIKH : 23.07.2009
MASA : 6.30 PETANG
TEMPAT : MASJID TAMAN PUTRA JAYA, KOTA KINABALU

MAJLIS TAHLIL


TARIKH : 24.07.2009
MASA : 6.30 PETANG
TEMPAT : SURAU TAMAN AUSTRAL, KEPAYAN

MUSLIMEEN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR UNTUK MENGIMARAHKAN LAGI MAJLIS TERSEBUT..






Perhimpunan Aman Membantah Penindasan Terhadap Umat Islam Uighur di Xinjiang

8 Orang Mengulas


Salam alayk'.. Pada 17. 07.2009 (Jumaat), satu Perhimpunan Aman Membantah Penindasan Terhadap Umat Islam Uighur telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dan PAS Kawasan Putatan di Masjid Bandaran berdekatan padang merdeka Kota Kinabalu selepas solat Jumaat. Di samping itu juga, perhimpunan aman tersebut juga disertai oleh NGO-NGO Islam Sabah yang lain dan turut serta dalam perhimpunan tersebut adalah ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah.

YDP PAS Kawasan Putatan membaca 'statement' untuk perhimpunan ini..

Perhimpunan kali ini disertai kira-kira 400 orang yang mana semuanya merupakan ahli jemaah masjid yang bersolat jumaat di masjid berkenaan. Penulis berasa sungguh terharu dimana NGO-NGO Islam yang ada di serata Kota Kinabalu dapat berkumpul bersama-sama dalam menegakkan kebenaran dan membantah penindasan terhadap saudara seIslam kita. Semangat seperti inilah yang patut ada dalam setiap organisasi atau jemaah Islam agar bersatu dan tidak 'assobiyyah' dengan jemaah sendiri. Penulis mengucapkan syabas dan tahniah.

Di antara ahli - ahli NGO -NGO Islam Sabah yang memegang 'banner'. Kelihatan juga Unit AMAL.

Perhimpunan aman ini adalah bertujuan untuk membuka mata masyarakat dan membuktikan bahawa umat Islam peka dan mengambil berat akan nasib saudara seIslam di serata dunia. Dalam perhimpunan ini, NGO - NGO Islam telah mengedarkan risalah kepada masyarakat dan laungan 'ALLAHUAKBAR' menjadi suara azimat serta diiringi dengan laungan 'Hidup Islam, Hancurkan Kezaliman'....

Sesi bacaan doa

Masyarakat Islam bersama-sama mengaminkan doa

Masyarakat Islam yang turut serta dalam perhimpunan aman ini.

Banner yang menghiasi perhimpunan aman ini.

p/s : Penulis berharap agar pihak Kerajaan Negeri atau Persekutuan juga berusaha membantah penindasan terhadap umat Islam dan menyatakan pendirian keras terhadap Kerajaan China mengenai isu ini..





Penghapusan Orang Islam Iaitu Etnik Uighur Di China

0 Orang Mengulas


Salam ukhuwwahfillah.. Penulis berasa sangat sedih terhadap apa yang telah melanda terhadap suku etnik Uighur di Xinjiang, China. Penulis begitu terkejut apabila media melaporkan lebih 180 orang terkorban dan 1,680 telah tercedera yang terdiri dari orang Islam Uighur di dalam satu rusuhan beberapa hari lalu.

Rusuhan itu berlaku kerana penduduk Islam Uighur yang berjumlah 9 juta orang di Xinjiang telah lama merungut mengenai kemasukan etnik Han ke wilayah mereka serta sekatan kerajaan ke atas agama Islam. Hasil kemasukan etnik Han ke Xinjiang menjadikan ia sebagai etnik majoriti dan etnik Uighur yang merupakan penduduk asal menjadi etnik minoriti. Penduduk Islam Uighur juga melaporkan kaum majoriti Han telah melakukan diskriminasi dan Parti Komunis cuba untuk melenyapkan bahasa dan budaya mereka. Penulis juga berharap agar etnik Uighur tidak menjadi seperti saudara seIslam kita di Bosnia yang menghadapi penghapusan etnik Islam secara total oleh puak Serb.

