skip to main | skip to sidebar
Aku Seorang Islamis
Mengupayakan dunia Islam demi melakar sebuah kebangkitan
RSS
  • HOME

PENYELEWENGAN SIRAH TARIQ BIN ZIYAD

1Orang Mengulas


Tariq bin Ziyad merupakan ketua tentera Islam kerajaan Umaiyah yang berjaya menakluki Semenanjung Iberia (Andalusia, Sepanyol). Pada waktu itu, kerajaan Umaiyah berada di bawah pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik. Nama pejuang Islam ini begitu harum sehingga diabadikan pada sebuah semenanjung perbukitan berbatu karang setinggi 425 meter di pantai tenggara Sepanyol, iaitu Gibraltar atau Jabal Tariq. Istilah ini bererti Gunung Tariq, disebut juga Gibraltar. Ini merupakan nama sebuah semenanjung kecil yang terletak di pantai tenggara Sepanyol. Daerah ini disebut demikian sebagai penghargaan atas perjuangan dan keberanian Tariq bin Ziyad ketika menakluki Sepanyol pada tahun 711 M.

Disini, ana cuba nak jelaskan penyelewengan yang berlaku dalam sirah dimana kita selalu dengar kisah penawanan Sepanyol oleh tentera Islam yg diketuai oleh Tariq Bin Ziyad. Dikisahkan, Tariq bertindak membakar kapal2 perangnya lalu berkata kepada angkatan tenteranya “Wahai manusia, ke mana kau akan lari? Laut di belakangmu dan musuh di depanmu. Maka, tidak ada jalan lain untuk selamat kecuali berjuang berhabis-habisan”. Memang kita merasakan pernyataan ini adalah untuk menaikkan semangat jihad, namun nampak sangat kebodohan seorang pemimpin angkatan tentera dengan taktik sebegini. Setelah ana teliti, kisah ini adalah sejarah yang bersumberkan dari Barat.

Sebenarnya sirah yang sebetulnya adalah Tariq Bin Ziyad tidak membakar kapal2 perangnya, tetapi menghantar pulang semula kapal2 perangnya itu dengan bertujuan untuk memanggil angkatan tentera Islam yang lain dengan kemungkinan :
1) Jika angkatan bantuan tentera Islam itu sampai ketika angkatan Tariq masih hidup, maka itu sebagai bantuan mereka menghadapi musuh.
2) Jika angkatan bantuan tentera Islam itu sampai ketika angkatan Tariq telah syahid, maka itu sebagai menuntut bela keatas kesyahidan mereka..
Ana berasa kesal kerana kisah yang palsu selalu kita dengar bersumberkan dari ahli sejarawan Barat. Inilah taktik pihak musuh2 islam yang dengki dengan keunggulan Islam dari segi strategi ketenteraan.





SELAMAT HARI LAHIR AYAHKU...

3 Orang Mengulas


Biarpun melalui blog, anakanda tetap ingin meraikan hari kelahiran ayah.. Tanpa ayah, anakmu ini tak dapat melihat bumi ciptaan allah ini... Kat sini anakanda ingin mengucapkan selamat hari lahir buat ayahku Hj. Abidin Bin Hj. Ag. Damit yang ke 58 tahun pada tanggal 21.01.2009 yang lepas dan sekarang nie berada kat Papar.. anakanda terkenang dengan budi ayah yang banyak berkorban demi anakanda dari kecil hingga dewasa..

Ayah banyak memberi nasihat, dorongan dan sokongan pada anakanda dan itu merupakan kenangan paling berharga buat anakanda.. Anakanda doakan semoga ayahanda dan ibunda sihat walafiat dan sentiasa murah rezeki..