Bagi penulis, hal ini merupakan keganasan serta penindasan terhadap umat Islam Uighur dan tidak ada bezanya seperti orang Yahudi LaknatuLlah yang matlamatnya ingin menghapuskan umat Islam secara total.. Cara dan strategi mereka menindas terhadap orang Islam mempunyai persamaan dengan orang Yahudi iaitu memindahkan rakyat mereka ke sesuatu tempat yang mereka ingin kuasai dan cuba menguasai kawasan tersebut melalui sekatan dan penyelewengan.


Kita berharap umat Islam tidak menganggap isu ini sesuatu yang biasa dan hal ini merupakan satu isu yang kritikal.. Kita berharap agar negara2 yang menganggap kerajaannya itu 'negara Islam' dapat mengambil tindakan dan tidak akan membisu tentang hal ini semata2 untuk menjaga hubungan yang baik dengan Kerajaan China dari segi perdagangan. Jangan berkompromi dengan orang yang melakukan kekejaman!!. Ada juga sumber ataupun khabar angin mengatakan bahawa kawasan penempatan penduduk Uighur di Xinjiang, China menjadi mangsa percubaan nuklear bagi Kerajaan China. Kejam Sungguh!!!!

p/s : Andaikata di akhirat nanti kita ditanya oleh ALlah ada x kita bantu saudara seakidah kita iaitu etnik Uighur yang ditindas oleh orang kafir?? Kita kena tepuk dada, dan tanya iman kita.. Penulis berharap agar isu ini dapat dihidupkan lagi hingga ke pihak media massa untuk menunjukkan bahawa kita akan sentiasa prihatin terhadap saudara seIslam kita.

Berita Terkini


Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah akan menganjurkan "Demonstrasi Membantah Penindasan Terhadap Umat Islam etnik Uighur". Demonstrasi itu akan diadakan di Masjid Bandaran berdekatan Padang Merdeka Kota Kinabalu selepas solat Jumaat (17.07.2009)





Makan Malam AMAL Bersama Azhan Atan

0 Orang Mengulas


MAKAN MALAM AMAL BERSAMA

AZHAN ATAN

(Juara Akademi Nasyid TV9)

Tarikh : 24 Julai 2009 (Jumaat)

Masa : 8.30 mlm - 11.00 mlm

Tempat : Sinar Mustika, Putatan

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah

http://www.sabah.org.my/amalsabah/





Masih Mencari Ruang Berjuang??

6 Orang Mengulas



Salam pertemuan.. artikel kali ini penulis hanya meng"copy-paste" daripada blog Persatuan Siswazah Sabah (PSS) untuk membantu mereka meng'iklan'kan program mereka secara tidak rasmi. Penulis tertarik dengan aktiviti persatuan ini yang banyak mencurahkan tenaga dalam program-program dakwah di bumi Sabah. Di samping itu juga, penulis selalu mengikuti perkembangan program-program mereka melalui blog mereka.. Tahniah dan syabas kepada Persatuan Siswazah Sabah dan diharap generasi siswazah anak Sabah yang muslim akan turut bersama berganding bahu dan memikul tanggungjawab melebarkan dakwah Islamiyyah di bumi Sabah khususnya..

Buat mereka yang masih mencari ruang berbakti, berikut disenaraikan 9 program PSS sepanjang bulan Julai buat memilih laluan berkhidmat;

Minggu 1

3-5 Julai 2009 : Program Pemantapan Aqidah SMK Tamparuli (PIC : Cikgu Faridah)

Minggu 2

10-12 Julai 2009 : Kem Smart Solat SMK Badin (PIC : PSS Tuaran - Saudara Aminuddin)
10-12 Julai 2009 : Kem Smart Solat SMK Nambayan, Tambunan (PIC : PSS KK - Saudara Hafiz)
12 Julai 2009 : Program Pemantapan Aqidah SMK Tebobon (PIC : PSS KK - Saudara Faez)

Minggu 3

17-19 Julai 2009 : Kem Smart Solat Bongawan (PIC : PSS Papar - Saudara Zulzaim)
17-18 Julai 2009 : Program Pemantapan Aqidah SMK Tansau (PIC : PSS Tuaran - Saudara Faiz)
19 Julai 2009 : Program Keluargaku Sayang Kg. Topokon (PIC : PSS Tuaran - Saudara Misran)

Minggu 4

23-26 Julai 2009 : Kem Smart Solat SMK Kinabongan, Pitas (PIC : PSS KK - Saudara Azizul Julirin)
25 Julai 2009 : Jelajah Dakwah Azhan Atan (PIC : PSS KK - Saudara Nadir)
26 Julai 2009 (belum tetap) : Program Susulan Titian Kasih Kg. Estet Tenghilan (PIC : PSS Tuaran - Saudari Maryam)

Masih mencari? Jangan ketinggalan!