Ana teringat satu hadis dimana nabi bersabda apabila sahabat bertanya ttg perkara yang terbaik, maka nabi saw mengatakan 1) mendirikan solat 2) berbakti kpd org tua 3) jihad fisabilillah. Melalui hadis ini, jihad dengan berbakti kepada ibu bapa lebih aula' (utama) dari jihad fi sabilillah.. ia adalah tuntutan kita sebagai seorang anak.. kita kena faham bahawa bukan utk merendahkan martabat jihad fi sabilillah, tapi memberi peringatan kepada kita bahawa berbakti terhadap ibubapa juga WAJIB walaupun kita sebagai da'ie.. Banyak kisah2 tauladan yang mengisahkan tentang ibubapa yang memberi pengajaran kepada kita seperti cerita2 Alqamah yang menyebab hati ibunya terguris.. Jadi, wahai saudara.. sementara ibubapa kita masih ada, gunalah masa dengan sebaiknya melayan mereka dengan baik.. mungkin, mereka pernah mengguris perasaan kita, tapi anggaplah itu sebagai gurauan mereka..





PENGISYTIHARAN KEMENANGAN HAMAS DAN PEJUANG PALESTIN

2 Orang Mengulas


Pada pukul 10.30 waktu mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Brieged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir2 dalam sidang media tersebut:

80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG)

49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.

48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT

MENEMBAK 4 HELIKOPTER

MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA

MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR2 ISRAEL TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANG PEJUANG YANG DITANGKAP.

MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.

MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL

MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI

MENAWAN TENTERA2 ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL

BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.

MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.

Mereka telah menyatakan kejayaan mereka dalam peperangan dengan tentera Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Adapun Israel tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan hamas. Malahan Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini.

Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel dgn alas an ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun. Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata2 diseludup ke pada mereka, beliau menjawab:

"ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله".“

Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaiman untuk mendapatkannya.”Ulasan: Pasukan briged Qassam dan briged2 yang lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dr bumi. Adapun Israel tidak berjaya kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan parti likud (Israel)yg mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap hammas. Kemenangan ini disifatkan oleh Ismail Haniah sebagai kemenangan ketuhanan (intisor rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam.

Kekuatan ketenteraan pejuang hamas tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada sorang pejuang pun yang ditangkap. Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja. 1300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan kanak2 dan 104 dikangan wanita. Kemusnahan secara besar2an hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang palestin.

Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar sperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa al-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan tidak kurang 5000 roket. Semoga para pejuang palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel. Sabda Nabi saw:

لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس

Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)

Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat2 tahi himar je. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yg berilmu, beramal dan ikhlas. Bukan sekadar penyokong kerana itu hanya lah buih2 yg lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.

Rujukan: Siaran tv Al-Jazeera, laman web al-Jazeera, buku al-Quds qadiyyah kullu muslim oleh Qardawi.





PEMIMPIN HAMAS YANG PALING DIGERUNI ISRAEL SYAHID

0 Orang Mengulas


Pemimpin kanan HAMAS, iaitu Said Siyam telah terbunuh bersama anaknya dan juga ketua keselamatan HAMAS.. Al- fatihah buat mereka...





MALAM BERSAMAMU PALESTIN

1Orang Mengulas



Tarikh :
24 Januari 2009

(Sabtu)Masa :
8.00 Malam

Tempat :
Dewan Saadah, Wisma MUIS.

Anjuran :
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah dan CONCERN dengan kerjasama JAKIM Cawangan Sabah dan JAHEAINS





BOIKOT BERSTRATEGI!!!

0 Orang Mengulas


AGENDA MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS UNTUK MEMASTIKAN KEMPEN INI BERKESAN DAN SENTIASA DI HATI UMAT ISLAM. KITA PERLU SENTIASA 'REFRESH'
7 BARANGAN BOIKOT INI SETIAP 15 HARI DAN MOGA USAHA INI AKAN MENDATANGKAN KEJAYAAN KEPADA USAHA KITA UNTUK MELUMPUHKAN EKONOMI ZIONIS
SILA 'REFRESH' BOIKOT 7 BARANGAN DI DALAM BLOG ANDA PADA TARIKH-TARIKH BERIKUT:-

30 JANUARI 2009

15 FEBUARI 2009

28 FEBUARI 2009

15 MAC 2009

30 MAC 2009

15 APRIL 2009

30 APRIL 2009

15 MEI 2009

30 MEI 2009

15 JUN 2009

30 JUN 2009

12 JULAI 2009


(7 BARANGAN BERJAYA DILUMPUHKAN)






KUASA BLOG BOIKOT PRODUK ISRAEL!!!

2 Orang Mengulas







WAHAI BLOGGER2 MUJAHIDIN, BANGKITLAH DALAM PERJUANGAN BERSAMA2 BERUSAHA UNTUK MEMBOIKOT PRODUK2 KELUARAN ISRAEL INI DENGAN BERMATLAMAT IA AKAN LUMPUH DALAM 6 BULAN DARI SEKARANG.. INSYAALLAH, DENGAN USAHA KITA INI, AKAN MEMBERI KESAN DAN MOGA AMAL KITA SEKECIL INI DITERIMA OLEH ALLAH!!!! TAKBIR!!!!





YA ALLAH!!!!

0 Orang Mengulas


Penduduk Palestin berada di ambang maut apabila bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan tidak dapat disalurkan akibat sekatan Israel. Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sifatkan keadaan di Gaza sangat-sangat berbahaya dan meruncing.Semua hospital di Gaza kehabisan bekalan darah dan ubat-ubatan terutama vaksin tetanus untuk kanak-kanak.Rejim Zionis tidak akan mengadakan gencatan senjata selagi Hamas tidak ‘berundur' dan berhenti melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel.





BACAKAN QUNUT NAZILAH!!!

0 Orang Mengulas


Kita hanya mampu berdoa, dan terus berdoa utk sahabat2 Palestin dan HAMAS... mg2 Allah menerima doa2 kita.. Hancurkan tentera2 Yahudi yang memerangi umat Islam Palestin dan pejuang2nya. . mg2 Allah menghancurkan mereka sehancur2nya dan menurunkan bantuanNya dari langit..ameen. .Berikut pula adalah kupasan berkaitan dalil Doa Qunut (Nazilah),
Hadis daripada Ibnu Abbas RA:
Ertinya: Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya. (Diriwayatkan oleh Abu Daud & Imam Ahmad)
Rasulullah berbuat demikian kerana kabilah-kabilah tersebut mengaku memeluk islam dan meminta kpd Rasul SAW supaya menghantar kepada mereka guru-guru yang akan mengajar mereka. Rasulullah SAW lalu menghantar 70 orang guru tetapi mereka membunuhnya maka oleh kerana itulah Rasulullah SAW berqunut nazilah. Abu hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah apabila hendak berdoa untuk kehancuran seseorang atau untuk kebaikan seseorang, beliau akan berqunut selepas rukuk. Daripada hadis di atas juga bacaan doa Qunut sebenarnya tidak dihadkan kepada ketika solat subuh sahaja, sebagaimana hadis yang berikut:Ertinya: “Bahawasanya Nabi SAW tidak berqunut di dalam solat subuh melainkan apabila ia mendoakan kebaikan kpd satu kaum ataupun kehancuran satu kaum. (Diriwayatkan oleh Ibnu hibban, dan Ibnu Khuzaimah)
Imam asy-Syaukani pula mengatakan supaya jangan dikhususkan qunut itu di dalam satu solat sahaja tanpa dilakukan di dalam solat-solat (fardhu) yang lain.“Adalah Rasulullah SAW tidak berqunut melainkan apabila beliau berdoa untukk kebaikan seseorangg atau mendoakan kehancuran seseorang. (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah)





SYEIKH IZZUDDIN AL-QASSAM, MUJAHID YANG BERGELAR SYUHADA

1Orang Mengulas


Nama Izzudin Al-Qassam sering kita dengari dari corong-corong radio atau kaca televisyen tambahan kebelakangan ini apabila Gaza diserang. Apa yang kita tahu ia adalah nama bagi sebuah briged, sayap kanan kepada HAMAS dan juga nama yang diberikan kepada roket buatan sendiri oleh HAMAS yang gunakan bagi menyerang Israel. Tahukah anda ia merupakan nama seorang ulama' yang dikurniakan oleh Allah dengan syahid. Siapakah Izzudin Al-Qassam ini ? Apakah kehebatannya hingga menjadi kebanggaan kepada para pejuang Palestin ? Nama beliau ialah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Al-Qassam. Dilahirkan pada tahun 1882 M di Jibillah, Syria. Keluarganya amat berpegang kuat dengan ajaran Islam. Bapanya seorang guru Al-Quran yang mengajar anak-anak di kampung mereka membaca dan menghafaz Al-Quran. Beliau pernah menuntut di Universiti Al-Azhar di Mesir ketika berumur seawal 14 tahun sekitar tahun 1906. Sewaktu menuntut beliau sempat belajar daripada tokoh terkenal, Syeikh Muhammad Abduh r.anhu dan bersahabat dengan Syeikh Muhammad Rashid Redho. Semasa di zaman menuntut lagi beliau telah pun gigih melakukan usaha dakwah. Cerita berkaitan kesyahidannya iaitu pada pagi Rabu tanggal 20 November 1935 bertempat di Kota Ashrasy Ya'bad, Kota Jenin, Palestin terjadilah pertempuran atau peperangan yang tidak seimbang antara ratusan pasukan Inggeris yang bersenjatakan lengkap dengan bantuan helikopter serta pesawat menggempur sepuluh orang mujahidin pimpinan Syeikh Izzuddin dengan sebarang kekurangan dari segi persenjataan. Dalam tragedi yang penuh menyayat hati itu, Syeikh Izzuddin Al-Qassam memerintahkan pasukannya untuk memilih mati syahid daripada berundur, ketika mana para mujahidin telah dikepung oleh pasukan Inggeris itu. Akhirnya Syeikh Izzuddin Al-Qassam bersama sembilan orang pasukannya meraih kematian yang dimuliakan dan menjadi cita-cita seorang mujahid iaitu syahid yang menjemputnya menemui Tuhannya. Dalam poket baju Syeikh Izzuddin terselit mashaf Al-Quran yang menjadi sumber inspirasi seorang muslim.Umat Islam di Palestin dan seluruh dunia melakukan solat jenazah ghaib untuk beliau. Jenazah As-Syahid Izzudin Al-Qassam dengan bajunya yang berlumuran darah dibawa oleh ribuan pencintanya ke perkuburan di kampungnya. Gugurnya beliau telah mencetuskan lebih banyak penentangan, pergolakan dan bantahan terhadap penjajahan Inggeris dan Zionis terhadap bumi Palestin. Puluhan tahun telah berlalu hingga waktu ini. Persoalan yang perlu kita tanya, di mana musuh-musuh yang memusuhi perjuangan Syeikh Izzuddin? Di mana mereka yang membunuh Syeikh Izzuddin dan teman-temannya? Mereka hanya mampu membunuh jasad Syeikh Izzuddin tapi gagal mematikan roh perjuangan beliau dan teman-teman yang lain. Di manakah pula Syeikh Izzuddin dan teman-temannya berada sekarang? Tanpa syak dan ragu-ragu, dengan penuh keimanan kepada Allah dan ayat suci-Nya dalam kitab Al-Quran yang kita imani bahawa orang-rorang yang mati syahid tidak mati bahkan mereka hidup di sisi Allah s.w.t malahan diberikan rezeki. Alangkah bertuahnya Syeikh Izzuddin dan teman-temannya kini dalam rahmat Allah, sementara merana dan sengsara pula musuh-musuh mereka diazab oleh Allah. Jasa Syeikh Izzuddin Al-Qassam sentiasa dikenang oleh orang-orang Islam terutamanya di Palestin. Nama beliau diabadikan oleh HAMAS dengan menamakan sayap ketenteraannya serta pada senjata dan bendera mereka. Mari sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada beliau serta teman-teman beliau yang lain. Semoga kita semua akan dihimpunkan di akhirat kelak bersama-sama beliau serta syuhada' yang lain. Amiiiin...





FORUM MAAL HIJRAH

0 Orang Mengulas



TAJUK : "KEINDAHAN ISLAM"

TARIKH: 07 JAN 2009 (RABU) / 10 MUHARRAM 1430

MASA : 7.45 MALAM

TEMPAT: DEWAN SRI KINABALU, PGMC, HOSPITAL QUEEN ELIZABETH KOTA KINABALU, SABAH.



MUSLIMEEN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR!!!





HAMAS, IKRAR MATI SYAHID!!!

0 Orang Mengulas







Apabila bercerita tentang perihal HAMAS iaitu salah satu gerakan Islam di Palestin, pasti kita tertanya2 adakah siapakah yang mengasaskannya? HAMAS diasaskan oleh As- Syahid Syeikh Ahmad Yassin yang terkorban dalam serangan mortar Israel setelah keluar dari masjid selesai solat subuh. Syeikh Ahmad Yassin pada hayatnya pernah ditahan di dalam penjara kerana disyaki menubuhkan satu agenda ketenteraan untuk menggulingkan kerajaan Palestin yang pro barat. Apabila Syeikh Ahmad Yassin telah meninggal, maka diganti oleh Dr. Aziz Al-Rantisi yang memegang amanah untuk menjaga semenanjung Gaza dari pencerobohan tentera Israel. Maka, Dr. Aziz Al-Rantisi juga mendapat syahid dan pemimpin HAMAS berganti. Ana pernah melihat video klip panglima gerakan HAMAS iaitu Izuddin Al-Qassam yang telah syahid dan seterusnya namanya diabadikan menjadi sebuah briged iaitu Brigade Izzuddin Al-Qassam. Brigade ini diterajui oleh panglima Muhannad yang bertanggungjawab menjaga semenanjung Gaza, namun Muhannad juga telah syahid dalam menjaga keselamatan umat Islam di Gaza. Kita perlu tahu bahawa agenda Israel adalah ingin menubuhkan negara Yahudi serta melenyapkan umat Islam di Palestin dan Masjidil Aqsa. Jadi, kita kena sedar dan bangkit demi mempertahankan Islam yang suci ini.. TAKBIR!!!!





PRK P.36 KUALA TERENGGANU, PENENTU ARAH POLITIK NEGARA

0 Orang Mengulas


Tanggal 17 Januari ini, satu medan pertempuran akan berlaku di Kuala Terengganu iaitu pilihanraya kecil (PRK). Persaingan yang berlaku pada PRK kali ini pastinya sangat sengit apabila terjadi persaingan 3 penjuru diantara calon PAS, BN dan Bebas. Apa yang kita harapkan pada kali ini supaya para pengundi di Kuala Terengganu dapat memilih calon yang dapat memimpin berlandaskan Al-Quran dan As- Sunnah seperti yang terkandung di dalam syariat Islam. Ana di sini sentiasa memberi sokongan sepenuhnya kepada calon PAS, Abdul Wahid Endut untuk memenangi kerusi dan seterusnya menjadi ahli parlimen Kuala Terengganu. PRK kali ini pastinya lebih 'panas' dari pada PRK Permatang Pauh kerana PRK kali ini berlaku di dalam negeri yang diteraju oleh BN. Apapun, ana doakan semoga berjaya kepada calon PAS. TAKBIR!!





DEMONSTRASI AMAN PALESTIN!!

0 Orang Mengulas





Pada hari Jumaat bersamaan 2hb Jan, barisan pemuda2 Islam Sabah menganjurkan demonstrasi aman mengutuk kekejaman rejim Zionis Laknatullah di Masjid SDA, Kota Kinabalu selepas solat fardhu Jumaat. Hampir 500 pemuda Islam mengikuti demonstrasi ini dan melaungkan kutukan terhadap Israel laknatullah serta membakar bendera Zionis. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, saudara Lahirul Latigu berkata, ” Umat Islam tidak akan berdiam diri dengan apa yang telah dilakukan oleh rejim Zionis. Barisan pemuda Islam rela berkorban apa saja demi untuk menuntut agar tindakan ganas rejim zionis tersebut dihentikan serta merta”.






KEMANISAN SYURGA MENANTI UMAT ISLAM DI GAZA

0 Orang Mengulas


Bila melihat situasi terkini umat Islam Palesti, ana teringat teringat ttg sirah perjuangan para sahabat dalam peperangan Uhud di mana para sahabat digempur dari arah bukit Uhud oleh tentera musyrikin.. Dalam pada itu, seorang sahabat mara menuju tentera musyrikin dan berkata kepada sahabat2 yang lain bahawa kemanisan syurga telah pun datang dari bukit Uhud. Alangkah tingginya semangat jihad yang ada pada diri para sahabat Nabi yang harus kita ikuti. Saudara, kita semua WAJIB bantu pejuang2 HAMAS dan ana mengharapkan agar semua gerakan2 Islam di dunia akan turun ke Palestin. Ana teringat kata2 seorang syuhada di bumi Afghanistan, As- Syahid Dr. Abdullah Azzam iaitu "Sesungguhnya isu Palestin tidak akan selesai dengan diplomasi tetapi selesai dengan senapang dan jihad umat Islam."





PERTAHAN GAZA!!!

0 Orang Mengulas


Ulama' terkenal Islam , Sheikh Yusof Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh. "Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut " ujar Qaradawi dalam satu ceramah beliau sebelum perhimpunan besar-besaran di Qatar, Doha. Beliau turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.





HANCUR ZIONIS!!!

0 Orang Mengulas








Pada tanggal 31hb Disember, pemuda2 Islam kwsan Kota Kinabalu turun dengan semangat membantah penaklukan Israel Laknatullah ke atas bumi suci al-Quds, Palestin di hadapan masjid Bandaraya, Likas. Biarpun kuantiti pemuda yang menyertai pehimpunan itu sedikit, namun kita lihat pada kualiti. Media melaporkan sehingga kini, hampir 500 orang rakyat Palestin terbunuh dan 1600 lagi cedera. Kita hairan, ramai orang Islam di seluruh negara berkumpul dengan gembira meraikan sambutan tahun baru dengan pertunjukan bunga api, tapi saudara seIslam kita di bumi Palestin bermandi darah dengan bom dan mortar. HANCUR ZIONIS!!! HIDUP ISLAM!!!





Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

    Penulis

    My photo
    Zaiem Al-Hilmee
    Jalan Seorang Islamis
    View my complete profile

    Tinggalkan Jejak

    Kata Hikmah Al-Banna

    "Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda. “Ini hanyalah politik”, katakan inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti itu."

    Entri Popular!

    • Tahu Tak Kelebihan Al-Mathurat??
      Salam alayk'.. Hampir seminggu penulis tidak menulis apa-apa entri tatkala melalui satu suasana perjuangan yang baru di tempat yang bar...
    • KAHWINILAH KERANA AGAMANYA, SABDA NABI SAW..
      Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agama...
    • Pemurnian Terhadap Fahaman Salaf Dan Khalaf
      1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini. 2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Ter...
    • "Condom House"
      "Condom House"!! Tertera perkataan ini pada 'papan tanda' sebuah kedai. Penulis berasa terkejut yang amat sangat apabila...
    • PASTI, Melahirkan Generasi Al-Quran!
      Salam alayk'.. wah, hampir tiga bulan penulis tidak menulis di ruangan ini. Sapaan dan pertanyaan dari sahabat-sahabat mengenai 'b...

    Pautan Al-Hilmee

    • Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia
      Maal Hijrah
      3 years ago
    • namaku cahyadi takariawan
      Lets Talk About Hosting
      5 years ago
    • dakwatuna.com
      Meraih Kesuksesan Dengan Kejujuran (Refleksi Nilai Kehidupan)
      5 years ago
    • Salim A. Fillah
      MENIKMATI RIZQI
      7 years ago
    • Hasan Al Banna
      Tabayyunlah, Sebelum Menyesal
      9 years ago
    • Al-Ikhwan.net
      Sejak Ratusan Tahun Kaum Muslimin Belum Menyaksikan Pribadi Setara Hasan Al-Banna
      11 years ago
    • Laman Tarbawi
    • Dakwat
    • Episod Sebuah Perjuangan
    • Bersama Dakwah
    Show 5 Show All

    Musafir datang bertandang

    Road Block!

Copyright © All Rights Reserved. Aku Seorang Islamis | Converted into Blogger Templates by Theme Craft