Sumber : Persatuan Siswazah Sabah






Memilih Pemimpin Yang Mana??

7 Orang Mengulas


Penulis kali ini ingin membincangkan tentang macam mana kita hendak memilih pemimpin. Hari ini, negara kita menggunakan cara 'demokrasi' untuk mengangkat pemimpin iaitu melalui pilihanraya. Penulis menyentuh tentang 'isu' ini kerana ada di kalangan golongan muda yang tidak tahu cara memilih pemimpin, mereka tahu hanya main 'pangkah' je time election (pilihanraya) ikut lambang parti yang mereka rasa hebat tanpa memikirkan kriteria calon2 yang bertanding dan tanpa memikirkan risiko yang akan diambil oleh mereka hasil keputusan yang mereka lakukan bahkan ada yang tidak mahu mengundi.

Penulis cuba mengambil konteks di Sabah, kebanyakan penduduk Sabah masih lagi berpendirian untuk mengundi mengikut 'lambang parti' tanpa melihat kemampuan dan latar belakang peribadi calon. Untuk kefahaman lagi, penulis mengambil contoh "Dalam satu pilihanraya, jika calon yang dicalonkan dari sesuatu parti yang mereka digemari perangainya amat buruk , maka calon itu tetap akan di sokong asalkan parti yang mereka gemari itu menang". Ini merupakan satu kejahilan yang patut dielakkan.

Ada juga yang di antara golongan yang tidak mahu mengundi kerana tidak berminat akan politik. Ini merupakan masalah pemikiran 'sekularisme' yang diterapkan di dalam negara oleh pemerintah masa kini. Syeikh Mustafa As-Sobri, mufti terakhir kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah telah berkata, "Pemisahan urusan negara (politik) dengan agama (Islam) adalah jalan terdekat kepada murtad".Kena ingat, mengundi amat penting sebab undi itu berkuasa untuk mengangkat pemimpin yang baik dan menjatuhkan pemimpin yang zalim. Dari sudut fiqh siasah (kefahaman berpolitik) pula, jika seseorang itu tidak mahu mengundi dan seseorang calon yang zalim diangkat menjadi pemimpin hasil perbuatannya yang tidak mengundi, maka segala dosa yang dilakukan semasa pemerintahan oleh pemimpin yang zalim tadi akan ditanggung oleh oleh orang yang tidak mengundi tadi sebab dia tidak berusaha untuk menjatuhkan pemimpin melalui undi.

Paling penting, kena memilih pemimpin yang latar belakang peribadi calon yang baik, berakhlak mulia dan meyakini bahawa calon berkenaan akan memimpin berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Jika kita perlu cari pemimpin sebegitu, apatah lagi mencari parti yang sebegitu. Parti yang dapat memimpin berlandaskan Islam dan dipimpin oleh golongan ulama'.

p/s : Kepada pengundi2 di Manek Urai, Kelantan.. Pilihlah calon dengan tepat.





Keperibadian Hasan Al-Banna Sebagai Seorang Ayah..

1Orang Mengulas


Penulis kali ini membuka satu perkongsian ilmu tentang seorang syuhada, murabbi, da'ie dan pejuang Islam yang agung abad ini iaitu Imam As-Syahid Hasan Al-Banna. Semenjak penulis dipilih oleh ALlah untuk merasai nikmat bergerak dalam jamaah Islam, penulis sering tertumpu kepada pembacaan hasil-hasil karya as-syahid seperti risalah Ta'alim, Ke Mana Kita Menyeru dan sebagainya. Apabila penulis membaca karya2 as-syahid, maka penulis amat2 mengagumi pemikiran luar biasa yang ada pada diri as-syahid. Namun, apa yang penulis nak mengetengahkan di sini tentang keperibadian Hasan Al-Banna sebagai seorang ayah dan pada masa yang sama as-syahid juga seorang da'ie, penulis nak berkongsi ilmu bagaimana perilaku as-syahid di rumah ketika bersama keluarganya kerana ada hadis Nabi s.a.w yang di antara maksudnya ,"Dirimu mempunyai hak, keluargamu mempunyai hak".

Jika merujuk kepada penafsiran hadis ini, maka kita dapat mengetahui bahawa RasuluLlah saw menerangkan jangan biarkan diri kita membuat ibadah dengan mengabaikan langsung hak diri dan keluarga, bahkan sepatutnya ibadah kita kena seiring dengan penjagaan hak diri dan keluarga. Seperti mana satu hadis Nabi saw yang mengisahkan ada 3 orang para sahabat yang berjumpa Nabi dan menyatakan mereka ingin berpuasa tapi tidak mahu berbuka seumur hidup, tidak mahu berkahwin seumur hidup, dan mahu ber'Qiamullail' dengan tidak tidur seumur hidup. Tetapi RasuluLlah menegah dari berbuat demikian kerana ia menzalimi diri n menafikan hak diri. Cuma di sini, penulis sering terfikir dan mengamati sahabat2 yang telah berumahtangga bagaimana mereka dapat membahagikan masa antara keluarga dengan dakwah, adakah mereka dapat menghabiskan masa bersama2 keluarga mereka?? Itu persoalan yang berada di benak fikiran penulis. Bagi penulis yang masih belum mencapai 'darjat' itu, penulis rasa bersyukur kerana masih mudah bergerak sebab tiada komitmen seberat itu.

Jika merujuk kepada buku "Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna", buku ini menceritakan tentang keperibadian As-Syahid Imam Hasan Al-Banna sebagai seorang ayah dan juga da'ie. As-syahid tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga terutama anak2nya iaitu Wafa', Saiful Islam, Tsana, Ir.Roja dan yang masi dalam kandungan iaitu Istisyhad. Apa yang ditekankan oleh as-syahid adalah hal ehwal anak2nya dari segi pentarbiyyahan dengan mendidik anaknya antaranya mengaji, dan membuat perpustakaan di rumah. Apa yang paling menyentuh hati penulis apabila as-syahid amat menitikberatkan mencatat sendiri rekod perkembangan anak2nya dari segi pelajaran, kesihatan dan dokumen2 penting sebagai rujukan as-syahid.

Dari segi hukuman pula, Saiful Islam berkata bahawa hukuman yang paling berat dikenakan oleh as-syahid terhadap beliau adalah ditarik telinga pada waktu pagi atas kesalahan yang beliau lakukan dan pada waktu tengaharinya, as-syahid menelefonnya dari pejabat untuk berdamai dan menenangkannya. Bagi as-syahid, hukuman bukanlah satu bentuk pentarbiyyahan yang baik tapi ia adalah semata2 untuk menyedarkan si anak bahawa diri si anak telah membuat kesilapan.
Tentang keperluan dapur, as-syahid sendiri akan mencatat barang keperluan yang hendak dibeli dan menyerahkan senarai barang itu kepada seorang sahabat ikhwan yang mempunyai kedai runcit untuk menyediakan barang2 keperluan tersebut. Jika anak2nya cuti sekolah pula, maka as-syahid akan membawa anak2nya bersiar2 ke utara.

Itulah serba ringkas diantara keperibadian as-syahid sebagai seorang ayah yang saya ambil sedikit dari buku "Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna" dan beliau sesungguhnya telah berjaya mengamati, memahami dan menyelami hadis Nabi yang penulis nyatakan tadi. Keperibadian as-syahid sebagai seorang ayah harus diambil sebagai panduan kerana keperibadian inilah yang telah hilang dari kebanyakan para2 da'ie yang bergelar ayah.

"Sesungguhnya seorang ayah itu adalah pemimpin bagi isteri dan anak2nya" kerana lahirnya pemimpin itu dari tiga cara iaitu:

1) Pemimpin yang mencetak dirinya sendiri.
2) Pemimpin yang di angkat kerana keadaan.
3) Pemimpin yang memang dihantar oleh ALlah swt.

p/s : Bukanlah niat penulis untuk mengagung2kan Hasan Al-Banna ibarat manusia
yang tidak lari dari dosa, tap ini sekadar menjadi panduan buat da'ie. Penulis berharap agar semua sahabat sekalian dapat membaca buku tersebut..





Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      3 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      5 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      5 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      7 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      9 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      11 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft